Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Tuesday, June 21, 2016
Drama sepetang ramadhan II
Biasanya dalam 10 minit lagi berbuka, saya telah siapkan meja makan. Telah siap buatkan air oren ais atau sirap atau laici. Siap cedukkan nasi dalam pinggan. Hanya tunggu azan. Saya minta mereka duduk di meja tunggu waktu berbuka. Semalam saya terlewat sedikit, banyak kerja di pejabat. Kelam kabut sedikit. Saya siapkan meja pada pukul 7.30. Hampir sangat waktu berbuka.
Anak anak telah cedukkan kuah dan ambil lauk kesukaan masing masing ke dalam pinggan. Saya masih ke sana sini uruskan hal lain.
Adik Mie berdiri sambil memegang pinggan dan menceduk kuah. Kemudian dia mencicip sedikit rasa kuah asam pedas.
"Eh... adik Mie, belum berbuka lagi".
Saya terus tegur. Adik Mie yang dengar, terkejut. Terus dia lari dan seperti biasa, merajuk. Hahahaha... itu pun nak merajuk. Masuk dalam bilik, dan kunci di dalamnya.
Saya pujuk berkali kali. Ketika azan bergema, dia masih merajuk. Saya katakan, yang perbuatan tidak sengaja tidak membatalkan puasa.
"Adik Mie, tak baik berbuka lewat", pujuk saya lagi. Penat saya pujuk, saya abaikan saja.
Lama juga dia merajuk. Selepas kami selesai makan dan berehat barulah dia hilang rajuk. Makan dan ke surau utk solat maghrib dengan abang dan abahnya seperti biasa.
Pagi tadi, adik Mie dah ok. Abahnya mengungkit hal merajuk semalam. Lalu saya jelaskan padanya lagi.
"Adik Mie, kita kalau tak sengaja minum atau makan, tak batal puasa", kata saya.
"Tapi, kalau sengaja merajuk tu batal posa !"
Hahahaha... sempat lagi abah dia buat lawak.
Monday, June 20, 2016
Makan makan...
Ini lauk berbuka di kampung @ Bendang Nibung. Kami makan bersila kat lantai jer... Seronok jer saya makan gitu... anak anak buat alakad... amik amik lauk, pi makan kat dalam rumah. Yang tua tua dan separa tua macam saya ni, makan bersama kat luar tu... hehehe... Ini lauk semasa skit jer orang. Kalau ramai orang... lagiiii panjang...
Contoh macam ni... hahahaha... 40 orang makan. Kami buat makan makan kat kedai dengan hampir 40 orang. Makan makan sebelum puasa. Semua adik beradik hubby dan pasangan berkumpul...
Hehehe... itu la... kisah hari ni...
Wednesday, June 15, 2016
Drama sepetang ramadhan...
Selepas selesai masak utk persediaan berbuka, saya berehat sambil menonton citer korea.
Suami balik dari pasar... ada menjinjit beg plastik... saya hanya mengekor dengan mata saja... biarkan dia ke dapur. Mungkin ada sedikit tambahan kuih untuk berbuka.
Adik mie yang mengikut abahnya keluar tadi datang mendekati saya dan mengadu lapar serta sakit perut. Saya minta baring di riba saya.
"Mama !!!", suami saya memanggil dari dapur.
Saya 'pause' cerita korea dan letakkan kepala Adik mie ke lantai. Terus saya menuju ke dapur.
Terlihat sebesen ulas ulas cempedak.
"Macam mana nak buat ni ?", suami bertanya, sambil beri senyuman penuh makna.
"Elehhh... pura pura tanya pulak !", saya menjawab sambil membalas senyum.
"Nak letak tepung ni ker ?", tanya suami sambil menunjukkan tepung beras.
"Itu pun tak tau... Apa lagi, buat macam ni la", lalu saya ambil seulas dan masukkan dalam mulut.. Suami menjegilkan mata terkejut dan saya pula gelak mengekek...
Hahahaha...
p/s : Geram betul bila posa batal hampir di akhir waktu... huhuhu...
Thursday, June 2, 2016
Jejari coklat roti...
Biasa org buat jejari coklat nestum, tapi oleh kerana tak ada nestum kat umah, saya blender jer roti tu jadi serbuk roti... hehehe..
Raya nanti saya dah ada idea nak buat kuih raya ... utk budak budak ler...
Beberapa jenis kuih dah ada dalam paler... semperit susu tu macam kuih wajib pulak sebab faberet abang.
Laksa pun yer juga...
Ehhh... posa lom lagi, dah sembang hal raya pulak...