Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Sembang hal kehidupan...

Lama rasa tak update blog.

Susah nak bercerita bila kita nak cerita yang manis manis saja bila kita tak mahu apa yang dalam hati kita ketahui orang.  Kan ?

Hidup tak selalunya indah.

Tapi hari ini kehidupan aku indah saja...

Pagi tadi waktu aku bawa kereta, melihat suasana kampus, tetiba aku jadi teringat suatu masa dulu... waktu aku dok sengsorang di sini.

Oh... bukan tetiba jer... tapi mungkin rentetan dari cerita beberapa hari lepas.

Masa aku dok sini sengsorang, tanpa suami di sisi... aduh aduh... sedih aku ingatkan.  Aku yang pada waktu bujang yang senang senang sahaja... ada adik beradik yang boleh bantu dan selalu bertanya khabar... tetiba bila bersuami aku jadi menderita.  Siapa sangka ?

Adik beradik pula, bila serahkan kita pada suami kita, terus rasa kita ni terjaga.  Betul ker ?

Sesiapa yang ada adik beradik perempuan yang diserahkan pada lelaki yang kita tak kenal sebagai suami, lihatlah pada matanya pasal deritanya, pasal masalahnya.  Jangan tanya pada dia sendiri kerana jawaban pasti dia akan simpan rapi.  Dia malu untuk berkongsi derita.  Dia malu untuk beritahu segalanya.  Kerana dia ingin dianggap bahagia.

Betul la ada yang bahagia... tapi siapa tahu dia menyimpannya sendiri ?  Tak semua orang yang mahu berkongsi segalanya dengan orang lain.

Untuk bahagia, kita kena bangkit sendiri untuk mengejarnya.  Bahagia tidak datang sendiri bila kita fikir kita bahagia melihat orang lain bahagia.

Aku ada seorang teman ... ah... bukan teman... tapi seorang kakak...

Dia pernah kata dalam FB...
"Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang perempuan bila melihat kejayaan anaknya !"

Betul ker ?

Entah la.  Mungkin ya mungkin tidak.

Kalau betul dia bahagia, kenapa wajah dia tak ceria ?  Tak manis ?

Aku tahu sedikit sahaja latar ceritanya.

Tapi setahu aku, kebahagiaan kita bukan mutlak pada satu perkara.  Dia meliputi banyak perkara disekeliling kita.

Aku jawab pada ungkapan dia...
"Tak semestinya... sebab ada yang tiada anak pun bahagia !"

Perbualan kami berakhir dengan tidak baik kerana mungkin dia tidak dapat terima kata kata aku, atau mungkin dia ingin selindungi derita hati dia... entah !

Walau bagaimanapun... sederita mana pun kita dalam kehidupan kita, kita boleh memilih untuk bahagia... dan penuhkan taman hati kita dengan bunga bunga dari sedikit kebahagiaan yang kita ada...

Wah... berfalsafah pula...

Semoga kita semua bahagia.... jika ada derita... kita cubalah lindunginya dengan senyuman... kan ?

Hari ini senyuman aku ikhlas...



p/s : Kebahagiaan aku sekarang bila melihat anak anak dan bersama suami yang sayangkan aku.  Tanpa dua tu, aku rasa hidup aku sangat sangat kosong...





5 comments:

  1. jadi betullah kata kakak tu
    "Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang perempuan bila melihat kejayaan anaknya !"

    sama macam akak rasa sekarang
    kan?

    ReplyDelete
  2. Tak juga...

    Kita menafikan hak orang yang tiada anak bahagia... hehehe... Mereka mungkin bahagia juga dengan suami yang sangat sangat sayangkan mereka...

    Pendapat akak seperti dalam p/s tu ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau orang yang tiada somi dan tiada anak... mungkin mereka bahagia juga...
      dengan cara mereka sendiri.

      Kita tidak berhak utk berkata mewakili semua perempuan kat luar sana... sebab kita tak dok dalam semua keadaan... kan ?

      Delete
  3. Compared to dulu-dulu, saya kurang rasa sedih sekarang sebab saya tak compare diri saya dengan orang yang ada lebih dari saya. So..happy je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la... tetapi kita ni manusia yang selalu la rasa kurang... susah nak sentiasa puas hati... gitu ler... ada jer la yang kita tak puas hati pada diri sendiri... dan ada rasa ala ala dengki dengan orang lain...

      Delete