Search This Blog

Sunday, March 14, 2021

Jika ada rezeki...

Hari Jumaat, selepas hantar Kakak (anak) balik kolej jururawat di Bertam, kami meneruskan perjalanan ke kampung. Melawat keluarga suami yang sakit dan juga ada sedikit makan makan meraikan hari lahir anak saudara suami. Seperti biasa, ramai adik beradik suami balik. Sepupu sepapat juga bertandang. Yer la... mak dan ayah mertua anak sulung, dua duanya masih sihat. Syukur.... Yang sakit adalah pak sedara suami, Pak Teh, dah terlantar. Bila bertemu ramai ramai ni, sesi beramah mesra memang meriah. Saya akan membelek tangan mereka yang bersinar sinar. Eh... patut pun nama I-Sinar ... hahaha...

Mak Su pula terpaksa dipapah. Katanya kaki dia berat. Ada rantai kaki baru... hahaha.... hampes kan ? 🤣🤣 Selepas dapat I-Sinar, pakat bersinar sinar, jadi, tetiba saya sendiri nak tayang rantai tangan, cari cari, tak jumpa...

Dush ! Rasa terkejut. Berdebar. Melilau cari.

Tanyakan mereka, samada saya ada tak tunjuk pada mereka gelang tangan saya ? Mereka kata nampak. Kali terakhir bersama maksu, katanya saya tunjuk pada dia. Hmmmm... kenapa saya tak ingat ? Tanya pada, Shikin, adik suami, katanya dia ada tengok juga. Ades !

Melilau saya cari tepi longkang sebab selepas saya papah Mak Su yang berat kakinya tu, Danish (anak sedara suami) panggil, minta tolong. Bolanya jatuh longkang. Danish masih kecil. Baru umur 7 tahun. Jadi, saya pegang tangan dia dan hulurkan ke longkang. Ambil bola, angkat dia semula.

Jadi, saya syak, mungkin jatuh di situ. Pakat ramai ramai la keluarga cari sama sama sekitar longkang.

Tak jumpa !

Hati saya sedih, tetapi otak saya cakap... "Tak apa, jika ada rezeki, adalah". Saya ulang berkali kali dalam hati. Supaya sedih dihati saya hilang. Diganti dengan tawakal dan redha. Bila orang tanya pun, jawapan saya saya... "Tak apa, ada rezeki, adalah !", saya tetap ceria, balik rumah malam tu. Mereka janji nak carikan bila siang. Malam malam sukar nak cari.

Dalam kereta suami bagi tazkirah...

"Itu la, abang tak suka pakai gelang tayang kat orang. Dah la barang mahal bla bla bla"

"Saya bukan biasa pakai barang emas. Dari anak dara lagi tak pakai macam orang lain. Walaupun mampu, banyak duit pun, abang biasa ke tengok saya pakai rantai gelang macam orang lain ?"

Suami diam...

"Sayapakai sekarang ni, dah tua ni jer. Kalau ada rezeki saya, dapat la balik"

Suami diam lagi... dan tak berleter seperti biasa.

Sampai ke rumah, saya tidor dengan lena saja. Bila bangun tidur, otak masih berputar, fikir di mana last saya lihat gelang saya. Tiada dalam memori. Kemas rumah, basuh kain, mandi seperti biasa. Sebelum solat, fikiran masih pada gelang. Teruk betul... hahaha...

Selesai semuanya, nak pergi kerja pagi ini, buka pintu rumah, nampak atas lantai. Selonggok elok saja gelang tu. Ya Allah... Ya Allah... syukur sangat. Rasa seperti dihargai, disayangi Allah. Terus call Mak Su bagi tahu dah jumpa (supaya keluarga suami tak tercari cari di kampung)

Call suami, dia pun ucap syukur.

Sebenarnya tak la besar sangat gelang tu. Tak la mahal sangat pun. Tetapi, sebab saya ni tak biasa beli barang emas dan tak biasa abiskan duit banyak untuk diri sendiri, rasa macam hmmm... tak tau nak cakap. Now, saya tak tahu nak buat apa dengan gelang tu. Nak pakai ? Rasa takut. Nak simpan ? Hahaha... baik beli emas public gold tu kalau nak simpan. Hmmm...

Gitu lah... share hari ini...

Korang nak tahu, selain dari usaha mencari, apa yang saya buat untuk jadi lebih tawakal ? First hilang dan mencari cari tu, saya niatkan dalam hati, jika jumpa, saya akan puasa. Bila cari cari tu, masih tak jumpa. Tak apa... Pagi tadi, lepas solat, saya cakap pada diri saya sendiri, saya nak bayar duit belajar Mad (kawan sekolah agama dengan Dik Mie). Jika ada kebaikan dalam usaha saya, semoga ada rezeki saya semula dapat barang kemas saya tu. Lebih kurang gitulah doa saya. Bila saya buka pintu dan terlihat gelang tu, terus saya terbayang pada doa saya pagi tadi. Hmmmm... semoga kita semua bahagia... 😍😍 Tentu ada sebab Allah bagi ujian kecil ni pada saya... kan ?



No comments:

Post a Comment