Semalam, berkisah tentang kakak yg punya kawan lelaki, suami orang. Kakak yg menjadi balu sejak suami meninggal, baru terbuka hati untuk suka pada lelaki lain.
Dulu, semasa kakak bersuami, dia paling anti dengan poligami. Bila abang berpoligami, langsung isteri kedua abang tidak dibenarkan jejak kaki ke rumah kakak. Punya tegas kakak tentang hal poligami.
Lama juga kakak ambil masa untuk terima kakak ipar baru. Kakak ipar baru yg sebaya dengan saya. Adesss...
Saya sendiri ok saja. Dari awal perkahwinan mereka, saya jadi orang yg berlapang dada menerima kakak ipar baru. Tetapi, saya juga menjadi pendengar keluh kesah kakak ipar isteri pertama tentang perasaan terlukanya. Saya tidak menyuruh dia bersabar, saya suruh dia berfikir dan buat perancangan.
Jika dia tak mampu bersabar, apa tindakan yg dia nak buat. Jika dia nak teruskan perkahwinan juga, dia kena anggap, ianya dugaan dalam hidup dia. Bla bla bla...
Bila akhirnya kakak tersuka dengan suami orang, makanya suami saya menempelak, "dulu paling benci poligami, sekarang ni dah kena pada diri sendiri, berubah pula sikap"
Maka saya katakan, lelaki perlu jujur. Jangan buat diam diam. Kakak mahu lelaki tu minta izin dengan isteri pertama. Jika tak ada izin, tiadalah jodoh mereka. Bukannya satu kemestian mereka berkahwin. Banyak risiko yg mereka kena hadap. Mereka dah dewasa, memang sangat maklum tentang hal itu.
Lalu, suami berkata tentang akal perempuan yg singkat. Tentang maksu yg berkahwin, tetapi akhirnya tetap tak bahagia. Suami yg mengongkong, suami itu dan ini. Nampaknya perkahwinan maksu diuji lagi. Tak tahu lah setakat mana jodoh mereka.
Bagi saya sendiri, jika kita nak bahagia, kita cuba redah saja. Rasa tak boleh proceed, tarik break, undur belakang semula. Perkahwinan usia senja ni tidak mengikat kita dengan apa apa. Anak bersama pun tiada, jadi, kenapa takut ?
Mulut orang kata macam macam ? Pedulik. Yg penting, kita kenal diri kita. Mulut orang yg mengata tu, lama lama mereka berhenti sendiri. Kalau tak berhenti, kita sendiri yg pekakkan telinga. Biarlah...
Suami juga mengungkit, tentang perbuatan saya upload kisah sepupunya yg poligami ke fb. Katanya, sepupunya sudah menjauhkan diri dari dia. "Abang berhubung atau tidak dengan dia, saya tidak kisah. Ada ok, tak ada pun ok"
Mana boleh putuskan silaturahim.
Laa... Kenapa perlu putus, jika perlu berkunjung jumpa dia, pergi saja ke rumah dia. Tiada masalah. Tiada siapa halang.
Itulah... Memalukan masukkan dalam fb, katanya lagi.
Oh... Itu kisah lama. Biarlah, jangan diungkit. Jika nak ungkit, saya boleh juga ungkit. Perbuatan abang yg memalukan saya. Semua orang tahu.
Lalu dia diam. Lamaaa...
Ubah topik lain pula. Hehehe...
"Perkahwinan yg bertahan lama ini bukan kerana kita bertemu dengan pasangan yg baik yg sempurna. Abang bukan baik sangat, saya juga tidak baik. Kita bertahan sebab kita saling tolak ansur"
Gitulah ayat hilang ngantuk 🤣🤣🤣
No comments:
Post a Comment