Search This Blog

Friday, January 27, 2017

Cheese cake

Resepi tu nanti nanti yer...
Apa pun, kek ni sedap kata anak saya. Agaknya sebab cheese tu...








Tuesday, January 24, 2017

SHOPBACK... membeli online dan dapat duit cash


Kelmarin beli bantal online, dapat harga 19.90 + post fees.  Harini pagi tengok free postage.  Stress saya, lalu saya beli lagi satu... hahahaha... baguih dok ado...





Saya nak share satu benda baru jer dapat.  Orang lain dah lama dah.  Saya pun dah pernah daftar katanya.  Hampes, camna saya boleh ketinggalan ?

Daftar dengan SHOPBACK dan dapatkan duit cash bila membeli barang dari Lazada.


Perlu masuk ke SHOPBACK dan ke Lazada dari situ.  Nanti akan dapat cash bila dah beli banyak banyak yer... hehehe...


Monday, January 23, 2017

Japan Cotton Cheese Cake

Kek ini sedap bagi anak anak saya.  Cuma saya kurang puas hati dari segi texturenya.  Mungkin sebab saya menggunakan susu + air.  Next time saya cuba gunakan fresh milk pula.







Menggunakan resepi ini untuk test.

Next time nak cuba resepi ini pula.

Resepi Japanese Cheese Cake

Bahan A
150gm cream cheese
100gm butter

1/2 cawan susu cair

Bahan B
telur putih 5bji
1sk cream of tartar 

1 1/2cwan gula icing
(putar bhan cmpai brtanduk)

 
Bahan C
5bji kuning tlur
100gm tpung srf(ayak dhulu)

 
Cara2:Masak cream cheese,susu cair n butter guna tknik double boiler api slow cmpai cream cheese sbti n xbrktul.Kmdian putar bahan B cmpai brtnduk..dlm bks laen pkul kuning tlur n 1sk ese vanilla pukul kmbng,msuk bahan A mix sbati n msuk tpung sdkit dmi sdkit sebati,lastly msuk bahn B guna kaedah kaub balik..dah sebati sumer bahan,alaskn dlm loyang 8x8 bulat yg dialas krts myk,bkar scra water bath suhu 160° 60min..Slmt Mncuba..



Resepi Japanese Sponge Cheese PASTI SEDAP (Resepi dari grop MAHN 😄)
Bahan-bahan :
70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila
Cara membuat :
1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar
2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.
3) kemudian masukkan butter dan kacau lagi sehingga betul2 larut.
4) tutup api dan biarkan sebentar
5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)
6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang
7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul2 larut.
8) kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul,
9) setelah semua betul2 larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.
10) akhir sekali baru letak esen vanila
Cara bakar
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut
2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut
3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)

Wednesday, January 18, 2017

Terkini..

Saja la nak update gambar terkini.

Berat saya pagi tadi saya timbang, 56.5kg.  Hampes betul, tak leh nak diet.  Tiap malam nak kena masak, macam mana la saya nak diet ? Somi saya tu suka makan malam.  Dia tak apa la jogging pepagi, jadi kurus la. 

Saya ni hah... asik dudukkk jer... sabor jer la.  Next week kita posa yer... Masak malam untuk sahur. Insya-Allah kita ganti posa posa posa yang ada... mungkin itu hikmahnya, kan ?



Saya dan suami.  Macam muka dia tu... dia kurus skit sekarang ni.  Saya ni, muka la gemok skit.  Badan tu belum la gemok sangat.  Agaknya yis roti yang saya makan tu pegi kat pipi kut... HAHAHAHA...

Sabor jer la !

 



Kek coklat moist versi bread maker

Saya cuba menggunakan BM untuk buat kek coklat.

Kek coklat moist versi bread maker

Bahan :
4 biji telur gred A
1 tin susu cair (boleh ganti dengan air secawan atau lebih jika nak lebih moist.  Untuk kek di bawah, saya letak satu tin susu air)
1 cawan susu pekat  (kalau tak mahu manis, boleh kurangkan)
1 cawan minyak
1 sudu besar ovalet (optional)

1 cawan gula halus

1 cawan serbuk koko/coklat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda (optional, next time saya cuba utk tidak masukkan, ianya perlu dimasukkan jika kita kukus)

Caranya :
Untuk testing kali ini, semua bahan saya masukkan begitu sahaja tanpa ayak atau pukul dahulu. Masukkan dalam BM secara turutan seperti di atas.  Tekan Mode = CAKE dan Color=LIGHT. Setelah selesai, saya cucuk tengah, jika belum masak, saya tambah masa BAKE dalam10 ke 15 minit. Selesai tanpa perlu kertas lapik atau bekas banyak banyak. 
 
Toppingnya
1. cheese + susu. 
2. Coklatnya saya gunakan coklat bar + planta (cairkan dengan api paling perlahan) 



Ini la rupanya.  Rasanya boleh tahan la untuk orang malas nak basuh peralatan masak... hahahaha...
Kena basuh jugak la bekas cheese dan coklat tu... huhuhu...

Dua lapis saya buat kek ini (lorek kat atas tu malas plak saya nak buat... so... biar jer la !) 
Satu lapisan lagi saya buat untuk diri saya... kek coklat dengan topping coklat semata (tiada cheese, sebab saya kurang suka dengan chees)
Dapat la 2 in 1 kek dengan sekali masak jer. 

Atasnya pecah sedikit.  Tapi tak apa... ianya tebal.  Saya potong 3 lapis 

Oleh kerana saya keluarkan terlalu awal (masih panas) agaknya, bahagian bawahnya lekat pada pan.  Next time kita buat hati hati skit... biarkan sejuk dulu.

Saya tidak pasti kenapa rasanya sedikit liat dan nampak berminyak di atas.  Dah macam brownies... hehehe...

Selesai dia mix, rupa bancuhan adalah seperti ini.  Ready untuk dibakar.


Monday, January 16, 2017

Resepi Donut Gebu



Resepi Donut Gebu
- Menggunakan BREADMAKER TESCO.  Resepi daripada buku masakan yang diedit sesuka hati oleh saya supaya sesuai dengan penggunaan breadmaker.

Ingredient / BAHAN :

230ml water
1 egg (gred B)
40g shortening / planta / butter 
- planta / butter perlu dicairkan dahulu

5g salt / garam
80g caster sugar / gula halus
20g milk powder / tepung susu
1 tsp bread softener  (optional)


300g high protien flour / tepung roti
200g plain flour / tepung serbaguna
1 tsp instant yeast / yis kering 
1 tsp bread improver (optional, jika tidak letak, masukkan yis 10g bukan 1 sudu kecil)

For coating : some caster sugar  
Atau 
Coklat : Coklat bar + whipping cream (double boil)

CARANYA 

Masukkan bahan basah diikuti bahan kering. Pilih MODE DOUGH.  Tunggu hingga selesai. 

Untuk mencanai, sediakan tempat kering dan tabur tepung di atasnya. 

Setelah mesin siap, keluarkan adunan tepung dan tumbuk untuk keluarkan angin.
Tangan juga perlu kering dan ambil sedikit tepung supaya adunan tidak lekat semasa membentuk donut.

Selepas selesai, biarkan donut mengembang lagi (dalam 20 - 30 minit)

Goreng dengan api sederhana dalam minyak yang banyak dan pastikan jangan balik balik dengan kerap (sekali sahaja untuk dapatkan ring putih keliling donut)





Keluarkan dari pan ini dan tumbuk tumbuk.  

Untuk kembang/naikkan kali kedua, saya letakkan dalam oven.  Jika tiada oven, perlu letakkan ditempat yang tiada kipas, bertutup (boleh tutup dengan kain lembab).

 
Goreng dapat lebih kurang sebanyak ini (donut yang sebesar mug :) )

Hampes betul, coklat bar yang saya buat campur susu+planta tu dia jadi bergumpal.  Agaknya tidak sesuai dengan susu.  Hmmm... whipping cream tu mahal sangat... huhuhu... Next time kita beli yer.  Atau, pakai jer gula... hehehe...






Thursday, January 12, 2017

Donut / Roti

Resepi untuk simpaan.
Belum punya masa untuk menguji.

Dulu menguji buat donut, kurang puas hati.

