Search This Blog

Monday, December 21, 2020

Kehadiran tak diundang

Selain daripada mesin basuh automatik, kenangan juga boleh datang secara automatik.

Asalkan ada sesuatu yg trigger jer, kenangan semalam datang bertimpa timpa, nak tepis pun seksa.

Yer, kita nasihat orang suruh berdamai dengan masa lalu.  Berdamai dengan takdir.

Kita fikir kita boleh ingat tanpa membenci.

Nah... Bila kenangan nak datang tanpa ketuk pintu, kita pun tak bersedia pakai baju, hahaha... Mula la hati rasa sedih pilu...

Ada kenangan kita boleh sebut dan kita boleh kongsi.

Ada kenangan kita kena simpan, kena benam di sudut hati kita yg paling dalam.

Hmmm...

Semoga kenangan lama yg bertamu tak dijemput itu cepat minta diri. Nak dihalau, lagi melekat.

💪💪💪

Satu catatan luahan untuk memujuk kenangan untuk berlalu pergi...


------------------------------

Itu entry dalam wall fb... 

Sebenarnya yang trigger kenangan tu bila mak ustaz cakap "Insya-Allah, abang Chik dah berubah, tidak lagi seperti dulu"

Sebelum tu, ustaz berada di depan pintu, saya berada dalam rumah.  Sambil dia memegang tiang dan saya memegang sabar, saya melihat wajahnya tersenyum selepas tawaran tips berpoligami pada suami saya.

Saya tak marah dia nak berpoligami, saya tak halang, tak juga cemburu.  Suka hati dia sebab itu hak dia jika dia mampu.  Tapi, bila dia libatkan orang lain, dan orang lain itu suami saya, jadi, sabar yang saya pegang erat tadi terlepas juga.

Hahaha... sambil saya gelak hambar.

"Kak Izan nak cari 3 isteri .... bla bla bla..."

Selesai kat situ...

Apa yang tak selesai ?

Sebab kenangan lama datang terlayang layang depan mata saya.  

Saya tanyakan pada mak saudara suami, adakah mak ustaz tau kisah kami ?

Dia menjawab tergagap gagap.  Saya tahu, dia cuba mengelak dan berlapik.  "Agaknya kisah lama masa mereka bujang.  Kan ustaz dan abang chik tu berkawan masa muda muda bla bla bla"

Lalu saya diam... 

Sehingga sekarang, kenangan lalu masih bermain depan mata.  Saya cuba untuk berlagak biasa, berlagak tak ada apa apa, tapi, dalam hati saya, dalam dada saya, bagaikan irama rancak, pemain drum dalam sana mengetuk kuat.

Kata suami, dia malu, sebab kawan kawan dia perli dia, kata macam macam pasal saya.  Katanya sikap saya yang suka tulis kat wall fb mengundang komen yang bukan bukan.  Katanya lagi, fb tu boleh dibaca oleh seluruh dunia. Semua orang tahu.

Tapi, dia tak tahu, saya juga malu, bila fikirkan apa yang dia buat dahulu, satu Malaysia tahu.  Bukan saja keluarga dia, tetapi kawan kawan pejabat dia dan kawan kawan lama saya (kami satu pejabat dulu).  Tak perlu fb tak perlu media sosial pun, semua orang tahu jugak.  Apa pandangan orang pada saya kalau ingat cerita dulu ?  

"Ahhh... isteri yang tak tahu malu... bla bla bla...". 

Cubalah bayang, bagaimana saya nak sorok rasa sedih saya bila saya tahu, suami bawa perempuan lain balik kampung dia, perkenalkan pada keluarga dia bla bla bla... ?  Saya tak dapat padam ingatan tu... tapi saya juga tak boleh kongsi dengan orang secara terbuka.  Saya juga tak boleh kongsi dengan suami.  

Saya kongsi di sini sahaja....

Hmmm... esok esok semuanya akan berlalu dengan cepat.


Jihad tahan sabar itu payah..

 Saya ada keluarga rapat yg juga punya isteri lebih dari satu.  


Bila saya tak suka gurauan poligami tu, itu memang normal dari hati seorang isteri. Tak kira tunggal atau bernombor. Jika ada perempuan yg ketawa tu, sebab dia menutup aib suami dia atau menutup aib sendiri.

Jadi, kepada lelaki kat luar sana, mohon jangan la tarik tangan perempuan ke arah neraka, jika tahu gurauan begitu membuat perempuan marah dan keadaan marahnya membuat akalnya yg satu tu jadi kosong.

Sebenarnya, saya ok je kalau sesiapa nak poligami...

