Hari ini 26hb...
Lagi dua hari, abis la bulan Februari...
Bulan dua ni memang ada beberapa peristiwa gembira dan sedih dalam hidup aku. Bulan dua aku dilahirkan. Bulan dua aku kahwin. Bulan dua ayah aku pergi tinggalkan kami...
Sebab tu bulan dua ni memberi impak yang lebih skit bagi aku...
Cerita pasal DIY ni... nama panjangnya, Do IT Yourself... atau buat sendiri...
Asalnya, aku dah lama tinggalkan kerja kerja buat sendiri ni. Lama juga la. Tapi, selepas join FB dan masuk group kebun bandar tu, semangat seperti datang semula.
Mula mula aku buat sprinkle... kali pertama gagal... tak berpusing.
Kali kedua, aku tukar sprinkle jenis lain... wahhh... berjaya.... horeyyyy !!!
Yang best tu, aku buat kaki dia tu... dengan kayu terpakai jer... bagi dia boleh alih sana sini... utk siram rumput tu...
Kemudian, Tok Su minta pasangkan lampu kat gerai dia. Mulanya nak minta sepupu hubby buat, tetapi sebab dah banyak yang dia tolong... dari buatkan bumbung gerai ni, sampailah service ekon, jadi, lampu ni tak sempat la dia buat... lagi pun kedai cina tutup masa raya cina...
Aku pun gigih la tanya pakcik gugel camna nak buat extension sendiri dan juga nak pasang lampu...
Aku semak sini :http://hussinmamathardware.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-penyambung-wayar-wire.html. Nak pasang wire kat lampu tu, aku tanya kat sorang lelaki kat kedai tu... hahahaha.... selamba jer ko...
TARAAAA... berjaya... terang dah gerai Tok Su...
Kemudian, aku dok perbaik la lampu bilik tidor yang dah lama tak guna sebab plug dia tercabut... Aku pun cari plug kaki tiga utk wire tak guna, aku pasang dan sambung dengan kabel daripada extension bulat yang dah rosak...
NYALA laaa lampu bilik tidor aku tu...
Bila aku bersila untuk sambung wire sana sini, anak aku bantu la... aku suruh bukakan skru sahaja...
Komen anak aku si Abang Kimi tu...
"Abang tak pernah tengok perempuan buat. Sepatutnya abah yang buat... orang lelaki yang buat ni"
"Betul tu... ", kata aku...
"Jadi, abang kena la belajar, supaya nanti abang boleh la buat sendiri...", sambung aku.
Hehehehe....
Itu hari, memang aku nak sangat service ekon tu... tapi entah kenapa, aku rasa sepatutnya itu kerja lelaki... jadi aku biarkan saja. Somi aku pun buat tak tau saja. Tak ada pun deria rasa nak belajar supaya lain kali boleh buat sendiri...
Yang aku ni... rantai basikal anak longgar... aku pi kedai... minta orang kedai tu buat. Free jer dia buat. Aku dok depan dan tengok dia buat kerja. Agaknya dia gelabah kot, sudahnya rantai masih jatuh lagi. Si Najmi mengamuk tinggalkan basikal tu ... dia balik jalan kaki... hahaha...
Aku pun amik spanar hidup tu, bukak skru dan tarik skit rantai tu... TARAAAA... boleh punnnn....
Sebenarnya, banyak benda yang kita mampu buat sendiri dalam keadaan ekonomi tidak memberangsangkan nih...
Kalau aku minta orang buat, service ekon tu kena RM90.00 satu ekon. Paling murah RM35.00...
Hmmmm....
Kalau nak buat wiring lampu tu, mau kena dalam seratus kurang kurang... tapi bila aku buat sendiri, kena tak sampai RM30 pun.
Banyak jimat tu... kan ?
Now, aku dalam proses nak buat sendiri extension atau pun mana mana sambungan plug yang rosak.
Aritu, hubby pi cabut plug radio sampai abis terbarai plug tu... memang dah lama pun plug tu... Kesian kat Tok Su yang dok sorang sunyi, aku pun cari la plug lebih kat mana mana, tukar... taraaaa.... radio berbunyi lagi....
Agaknya gitu la ketentutan Allah...
Aku memang lemah skit kerja kerja berkaitan dapur... menyusun... tapi... ada juga kelebihan aku... kan ???
Sabor jer la...
Now, aku dalam semangat nak beli gergaji mesin tu. Bebaru ni aku tak tau bentuk gergaji tu, tapi selepas sepupu hubby bawak, aku dah tau dah...
Bentuknya lebih kurang gini...
Hehehe.... kalau tak, mau aku cari gergaji ni
Hahahaha...
Tengok la dulu... survey survey...
Ada la nanti barang barang aku nak buat...
DIY...
Jimat belanja...
p/s : Rasa macam nak buat jer katil sendiri.... HAHAHAHAHA...
Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Thursday, February 26, 2015
Monday, February 23, 2015
Masih lagi bulan kasih sayang...
Seperti tahun lepas, saya bukanlah meraikan hari valentine... saya cuma meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami ... 15hb Februari, malam, kami akad nikah, dan esoknya kenduri... malamnya.. hehehe...
So... gitu ler... romantik sampai bosan tiap tahun yer...
Saya dan hubby...
Harapan saya, kasih antara kami sentiasa mekar... biarpun kami selalu berselisih pendapat, bergaduh, merajuk, memujuk, bergurau, terasa hati, berbaik balik... gitu la berulang bertahun tahun... tidak pernah pula jemu saya merajuk atau hubby merajuk... sebab antara kami sentiasa ada yang memujuk... dan mengalah.
Adat perkahwinan kan ? Dah 18 tahun kami hidup bersama. Telah kenal perangai. Merajuk tu adalah salah satu perangai tak leh nak ubah.... hahahaha... adoii la.
Memang awalnya saya tidak pernah tahu yang dia jodoh saya. Perkenalan singkat membawa ke jinjang pelamin, tanpa rasa cinta. Hanya tawakal dan berserah pada Allah. Dan saya tidak sangka akan kekal begini, boleh bahagia begini.
Insya-Allah, jika kita cuba redha dengan apa yang Allah beri pada kita, kita akan bahagia. Jika saya mula mempertikai... ingatkan saya semula. Kerana saya selalu terlupa.
Dengan anak sulung yang dah semakin tinggi...
Wednesday, February 11, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)