Seperti tahun lepas, saya bukanlah meraikan hari valentine... saya cuma meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami ... 15hb Februari, malam, kami akad nikah, dan esoknya kenduri... malamnya.. hehehe...
So... gitu ler... romantik sampai bosan tiap tahun yer...
Saya dan hubby...
Harapan saya, kasih antara kami sentiasa mekar... biarpun kami selalu berselisih pendapat, bergaduh, merajuk, memujuk, bergurau, terasa hati, berbaik balik... gitu la berulang bertahun tahun... tidak pernah pula jemu saya merajuk atau hubby merajuk... sebab antara kami sentiasa ada yang memujuk... dan mengalah.
Adat perkahwinan kan ? Dah 18 tahun kami hidup bersama. Telah kenal perangai. Merajuk tu adalah salah satu perangai tak leh nak ubah.... hahahaha... adoii la.
Memang awalnya saya tidak pernah tahu yang dia jodoh saya. Perkenalan singkat membawa ke jinjang pelamin, tanpa rasa cinta. Hanya tawakal dan berserah pada Allah. Dan saya tidak sangka akan kekal begini, boleh bahagia begini.
Insya-Allah, jika kita cuba redha dengan apa yang Allah beri pada kita, kita akan bahagia. Jika saya mula mempertikai... ingatkan saya semula. Kerana saya selalu terlupa.
Dengan anak sulung yang dah semakin tinggi...
"Sebab awak jodoh istikharah saya"..hehehe
ReplyDelete"Sebab hanya dengan awak saya mampu buka hati saya..."
Delete