Search This Blog

Loading...

Wednesday, June 15, 2016

Drama sepetang ramadhan...



Selepas selesai masak utk persediaan berbuka, saya berehat sambil menonton citer korea.

Suami balik dari pasar... ada menjinjit beg plastik... saya hanya mengekor dengan mata saja... biarkan dia ke dapur. Mungkin ada sedikit tambahan kuih untuk berbuka.

Adik mie yang mengikut abahnya keluar tadi datang mendekati saya dan mengadu lapar serta sakit perut.  Saya minta baring di riba saya.

"Mama !!!", suami saya memanggil dari dapur. 

Saya 'pause' cerita korea dan letakkan kepala Adik mie ke lantai. Terus saya menuju ke dapur.

Terlihat sebesen ulas ulas cempedak. 

"Macam mana nak buat ni ?", suami bertanya, sambil beri senyuman penuh makna.

"Elehhh... pura pura tanya pulak !", saya menjawab sambil membalas senyum. 

"Nak letak tepung ni ker ?", tanya suami sambil menunjukkan tepung beras.

"Itu pun tak tau... Apa lagi, buat macam ni la", lalu saya ambil seulas dan masukkan dalam mulut..  Suami menjegilkan mata terkejut dan saya pula gelak mengekek...

Hahahaha...

p/s : Geram betul bila posa batal hampir di akhir waktu... huhuhu...

2 comments:

  1. haha, igtkan apa lah tadi
    tp masa muda2 dulu mmg stress kalau dah nak brbuka jepun datang
    dah tetua ni, redha jelah

    tapi ni dah nak 6 bulan baby, belom datang lagi
    berjaga2 jelah

    ReplyDelete
  2. Dah agak dari pagi dia nak datang, tapi, tunggu jer la... kut dia datang lepas azan. Hampes jer bila dia datang lagi 30 minit sebelum berbuka... hmmm... :)

    ReplyDelete