Selain daripada mesin basuh automatik, kenangan juga boleh datang secara automatik.
Asalkan ada sesuatu yg trigger jer, kenangan semalam datang bertimpa timpa, nak tepis pun seksa.
Yer, kita nasihat orang suruh berdamai dengan masa lalu. Berdamai dengan takdir.
Kita fikir kita boleh ingat tanpa membenci.
Nah... Bila kenangan nak datang tanpa ketuk pintu, kita pun tak bersedia pakai baju, hahaha... Mula la hati rasa sedih pilu...
Ada kenangan kita boleh sebut dan kita boleh kongsi.
Ada kenangan kita kena simpan, kena benam di sudut hati kita yg paling dalam.
Hmmm...
Semoga kenangan lama yg bertamu tak dijemput itu cepat minta diri. Nak dihalau, lagi melekat.
💪💪💪
Satu catatan luahan untuk memujuk kenangan untuk berlalu pergi...
------------------------------
Itu entry dalam wall fb...
Sebenarnya yang trigger kenangan tu bila mak ustaz cakap "Insya-Allah, abang Chik dah berubah, tidak lagi seperti dulu"
Sebelum tu, ustaz berada di depan pintu, saya berada dalam rumah. Sambil dia memegang tiang dan saya memegang sabar, saya melihat wajahnya tersenyum selepas tawaran tips berpoligami pada suami saya.
Saya tak marah dia nak berpoligami, saya tak halang, tak juga cemburu. Suka hati dia sebab itu hak dia jika dia mampu. Tapi, bila dia libatkan orang lain, dan orang lain itu suami saya, jadi, sabar yang saya pegang erat tadi terlepas juga.
Hahaha... sambil saya gelak hambar.
"Kak Izan nak cari 3 isteri .... bla bla bla..."
Selesai kat situ...
Apa yang tak selesai ?
Sebab kenangan lama datang terlayang layang depan mata saya.
Saya tanyakan pada mak saudara suami, adakah mak ustaz tau kisah kami ?
Dia menjawab tergagap gagap. Saya tahu, dia cuba mengelak dan berlapik. "Agaknya kisah lama masa mereka bujang. Kan ustaz dan abang chik tu berkawan masa muda muda bla bla bla"
Lalu saya diam...
Sehingga sekarang, kenangan lalu masih bermain depan mata. Saya cuba untuk berlagak biasa, berlagak tak ada apa apa, tapi, dalam hati saya, dalam dada saya, bagaikan irama rancak, pemain drum dalam sana mengetuk kuat.
Kata suami, dia malu, sebab kawan kawan dia perli dia, kata macam macam pasal saya. Katanya sikap saya yang suka tulis kat wall fb mengundang komen yang bukan bukan. Katanya lagi, fb tu boleh dibaca oleh seluruh dunia. Semua orang tahu.
Tapi, dia tak tahu, saya juga malu, bila fikirkan apa yang dia buat dahulu, satu Malaysia tahu. Bukan saja keluarga dia, tetapi kawan kawan pejabat dia dan kawan kawan lama saya (kami satu pejabat dulu). Tak perlu fb tak perlu media sosial pun, semua orang tahu jugak. Apa pandangan orang pada saya kalau ingat cerita dulu ?
"Ahhh... isteri yang tak tahu malu... bla bla bla...".
Cubalah bayang, bagaimana saya nak sorok rasa sedih saya bila saya tahu, suami bawa perempuan lain balik kampung dia, perkenalkan pada keluarga dia bla bla bla... ? Saya tak dapat padam ingatan tu... tapi saya juga tak boleh kongsi dengan orang secara terbuka. Saya juga tak boleh kongsi dengan suami.
Saya kongsi di sini sahaja....
Hmmm... esok esok semuanya akan berlalu dengan cepat.
No comments:
Post a Comment