Search This Blog

Tuesday, January 3, 2017

Kek buah marble

Kek ini saya bawa ke office.  Komen kawan, sedap.  Entah ikhlas atau tidak, saya pun tak tahu.  Tapi komen dari saya sendiri yang cerewet pasal kek marjerin (kek orang lama) ni, kek ni sedap dan kena dengan tekak saya.


KEK BUAH MARBLE

Bahan:

1 cawan gula halus (kurangkan jika nak kurang manis), boleh blend kering gula biasa.
1 cawan marjerin

1 cawan telur/4 biji
1 sudu teh ovalatte
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat

*2 cawan tepung gandum
*1 sudu teh baking powder 
 * campur sekali dan ayak

1 cawan buahan kering
Tepung coklat + emulco kopi atau warna yg digemari


Caranya:

Bread Maker :
Masuk semua  dlm BM (bahan cecair diikuti kering)
Bila bunyik beeb, masuk buah kering. Biarkan dia putar lagi.
Bila dah berhenti, asingkan sedikit utk campur dgn coklat atau serbuk koko+emulco kopi.
Nak cantik, bahagi dua coklat dan warna asal dan masukkan sedikit demi sedikit dalam BM macam buat kek marble biasa. Biarkan dia masak sendiri.

Note : Untuk ujian kali ini, saya pilih light, kurang masak kat tengah.  Next time pilih dark atau medium (perlu lihat beza medium dan dark kerana kalau pilih light, perlu sambung dalam oven selama 10 minit !) 

Telah menguji untuk kali kedua, pilihan MEDIUM tidak menambah masa, tapi menambah keras/warna pada kulit (crust).  Tidak sesuai dengan selera saya.  

Oh ya... lucu sebab saya pilih sambung dalam oven.  Patutnya pilih MODE = BAKE untuk meneruskan bakar sahaja.  Hahaha... sabor jer la.  
Jadi, next time, pilih 
COLOR=LIGHT
LOAF = 1.5lb
MODE = CAKE

Selepas selesai masak, tekan lama butang START/STOP sehingga reset, dan pilih MODE : BAKE, tekan arrow ke bawah sehingga menunjukkan masa dalam 10 (atau 15 minit)

Atau

Cara Biasa :
Putar gula dan marjerin sampai kembang,
Masukkan ovellet dan putar sampai gebu.
Masukkan kesemua telur dan esen vanilla, putar sehingga kembang dan gebu .
Ayak tepung dan baking powder terus masukkan ke dalam adunan bersama dengan  dan susu pekat terus diputar sehingga gebu.
Berikan warna ikut citarasa masing 2.
Bakar dalam kepanasan 170 c selama 45 minit atau mengikut suhu oven masing masin.
kek ni mmg gebu dan mudah utk dibuat.





Pecah plak bawah dia...


First try, tak cantik skit dalam dia.  Tapi sangat sedap.  Next time nak tuang secara berselang... baru comey marble dia...

UPDATED !


Telah menguji untuk kali kedua dengan pemilihan COLOR medium.  Sangat keras dan rangup kat luarnya.  Tak sesuai dengan selera saya.  Untuk kali ini, saya cabut padle dia ni masa dia nak bakar, jadi tak la buruk huduh bila kita nak cabut lepas dia masak.

Cerdik dak ? Hahahaha...





No comments:

Post a Comment