Resepi didapati dari internet (FB)

RESEPI BAHAN YANG SAMA DIKATAKAN UNTUK BUAT DONUT/ROTI :



ROTI :



(Sha Roziah Al Yahya)

bahan A
450g tpg high protein + 50g tpg gandum
50g gula
8gram yis
4sdb susu tepung

bahan B
1 biji telur + air sejuk /air biasa
jadikan 280 - 300ml...

bahan C
60gram butter/ marjerin
1sdt garam halus

cara2
**saya guna breadmaker jd saya masukkn bahan cecair(bahan B) pastu br masukkn bahan A tekan start biar ia sebati semua dlm 2..3 minit br masukkn yg akhir skali bahan C ....
**ulian tangan sama kaedah ngan cara buat donat...masukkn bahan A ...br masukkn bahan B dan akhir bahan C...uli hingga tak melekat di tangan...lama uli lagi cantik adunan roti tu...paling kurang 1/2 jam
**dah siap uli saya terus bntukkn dan baru perap( memudahkan keje😁 )....(nak perap dulu boleh juga...terpulang pda anda)
**perap hingga naik 3x ganda dari asal...
**sblum bakar saya spray guna air biasa je...
**lepas bakar sapu ngan marjerin( berkilatla nnti)

**bakar suhu 180°c selama 25 - 30minit ( ni saya nya oven) hingga kekuning2 an
**suhu bergantung pada oven masing2 ya
●●Ring saya beli ngan " PACK N GO "
●●Boleh gi page " Pack n Go "
●●Tepung Roti boleh cari di bakeri
●●Susu Tepung tak kisah jenama ape semua boleh guna...
●●boleh juga ganti guna susu fresh/ cair kalo tkde susu tepung

SELAMAT MENCUBA SEMUA...MOGA ILMU NI DAPAT KITA KONGSIKAN BERSAMA....DAN MENDAPAT KEBAIKAN...AAMIIN


Wednesday, January 4, 2017

Roti manis yang sangat gebu.

Saya telah jumpa resepi yg memenuhi citarasa saya.
Rasanya sedap dan sgt gebus.





The Killer Toast  
(Tesco Breadmaker)

180gm Egg + Milk (1 egg plus milk will give a total of 180gm)
30gm castor Sugar (blend gula kasar pun ok)
1/2 tsp Salt
30gm Butter  (cairkan), boleh saja ganti dengan margerin pelangi
1 tsp Bread softner (optional)

260gm Bread Flour ( Boleh juga 200 tepung roti 60 tepung gandum)
* Boleh juga campuran tepung roti 200, gandum 50, tepung susu 20 untuk lebih manis

1 tsp Bread improver (optional)
1 tsp Instant Yeast
Buat dua lubang dan satu letak yis, dan satu lagi letak bread improver.

Tips: garam dan yis tidak boleh bercampur, nanti yis mati.

Pilih MODE = Sweet,  Loaf = 1.5lb ,  Color=light

Biarkan dia proses hampir 3 jam (kalau dia berhenti, jangan panik, dia sedang kembangkan doh). Jika perlu tambah buah/kismis atau coklat chip, masukkan bila bunyi beep beep selepas dia putar. Selepas kita masukkan bahan tu, dia akan sambung putar automatik.  Bila dia berhenti kali terakhir, jangan bukak BM dah sebab bimbang doh turun atau tak berapa naik.

Jika kita buat siang, bila bunyi beeb tanda siap, keluarkan cepat supaya kulitnya tak gelap sangat. Kalau biarkan, kulit dia sedikit gelap.  Sedikit jer...

Ianya akan panas sehingga satu jam selepas selesai.



Untuk lebih detail, sila ke link dan resepi asal
http://www.thealmostfamousmom.com/2015/12/the-killer-toast.html

Tuesday, January 3, 2017

Kek buah marble

Kek ini saya bawa ke office.  Komen kawan, sedap.  Entah ikhlas atau tidak, saya pun tak tahu.  Tapi komen dari saya sendiri yang cerewet pasal kek marjerin (kek orang lama) ni, kek ni sedap dan kena dengan tekak saya.


KEK BUAH MARBLE

Bahan:

1 cawan gula halus (kurangkan jika nak kurang manis), boleh blend kering gula biasa.
1 cawan marjerin

1 cawan telur/4 biji
1 sudu teh ovalatte
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat

*2 cawan tepung gandum
*1 sudu teh baking powder 
 * campur sekali dan ayak

1 cawan buahan kering
Tepung coklat + emulco kopi atau warna yg digemari


Caranya:

Bread Maker :
Masuk semua  dlm BM (bahan cecair diikuti kering)
Bila bunyik beeb, masuk buah kering. Biarkan dia putar lagi.
Bila dah berhenti, asingkan sedikit utk campur dgn coklat atau serbuk koko+emulco kopi.
Nak cantik, bahagi dua coklat dan warna asal dan masukkan sedikit demi sedikit dalam BM macam buat kek marble biasa. Biarkan dia masak sendiri.

Note : Untuk ujian kali ini, saya pilih light, kurang masak kat tengah.  Next time pilih dark atau medium (perlu lihat beza medium dan dark kerana kalau pilih light, perlu sambung dalam oven selama 10 minit !) 

