Seperti biasa... musim ujan selepas panas selama 4 bulan...
Pokok pelam sedang berbuah. Tak pasti kenapa banyak pokok pelam berbuah sebelah pokok jer. Heran betul. Termasuk pokok depan rumah ni. Duluuuu... masa letak pondok dan tanam pokok ni, ingatkan kejiranan ok, jadi, boleh la menyicah atau makan pelam ramai ramai bawah pokok sambil sembang... rupanya... kalau rumah semi-D ni... semuaaa orang berkurung dalam rumah.
Kami... dan anak anak jer yang selalu melilau main kat luar. Orang lain semua dok diam dalam rumah. Now, kami pun dah jadi gitu... asik tutup pintu rumah saja.
Masa dok rumah teres... pintu rumah sentiasa terbuka macam tak takut apa apa pun... Now, kalau orang tekan loceng pun, kita selak langsing kut tingkap jer...
Hmmm... nak salahkan kejiranan semi-D plak...
Ini pokok cokanan... Nampaknya macam berbuah halus halus lagi. Tak pasti la bertahan atau tidak dengan hujan ni. Berbunga lewat plak pokok ni. Pokok orang lain dah berbuah besar penumbuk dah... pokok ni baru berputik besar ujung kelingking... alahai...
Bola ? Tandanya ada budak dalam umah tu... ekekekeke...
Nangka madu... somi tak cantas plak sebijik dua. Biasanya dia tinggalkan beberapa biji saja atas pokok supaya buah berkualiti. Agaknya tak perasan la tu...
Kelabu plak pokok cekur nih... Sekarang ni saya memang malas menanam atau ambil tahu hal halaman selepas merajuk dengan somi. Dia yang uruskan tanaman... banyak yang dia buang. Lantak la. Cekur ni dia suka makan... jadi... dia jaga la...
Termasuk la pokok belalai gajah ni... utk ubat sakit dia. Dia makan tiap hari la daunnya... blend sekali dengan buah epel ijau...
Hmmm...
Gitu la update terkini hal tanaman di halaman...