Search This Blog

Friday, April 28, 2017

Jenjalan ke CH

Ke Cameron Highland dengan family hubby, seronok juga.  Ramai keluarga yang join...
Kak Jan 3 orang, Shikin sekeluarga, Mak dan Pak Mertua, Mira sekeluarga dan Pian sekeluarga.  Keluarga suami Mira pun join sekali pada hari pertama.  Seronok bersama mereka.

Cuma sedih sedikit bila suami Kak Jan sakit tidak dapat join kami berjalan jalan sangat.  Dia menahan sakit dalam kereta sahaja, meneman isterinya bersama keluarga.  Dia sanggup... itu kasih sayang seorang suami, bagi pendapat saya la.  Gembira melihat isteri gembira... Kak Jan memang bertuah dapat suami yang sangat perihatin dan tidak pernah culas dengan tanggung jawabnya.  Mungkin kisah hidupnya sebelum ni menyebabkan dia sangat mementingkan kekeluargaan.  Entah... semoga mereka bahagia sentiasa dan semoga Abang Min sihat semula... dan tak diduga dengan sakit sakit lagi.

Pian, kembar somi datang lewat sedikit.  Sampai malam tu.  Kesian... perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa lebih kurang sejam, jadi 7 jam disebabkan jem.  Wahhh... ramai betul orang bercuti ke atas sana.
Patut pun kawan kawan Kak Ya semua update percutian di CH... memang ramai pun atas tu... sabor jer la dengar somi yang ku kasihi tu membebel... hahaha...  (pantang betul dia dengan orang ramai atau jalan jem).  Sib baik ini percutian keluarga dia, kalau percutian keluarga saya, mau berbakul bakul dia menyumpah... ades !  Itu pun, semasa dalam kereta, dia jaga kesopanan sebab pak mertua saya @ pak dia ada bersama sebelah dia.... hahahaha... Mereka berdua sedikit sopan dalam kereta, kalau tak, katanya, pak mertua saya tu pun boleh tahan juga berleter dan merungut... hahahaha... kelakar betul dua beranak tu.

Ada saja perkara lucu bila Kak Jan ada bersama kami berkaitan adik kembar dia tu.  Nanti la saya ceritakan... jika rajin..

Di bawah ada beberapa gambar yang kualiti hampes sebab saya rakam semula dari kamera DSLR saya.  Ada masa saya update gambar lain dengan cerita ceritanya... hehehe... untuk tatapan saya... dan anak anak saya nanti, bila mereka baca blog ini...



No comments:

Post a Comment