Asalkan... Hahahaha... 🤣😅💪

Insya Allah, Dia tak duga hambanya yang tak mampu. Saya tak takut poligami tu sendiri, cuma saya tak suka perkara begitu dibawa bergurau. Bagaikan isteri tiada hati tiada rasa.

Gurauan yg bagus adalah membuat sesuatu atau berkata sesuatu yg melucukan dan membuat semua ketawa. Adakalah poligami melucukan ?

Kalau isteri bergurau cakap 'Abang, ada lelaki kat opis selalu puji saya cantik'

Harus ada opis nak kena tebang  🤣

Oh ya, keluarga rapat saya tu jarang bergurau hal poligami.  Katanya, utk orang yg terpilih sahaja. Bukan semua orang sesuai dan terpilih. Tanggung jawabnya berat.

Yg rasa tanggung jawab tak berat tu mungkin nafkah berkongsi dgn isteri atau dia memang banyak duit. 💪💪

Lelaki boleh saja bergurau sesama mereka tanpa isteri atau perempuan lain. Tapi agaknya tak best kalau nanti tak boleh bagi ayat perempuan ramai kat neraka... 😅😅😅

Last, saya nak ingatkan kawan kawan lelaki saya atau suami kawan kawan perempuan saya atau kawan kawan suami saya.

Jika tak mahu saya masuk neraka, jangan bergurau hal tambah isteri depan saya 😍😍😍.  

Kata kawan saya, hal marah kita sesaat boleh menjerumuskan kita ke neraka.

Kesian kat saya ni dan perempuan perempuan lain. Jenuh berjihad tahan sabar utk hal remeh sedangkan lelaki dok bergelak ketawa tepi syurga.

Syukur suami saya bukan jenis bergurau hal begitu, kalau tak, dah tentu tentu saya penambah statistik penghuni neraka, kata kawan kawan lelaki saya yang lain. Bagaikan perempuan kena pendam marah, lelaki boleh saja marah bila sakit hati. 

Sabor jer la...

💪💪💪

Menjemput ke neraka...

Berbual dengan seorang lelaki yg punya 3 isteri. Maka ditawar tawar untuk memberi tips suami suami menambah isteri.

"Minta maaf kak izan...", kata dia di saat mata kami bertentang.  Dari semalam dia bercerita tentang hal ehwal isterinya sana sini. Diceritanya tentang nak cari calon lain lagi. Saya hanya diam. Tidak menyampuk tidak pun menyungut. Biarlah... Itu hal dia. Saya buat tak tahu buat tak dengar.

Bila dia mula menawar tips itu ini pada suami saya, darah isteri tunggal ni mula mendidih. Normal. Jangan risau. Tak ada isteri tunggal yg suka gurauan begitu.

Jika tidak fikirkan keluarga, jika tak fikirkan status ustaznya dan jika tak fikirkan mulut lazer saya ni nanti memalukan suami, lalu saya hanya jawab

"Kak izan nak cari 3 lagi, bagi cukup 4, lepas ni tak perlu cari cari lagi"

Hehehe... Itu sahaja jawapan yg saya mampu beri untuk meraikan poligami yg akan membuat saya masuk neraka kalau mulut lazer saya jawab ayat yang lain.

😍😍💪💪💪

Fuh... Syukur saya berjaya menewaskan rasa marah 😃😃

------------------------------

Saya menulisnya di wall fb saya.  Untuk memberitahu saya berjaya tewaskan rasa marah saya.  Tetapi komen komen di bawahnya dari kawan kawan saya mengundang ayat neraka dan dosa.  

Post saya ini sampai ke pengetahuan Ustaz dan seperti biasa, sampai juga ke pengetahuan suami saya.  Dia kata dia bergurau.

Saya pun padam saja.  Mudah.  Bukan susah pun.  Tekan delete jer, hilang la.  

Jangan la jemput saya ke neraka dengan gurauan yang tak lucu pun...

Saya mendengar sahaja jika ada ahli keluarga menggalakkan suami cari yg lain dan seumpamanya. Tapi, mereka menghormati saya. Tiada yg termakan dengan provokasi sia sia. Dalam kepala saya telah mereka reka ayat yg saya akan keluarkan jika mereka keluarkan gurauan untuk suami cari isteri baru.

Syukur, kejadian tidaklah menjadi satu tragedi lawatan. Rasanya telah hampir 20 tahun juga sejak kali terakhir saya bertemu dengan dia. Tetiba pertemuan gini jadi memori yg tidak indah pula. 😅

Apa pun, segala yg berlegar dalam kepala, saya kena keluarkan. Dalam fb, kita terus bergelak ketawa 💪💪💪