Kelmarin jamuan hari raya jabatan aku. Aku memang rasa berat hati nak pegi sebab tak ada kawan. Tapi aku gagahkan juga hati pegi sebab nak bergaul dengan orang la kononnya... nanti orang kata macam apa tah , tak bermasyarakat.
Aku naik keter sorang sorang jer, sebab senang nak balik... yer la... kekadang anak aku call karang, susah plak... mereka nak balik sekolah la itu la ini la.
So, sampai kat tempat jamuan... aku yang menonong sengsorang tengok tak ada sapa pun yang ajak aku join mereka... huhuhu... sedih kali pertama...
Dah aku plak dok la kat meja untuk nam orang... tapi dok sorang sorang... sedih kali kedua... Ada beg atas meja tu, aku harap ada orang yang datang sat lagi... dan duduk dengan aku... tak la aku kesorangan... kan ?
Lepas tu, dengar la MC panggil nama sorang sorang bagi hadiah hari lahir...
Seketika kemudian, satu group kakak kakak yang senior datang... bertanyakan salah seorang staf mana meja yang mereka suruh dia carikan.
Ohhh... rupanya beg tu dia letak atas meja utk menunjukkan telah dibooking... mana lah aku tahu...
"Cukup ker ? 6 orang... "
"Cukup... 1,2,3,4,5,6 ... kak ... boleh dok meja sana la !", lebih kurang arahan adik junior dari aku sorang tu sambil menuding pada aku.
Dushhhh !!! Rasa macam muka aku ditampal dengan kulit 'bab' jer... malu hanya Tuhan yang tahu...
Aku terus bangun tanpa sepatah kata... dan duduk dimeja sebelah yang juga kosong ! Masih sendiri... huhuhu... aku punya malu tak tahu nak cakap... rasa nak keluar jer dari majlis. Tapi aku tahan hati... dan masih dok di situ... sambil mendengar nama aku dipanggil... dan aku mengambil hadiah... sebiji cawan... tanda cenderahati... Terima kasih kerana ingat nama aku...
Aku ingin saja bangkit dari kerusi tu sebab aku rasa sangat kekok dan rasa macam sebak nak nangis... tapi nasib baik tiba satu lagi gerombolan... dan nasib baik juga mereka ada 5 orang... kalau mereka 6 orang... tentu aku menangis kat situ... yer la...tentu aku terus kena halau ke luar.... huhuhu.... Akhirnya aku teruskan makan buat seperti tiada apa yang berlaku sedangkan hati aku macam berdarah tak berenti mengalir... tetambah bila adik sebelah aku tanya perlahan. "Tak malu ker duduk sorang sorang !" "Malu la... skit jer lagi akak nak keluar... tetambah kena halau dari meja sebelah tadi... ", aku mengadu...
Sangat sangat sangat melukakan hati aku....
Tapi tak apa... jadikan pengajaran sahaja la... Rupanya nasib aku tidak berubah dari 10 tahun lepas sehingga sekarang !
Serik aku... bukan mudah rupanya menjadi seorang aku ! Rasanya aku tak akan pergi lagi aktiviti mereka... dan aku tak mahu malu dan terluka sekali lagi....
p/s :
Agaknya itu perasaan Amalia... susah untuk menyesuaikan diri dalam kelompok yang ramai....
Balik dari jamuan, aku bercerita pada hubby dan aku tanyakan dia, apa tindakan dia kalau jadi pada dia. Dia kata dia keluar dari majlis. Dia tanyakan pada aku, kenapa aku tak keluar. Aku cakap, kalau aku keluar, tentu majlis jadi isu berkaitan dengan aku...
Sebenarnya aku tak mau jadi perhatian yang terlampau....
Aku tanyakan pada helper yang datang seminggu sekali cuci rumah aku. Tidakkah dia pergi ke jamuan hari raya univ dan jabatan yang banyak banyak tu. Dia kata dia tak pegi...
Dan aku katakan juga, aku pegi... tapi .. bla bla bla... aku citer la skit kes aku.
Dia pun terbuka la citer kes golongan macam dia (cleaner di univ)... bila pegi ke majlis staf univ, ada mulut mulut yang aku tak dapat bayangkan bagaimanakah rupa mereka mengatakan...
"Kenapa la jemput makcik makcik macam ni ? Sepatutnya staf univ sahaja !"
Isk isk isk... adakah mereka ni tak ada perasaan ????
Adoiii la... macam macam hati perut orang nih... ingin saja aku duduk dalam dunia yang diammmm....
Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Friday, August 30, 2013
Thursday, August 29, 2013
Mengantuk betul...
