Dalam fb, saya sedang mengimbau kenangan dulu. Masa mula masuk kerja.
Masa tu rajin sangat kerja. Orang cakap anak emas bos. Mereka tak tahu, saya pulun kerja utk lupakan masalah. Mereka tak tahu, saya kekadang hari cuti pun mai kerja sebb bosan dok rumah.
Bukan tak kawin, tapi PJJ. Perkahwinan jarak jauh. Jauh jarak dan jauh juga hati waktu tu.
Pada waktu tu, keter pun tak ada...
Bila hari Khamis jer, pi tunggu kawan yg nak balik, yg ada kereta, sebab nak tumpang. Tak kesah la...kekadang sampai Changlun, kekadang sampai Jitra. Ada hari nasib baik, sampai ke Alor Setar.
Naik bas pula, dua tiga kali. Kalau dari Changlun, naik sampai Alor Setar. Dari ASetar sampai Bagan. Dari Bagan sampai la Kamunting atau Taiping.
Pernah juga susah payah balik, tak ada duit, somi tanya, kenapa balik. Huhuhu... Sedih sangat.
Bila cuti semester, bas awam tak ada masuk. Bila cuti opis, kawan nak tumpang pun tak ada.
Pernah juga terpaksa beraya sorang sorang kat kampus, makan meggi. Sebab, minta suami ambil, dia tak mau. Sedih kan ? Memang sangat sedih. Waktu tu rasa macam tak ada harga. Bukan sekupang, seduit pun tak laku.
Kenapa tak beli kenderaan ? Oh... Tak ada lesen waktu tu. Motor pun tak ada lesen. Teruk kan ? Nak buat camna, 3 kali ambil, 3 kali jauh titi... Hampes ! Hahaha...
Bila kita byk masalah, sikap kita berbeza. Banyak pendam perasaan. Muka kita pun garang dan kurang ceria. Buat kerja cepat nak siap sebab otak pikir ligat utk remove space memory dan processor yg ada dari fikirkan benda tak faedah yg kusutkan fikiran.
Saya salurkan masalah kepada satu yg positif.
Utk ceriakan hari hari yg kusut, saya join group sosial dlm internet. Tau la irc, mirc, #kampung tah mana lagi. Juga kenal dgn #kedaikopi. Last saya buat blog dan mula bersosial dengan blogger pula. Semua ni hadir sebelum ada fb. Kami kawan sampai sekarang... Hehehe...
Masa bersosial alam maya, saya create watak saya yg ceria, peramah dan juga lucu. Saya juga bayangkan yg saya suka ketawa dan gembira.
Saya bayangkan saya cantik. Hahaha. Masa tu mana ada selfie bagai. Semua orang bayangkan rupa berdasarkan karektor yg kita mainkan dalam alam maya.
Tetapi, betul, alam maya waktu tu best. Ianya menceriakan hari saya, buat saya boleh tersenyum depan pc. Membaca lawak lawak spontan geng #kedaikopi dan juga blogger.
Itulah, media sosial waktu tu buat saya jauh dari kawan depan mata. Saya tak mengenali mereka. Saya fobia dengan kawan depan mata. Bagi saya, ada mereka yg jenis gunting dalam lipatan, suka bercerita @ ngumpat, suka kecam dan lain lain. Saya juga kurang suka manusia di luar sebab saya kurang suka berbual, tiada topik yg sesuai.
Saya tiada anak, somi jauh, live pun biasa biasa, jadi tiada apa nak dishare.
Kekadang, ada saja soalan sentap dari mereka. "Org ni dah mengandung, hang bila lagi ?"
"Mengandung ker ?"
Bila soalan tu keluar waktu saya sedang berharap utk mengandung dan period dah lewat dua minggu. Lalu saya jawab, "tak tau la kak !"
"Laaaa... Mengandung pun tak tau bla bla bla !"
Dia tak tau, selama ni dah byk upt saya beli utk uji, asik la negatif, tapi period masih tak jalan. Dan bila period plak, mereka tak tahu, saya rasa nak menjerit dalam tandas. Huhuhu...
Itu yg buat saya jauhi manusia kat alam sebenar ni. Sebab nak elak soalan atau cerita yg buat saya murung seminggu dua.
Mereka tidak faham. Ohhh...sampai sekarang mungkin mereka tidak faham. Mereka hanya melebelkan diri saya lazer dan antisosial la kut. Hehehe...
Mau tak lazer, kut penat pendam, bila terkeluar benda dalam hati kita, memang ayat pedas la.
Kita sekarang yg bajet alim baik ni, percaya la, tak diuji lagi. Mungkin banyak ayat tak bertapis dok dalam hati jer. Sebab tu selalu orang kata, ikut hati, rasa nak maki. Sebenarnya dalam hati dah maki berkandaq kandaq dah...hahaha...
Semua tu dah berlalu.
Pengalaman hidup banyak mengubah diri kita.
Kan ?
Dulu...dan hingga kini, saya jenis lurus dan senang sangat percaya kata orang. Saya juga jenis berterus terang. Kekadang ada yg niat bergurau, bila saya bertanya, mereka mainkan saya menjawab bohong. Huhuhu...
Kekadang ada yg bertanya, saya jawab lurus, berapa gaji saya ? Hmmm... Saya beritahu tanpa niat, mereka mendengar mula menjaja macam macam.
Dua sikap ni memang saya cuba hakis sebaik mungkin kerana ianya membinasakan... Hahaha... Over !
Tapi betul ! Jangan terlalu lurus !
Saya dikambing hitamkan sebb sikap saya. Saya diumpat sebab sikap ni. Konon saya berlagak. Hahaha... Dah orang tanya, saya jawab, saya pulak di kata berlagak. Hampes !
Orang tanya saya terer programming ? Dah saya jawab, ya, saya terer sangat ! Hahaha... Sabor jer la. Sekadar contoh.
Banyak la...
Hmmm... Sebab itu sikap peribadi, sukar nak ubah la...
Semoga esok saya lupa semula benda benda ni !