Search This Blog

Loading...

Sunday, August 18, 2013

Aduan bising...

Kami pergi berkelah kali ini disertai oleh aku, paksu, paktam, mokcik, pokde sahaja.  Semua mereka bawa anak beranak bercucu... ekekeke... ada ker ?

Pak Tam ada 5 anak kalau tak silap
Pak Su ada 4 anak
Aku ada 4 anak
Chik sorang anak (besor dah)
Pok De bawa 3 anak (dan dua cucu)

Kami sewa 3 bilik... satu level...

Bayangkan...


Budak yang senakal ini...

Yang tak kesah apa saja...

Yang kecik tak reti bahasa...

Yang ingat nak mainnnnnnnnnn saja...

Yang suka menjerit...


Jadi, ada la dua kali kena komplen dengan pengurusan hotel... bilik aku bising...

Hehehe... aku iyer kan jer...  Nak buat macam mana... aku dah larang... dah jegil bijik mata... dan buat syyyyy syyyy... tapi, ada jer bunyik berlari larian kat luar tu... menjerit panggil nama nama sepupu sepapat mereka... dan juga seronok bekejaran kat luar nak pegi mandi atau apa apa saja la.

Ruang tu akan diam bila dah malam dan mereka semua penat tertidor atas lantai hotel kesejukan...


Bilik ngantin kot... hehehe... mereka ni tak suka diganggu... biasala... aku faham... tapi biasa juga, aku dan anak anak aku dan keluarga aku manusia.  Nak diam tak berbunyi manusia, sila masuk utan yer kawan kawan.... itu pun leh dengar bunyik cengkerik pulak...

Pada yang ada anak yang sopan... tahniah... pada yang ada anak yang kreatif... ekekeke... sabor jer la yer...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment