Search This Blog

Tuesday, June 21, 2016

Drama sepetang ramadhan II

Drama sepetang ramadhan 2

Biasanya dalam 10 minit lagi berbuka, saya telah siapkan meja makan. Telah siap buatkan air oren ais atau sirap atau laici. Siap cedukkan nasi dalam pinggan. Hanya tunggu azan. Saya minta mereka duduk di meja tunggu waktu berbuka. Semalam saya terlewat sedikit, banyak kerja di pejabat. Kelam kabut sedikit. Saya siapkan meja pada pukul 7.30. Hampir sangat waktu berbuka.

Anak anak telah cedukkan kuah dan ambil lauk kesukaan masing masing ke dalam pinggan. Saya masih ke sana sini uruskan hal lain.

Adik Mie berdiri sambil memegang pinggan dan menceduk kuah. Kemudian dia mencicip sedikit rasa kuah asam pedas.

"Eh... adik Mie, belum berbuka lagi".

Saya terus tegur. Adik Mie yang dengar, terkejut. Terus dia lari dan seperti biasa, merajuk. Hahahaha... itu pun nak merajuk. Masuk dalam bilik, dan kunci di dalamnya.

Saya pujuk berkali kali. Ketika azan bergema, dia masih merajuk. Saya katakan, yang perbuatan tidak sengaja tidak membatalkan puasa.

"Adik Mie, tak baik berbuka lewat", pujuk saya lagi. Penat saya pujuk, saya abaikan saja.

Lama juga dia merajuk. Selepas kami selesai makan dan berehat barulah dia hilang rajuk. Makan dan ke surau utk solat maghrib dengan abang dan abahnya seperti biasa.

Pagi tadi, adik Mie dah ok. Abahnya mengungkit hal merajuk semalam. Lalu saya jelaskan padanya lagi.

"Adik Mie, kita kalau tak sengaja minum atau makan, tak batal puasa", kata saya.


"Tapi, kalau sengaja merajuk tu batal posa !"

Hahahaha... sempat lagi abah dia buat lawak.

No comments:

Post a Comment