Search This Blog

Thursday, December 10, 2015

Cuti mc jer la...

Cuti cuti MC sakit mata, tapi tangan tak sakit, terpaksalah masak kerana rasa membuak buak nak masak.

Teruk kan ?

Hahaha...

Kek...

Ayam KFC tinggal tulang

Donut...

Ada 2 lagi yang dah masak... tetapi tak snap pun.  Laksa goreng a.k.a twisties dan juga churros (kuih belimbing).

Amik  !!! Kak Ya cakap sampai nak termuntah makan.  Itu belum lagi aiskrim yang buat malam tadi.  Sebab ada yang merungut cakap aiskrim dah abis.

Hahaha... Senang kan... banyak buat sendiri jer.


Bosan sangat, pi tukar baju peti ais... Family somi datang, komen la peti ais ni dah buruk... huhuhu...  Tak apa la... memang dah tua pun...


Cuba tukar baju mesin basuh.  Susah jugak ni.  Dah la panas... tak ada kipas kat sini, lepas tu lekukan dan bentuk yang tak sekata tu, susah nak potong potong... huhuhu... buat la pelan pelan nanti.


Oh ya... Seperti biasa juga buat sambal kosong ni atau namanya pes... Nanti buleh bertukar jadi macam macam... Bahan utama adalah cabai kering blender tak buang biji guna food processor, bawang kisar pakai food processor... Lagi satuuuu... Kulit udang yg digoreng dan juga diblender dgn food processor baru... lepastu tapis amik airnya sahaja.

Eh...iklan food processor ker ? Hahaha... Nak kasi tau, blander kenwood ni, sebab baru agaknya, kisar cili sampai hancur biji. Tak payah la pilih buang biji. Kisar bawang plak tak perlu taruk air...mudah skit simpan dlm bekas kecik jer.

Yg lelain, macam biasa jerrrr... Suka hati la nak taruk halia, belacan, daun limau purut, garam, asam keping dll...
Lagi satu... Ni hah...piuk buruk karat ni dah bertukar kulit. Nampak la comey skit dok sebelah noxxa tu.  Habuan sapa yg tak reti guna noxxa, boleh masak guna piuk buruk. Tidak pun, guna jer piuk ni utk masak telur guna tisu basah...kena try nih... 


No comments:

Post a Comment