Hari ini hari tidak produktif aku. Mengantuk betul. Rasa macam nak pi tidor jer. Tengah hari karang ada jamuan raya peringkat jabatan kami ni. Aku pulak tak pakai baju raya pun... huhuhu...
Macam mana nak buat nih ??? Dah cuba tahan dari tadi, tapi tetap la ngantuk !!!
Macam mana nak buat nih ??? Dah cuba tahan dari tadi, tapi tetap la ngantuk !!!
Monday, August 26, 2013
Tudung halfmoon RM40 tuk 3 helai...
Tau tau jer la, half moon ni bapok punya mahal sekarang. Jadi, aku minta Chik buatkan la beberapa helai utk kami gayakan. Dia dah buat, tapi aku pulak tak reti nak gayakan.
Tudung ni plain, tak ada kerawang tak ada manik tak ada batu... kalau nak kasi cantik, tambah sendiri.
Sekarang ni tunggu dia upload video cara pakai tudung ni bagi nampak vouge gitu !
Tudung ni plain, tak ada kerawang tak ada manik tak ada batu... kalau nak kasi cantik, tambah sendiri.
Sekarang ni tunggu dia upload video cara pakai tudung ni bagi nampak vouge gitu !
Saturday, August 24, 2013
Thursday, August 22, 2013
Bila aku jadi zombie...
Korang biasa kot tengok kan. Memula tengok muka sendiri jadi hantu... takuttttttttt... hahaha...
Pandai betul diorang buat... Gerak gerak dan makan darah... arghhhh arghhh...
Pandai betul diorang buat... Gerak gerak dan makan darah... arghhhh arghhh...
Sunday, August 18, 2013
Aduan bising...
Kami pergi berkelah kali ini disertai oleh aku, paksu, paktam, mokcik, pokde sahaja. Semua mereka bawa anak beranak bercucu... ekekeke... ada ker ?
Pak Tam ada 5 anak kalau tak silap
Pak Su ada 4 anak
Aku ada 4 anak
Chik sorang anak (besor dah)
Pok De bawa 3 anak (dan dua cucu)
Kami sewa 3 bilik... satu level...
Bayangkan...
Jadi, ada la dua kali kena komplen dengan pengurusan hotel... bilik aku bising...
Hehehe... aku iyer kan jer... Nak buat macam mana... aku dah larang... dah jegil bijik mata... dan buat syyyyy syyyy... tapi, ada jer bunyik berlari larian kat luar tu... menjerit panggil nama nama sepupu sepapat mereka... dan juga seronok bekejaran kat luar nak pegi mandi atau apa apa saja la.
Ruang tu akan diam bila dah malam dan mereka semua penat tertidor atas lantai hotel kesejukan...
Bilik ngantin kot... hehehe... mereka ni tak suka diganggu... biasala... aku faham... tapi biasa juga, aku dan anak anak aku dan keluarga aku manusia. Nak diam tak berbunyi manusia, sila masuk utan yer kawan kawan.... itu pun leh dengar bunyik cengkerik pulak...
Pada yang ada anak yang sopan... tahniah... pada yang ada anak yang kreatif... ekekeke... sabor jer la yer...
Pak Tam ada 5 anak kalau tak silap
Pak Su ada 4 anak
Aku ada 4 anak
Chik sorang anak (besor dah)
Pok De bawa 3 anak (dan dua cucu)
Kami sewa 3 bilik... satu level...
Bayangkan...
Jadi, ada la dua kali kena komplen dengan pengurusan hotel... bilik aku bising...
Hehehe... aku iyer kan jer... Nak buat macam mana... aku dah larang... dah jegil bijik mata... dan buat syyyyy syyyy... tapi, ada jer bunyik berlari larian kat luar tu... menjerit panggil nama nama sepupu sepapat mereka... dan juga seronok bekejaran kat luar nak pegi mandi atau apa apa saja la.
Ruang tu akan diam bila dah malam dan mereka semua penat tertidor atas lantai hotel kesejukan...
Bilik ngantin kot... hehehe... mereka ni tak suka diganggu... biasala... aku faham... tapi biasa juga, aku dan anak anak aku dan keluarga aku manusia. Nak diam tak berbunyi manusia, sila masuk utan yer kawan kawan.... itu pun leh dengar bunyik cengkerik pulak...
Pada yang ada anak yang sopan... tahniah... pada yang ada anak yang kreatif... ekekeke... sabor jer la yer...
17 Ogos 2013
12 Ogos 2013
Raya ke berapa yer ? Entah lah... tapi hari tu karaoke jer la seharian ... lepas tengok CD tak abis abis...
Subscribe to:
Posts (Atom)