Monday, April 7, 2014

Permata hatiku sayang...

Ini antara permata hati aku.

Sayang sangat mereka biarpun mereka selekeh, mereka bising dan mereka suka buat sepah !  Mereka juga suka bergaduh !

Tapi, bila tidor, mereka begini.  Tidak boleh pisah.

"Abang sayang adik ?"
"Sayang...."

"Adik sayang abang ?"
"Sayang la..."
"Kenapa adik sayang abang ?"
"Sebab abang tu abang adik la..."
"Abis tu adik tak sayang kak ya ?"
"Tak !"
"Kita tak boleh macam tu, kita kena sayang adik beradik kita"


Hmmm... Kak ya...  kesian anak aku sorang ni.  Perangainya berbeza dari yang lain.  Yer la... yang lain pun berbeza juga antara mereka. 

Suka sangat bertanya... dan suka pula ulang apa yang kita terangkankan tu pada orang lain... macam la dia tahu benda tu... rasanya dia macam aku.  Dapat sesuatu benda, akan debatkan beberapa kali sampai dia puas hati.

"Lambat abah balik...", kak ya merungut
"Yer la...", aku jawab endah tak endah.
"Mama... abah balik bila ?"
"8 haribulan..."
"Lapan haribulan tu bila ?"

"Minggu depan..."

"Kak Ya dah besar ker ?"
 "Yer... kak ya dah besar dah.", sengaja aku mainkan perasaan dia.

Aku fikir abis kat situ saja.  Esok balik dari sekolah dia cakap lagi.

"Kak ya dah tanya kawan kak ya.  8 haribulan tu Kak Ya tak besar lagi"
"8 haribulan tu hari jer... kalau lapan tahun lama la...", abang pula jawab bagi pihak aku.

Hehehe...
Aku gelakkan saja dia tanpa rasa bersalah...


Anak aku yang ini ? Memang ada tarikan semula jadi... kan ?



7 comments:

  1. baru perasan,muka akak zaman remaja, ada rupa KakYa
    abang Najmi ensem

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh silap, si Abang tu ensem ;)

      Delete
    2. Yer la... :p ... kan dah cakap awal... Amalia tu macam akak masa akak kecik dulu. Bila tengok pic akak masa akak sekolah rendah, memang macam dia la. Perangai pun agaknya macam akak. Suka gelak, suka bermain dan berkawan dengan lelaki... huhuhu...

      Delete
  2. Replies
    1. Yer hehehe... sib baik cakap gitu bukan sebaliknya... :)

      Delete