Telah menguji untuk kali kedua, pilihan MEDIUM tidak menambah masa, tapi menambah keras/warna pada kulit (crust).  Tidak sesuai dengan selera saya.  

Oh ya... lucu sebab saya pilih sambung dalam oven.  Patutnya pilih MODE = BAKE untuk meneruskan bakar sahaja.  Hahaha... sabor jer la.  
Jadi, next time, pilih 
COLOR=LIGHT
LOAF = 1.5lb
MODE = CAKE

Selepas selesai masak, tekan lama butang START/STOP sehingga reset, dan pilih MODE : BAKE, tekan arrow ke bawah sehingga menunjukkan masa dalam 10 (atau 15 minit)

Atau

Cara Biasa :
Putar gula dan marjerin sampai kembang,
Masukkan ovellet dan putar sampai gebu.
Masukkan kesemua telur dan esen vanilla, putar sehingga kembang dan gebu .
Ayak tepung dan baking powder terus masukkan ke dalam adunan bersama dengan  dan susu pekat terus diputar sehingga gebu.
Berikan warna ikut citarasa masing 2.
Bakar dalam kepanasan 170 c selama 45 minit atau mengikut suhu oven masing masin.
kek ni mmg gebu dan mudah utk dibuat.





Pecah plak bawah dia...


First try, tak cantik skit dalam dia.  Tapi sangat sedap.  Next time nak tuang secara berselang... baru comey marble dia...

UPDATED !


Telah menguji untuk kali kedua dengan pemilihan COLOR medium.  Sangat keras dan rangup kat luarnya.  Tak sesuai dengan selera saya.  Untuk kali ini, saya cabut padle dia ni masa dia nak bakar, jadi tak la buruk huduh bila kita nak cabut lepas dia masak.

Cerdik dak ? Hahahaha...





Roti susu (Bread Maker)

Untuk resepi roti ini, buat kelmarin, masa keluarkan, kulitnya sedikit keras.  Tetapi, petang dan malam serta esoknya, kulitnya sedikit lembut (biarpun tidak selembut gardenia... hehehe).  Apapun, perlu disimpan dalam tempat yang tidak kena angin (dalam oven atau dalam bekas bertutup, dalam plastik pun ok macam roti gardenia !)

Roti begini sedap dibuat cicah dengan milo panas atau dibuat roti telur meleleh.

 Resepi : Bread Loaf / Roti Bantal / Basic Bread
Sumber Asal : Yaya Azura
Diubah sesuka hati : Izawani

Bahan-bahan:

1+1/8 cawan air (next time campur dengan telur dahulu, kemudian tambah air)
2+1/2 sudu besar minyak (margerin/butter pun ok)
2 sudu kecil gula kastor/gula kasar yang diblend  (penuh membukit)
1 sudu kecil garam (penuh membukit)

1/4 cawan susu tepung (horlick pun ok)
2 cawan bread flour (penuh rata)
1 cawan tepung biasa/kek (penuh rata)
Sedikit Bread improver/softner  (next time nak tambah ini, sebab resepi sebelum ini ikut resepi asal)
1  sudu kecil yis (penuh membukit)



Cara-cara:

1) Masukkan bahan mengikut urutan (dari bahan cecair ke bahan kering).
2) Tekan butang untuk basic bread (bergantung pada BM masing-masing).
3) Biarkan BM selesaikan kerja anda..tunggu hasilnya saja dalam tempoh 2 jam 45 minit..


Roti di bawah ini tidak dimasukkan Bread improver/softner menyebabkan dia sedikit keras.  Tetapi masih sesuai untuk buat roti telur meleleh/goyang kerana rotinya yang keras menjadi lembut dengan telur.





Resepi Asal 

Resepi : Bread Loaf / Roti Bantal / Basic Bread
Sumber : Yaya Azura

Bahan-bahan:

1+1/8 cawan air
2+1/2 sb susu tepung
2+1/2 sb minyak sunflower - yaya guna minyak masak
2+1/4 sk gula
1+1/4 sk garam
3 cawan strong white bread flour - yaya guna tepung gandum faiza
1+1/4 sk yis

Cara-cara:

1) Masukkan bahan mengikut urutan (dari bahan cecair ke bahan kering).
2) Tekan butang untuk basic bread (bergantung pada BM masing-masing).
3) Biarkan BM selesaikan kerja anda..tunggu hasilnya saja dalam tempoh 2 jam 45 minit..