Search This Blog

Monday, July 2, 2018

Cerita raya puasa 2018


Raya kali ini, kami berada di Pahang.





Buat kenduri seekor lembu, ajak jiran dan kawan kawan datang. Seperti biasa, suami sangat byk la rungutan dan merajuk juga. Penat tu penat, tapi penat buat kerja tak sepenat melayan rungutan suami... Huhuhu... Sabor jer la...

Masa kenduri, ada teguran dari kawan chik...
"Suami segak... Jaga jaga la..."

Huhuhu... Suami segak tu ok. Tang jaga jaga tu tak berapa sopan skit. Macam ayat keji isteri tak sepadan dgn suami ?

Atau apa maksud jaga jaga ?

Malas la nak jaga jaga.
Ikut jer flow. Lelaki ni, makin jaga, makin cinta, yg terluka nanti kita saja. Kan ?
Ingat tak jiran yg selalu saya cerita dulu. Namanya Mah.  Dia memang jiran sebelah rumah. Baik sgt dulu. Kami punya anak kecil yg sejajan jerrr... Lebih kurang besarnya. Masa saya bersalin, dia jaga. Masa dia bersalin, saya jaga. Gitu la...
Suatu waktu dulu, dia ceritakan betapa hebat suami dan betapa hebat dia dan suami puji dia. Saya yg dengar pun rasa rendah diri. Ok. Tak apa. Bila saya pindah rumah, beli rumah lebih selesa.

Sampai satu masa, dengar cerita suaminya kawin lagi. Kesian nasib Mah. Jika Mah punya kerjaya yg stabil, dia tak perlu letakkan maruahnya serendah sekarang. Suami dah tak mau, tetapi terpaksa bertahan demi anak anak. Suami tak mampu. Kata Mah, dia suruh suami lepaskan, tapi suami tak boleh lepas sebb syarat Mah, lepaskan dia, semua anak, suami perlu ambil jaga. Dia tak apa, boleh balik umah pak. Pak dia nak jaga semula anak sendiri. Hmmm...

Terkini, Mah disahkan sakit kanser.

Kata Mah, suaminya sedang berusaha utk sahkan perkahwinan. Mah tak mau permudahkan. Masuk mahkamah, suami tak layak. Kerana mampu beri nafkah RM300 sahaja untuk 5 org anak sebulan. Alahaiii... Geleng kepala jer la...

Saya beritahu padanya. Permudahkan semuanya, maafkan dan redha. Tenangkan hati. Mah tak mahu. Dia rasa teraniaya. Suami tidak adil...bla bla bla..

Simpati kita mendengar. Tapi setitik air mata tiada. Mah cerita dengan tabah. Agaknya kering sudah air mata Mah.

Banyak lagi masalah Mah. 

Kita doakan yg terbaik untuk Mah. Biar dia sihat. Biar dia tabah dan redha. Baru dia boleh bahagia.

Kan ?

3 comments:

  1. Hampa pun segak aih. tak perlu berasa terancam.

    ReplyDelete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete