Search This Blog

Monday, February 27, 2017

Meluah rasa...

Harini ini, mood tak senonoh.  Sedih tah hapa hapa...

Jadi, kena la meluah perasaan.  Kat mana lagi, kalau bukan kat blog.  Karang post kat FB, kena kecam.  Hahahaha...

16/2/2017 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami ke 20.  Tiada apa yang istimewa untuk kami sambut.  Kekangan kewangan buat kami sentiasa nak berjimat cermat.

Apa yang saya nak ceritakan di sini adalah cerita cerita mengenai perkahwinan saya.

Saya berkahwin dengan suami 20 tahun lalu, tanpa cinta.  Yang ada sayang yang mula terbit bila saja saya bertunang dengan dia.  Rasa sayang dan rasa mahu hidup bersama saya terjemahkan sebagai rasa cinta.

Suami saya adalah anak asuhan atok nenek a.k.a Tok Wan dan Opah.  Saya tak mahu salahkan 100% kepada didikan mereka.  Tapi, didikan mereka menyebabkan cucu biasanya kurang pandai berdikari dan bertanggung jawab.  Walau bagai manapun, banyak juga anak anak terutama anak zaman sekarang yang kurang tanggungjawab dan tak pandai berdikari.  Mungkin sebab sayang keterlaluan.

Saya adalah orang susah yang biasa berdikari dan bertanggung jawab pada diri sendiri.  Memang sangat kontras sikap kami berdua menyebabkan kekadang ada rasa tertekan pada diri saya.  Orang yang tidak tahu cerita sebenarnya, hanya mengatakan saya ni bertuah.  Yer... bertuah sangat, segala benda saya perlu hadap dalam hidup ini bila saya berkahwin.

Saya cuba terima dia.  Dan selalu sematkan dalam diri saya, perkahwinan itu sempurna kerana kita saling menyempurnakan.

Selain dari itu, dia hanyalah satu satunya lelaki yang meminang saya.  Jadi, seharusnya saya menghargai dia.  Dan dia satu satunya lelaki yang sanggup jadi suami saya.  Hehehe... yang lain tak sudi.  Agaknya dia pun perasan itu.  Agaknya dia fikir, tiada orang nak dengan saya.  Hanya dia saja yang saya ada.  Di awal perkahwinan, dia buat macam macam pada saya, yang buat saya rasa nak mati.  Hahahaha...

Tapi, di pertengahan usia perkahwinan, saya cuba mengubah dia.  Bila dia nak terima saya dan sanggup terima syarat syarat saya untuk terus hidup dengan saya, saya tetapkan syarat syaratnya.  Syarat syarat yang sepatutnya saya tetapkan sebelum saya memilih lelaki untuk menjadi suami saya.  Hahaha... bagus jer saya.

Sekarang ni dengan matangnya usia perkahwinan kami, kami boleh bergaduh dan bergelak dalam waktu yang sama.

Suami saya dah berubah banyak.  Tidaklah sempurna.   Saya pun tidak sempurna, biarpun dia juga harap saya sempurna.

Saya terima dia dengan kekurangan dan kelebihan dia.  Harap dia juga terima saya begitu, biarpun dia tak pernah menyebutnya.  Saya anggap sahaja dia begitu bila dia tak mahu melepaskan saya biar apa pun terjadi.

Lately, suami saya bangun seawal pukul 5 pagi.  Dia akan mengemas halaman, menyiram pokok, memberi kucing makan dan MEMBASUH PINGGAN dan bersihkan bahagian dapur !

Bila hampir pukul 6, saya akan bangun dan mandi.  Selesai mandi, saya sediakan baju kerja dan sekolah.  Saya buat apa yang saya perlu buat.  Balik kerja, saya buat kerja lagi.  Kerja di rumah tidak pernah habis.

Suami balik petang berehat atau ke market membeli barang apa yang kurang.

Saya masak.  Malamnya kami sama sama makan...

Panjang lagi perjalanan hidup dalam perkahwinan saya.  Saya tidak tahu bagaimana akhirnya. 

Doakan saja yang baik baik untuk saya dan suami serta perkahwinan kami.

Semoga anak anak saya jadi MANUSIA yang bertanggung jawab dan baik serta jadi hambaNya.

  


Tawaran ke Asrama lebih jauh...





Tahniah. Anda telah ditempatkan ke MRSM Felda Trolak. Anda perlu mendaftarkan diri di MRSM berkenaan pada 27/02/2017 .
Sila klik bagi mendapatkan perkara berikut untuk dibawa semasa pendaftaran:
1. Surat Tawaran
2. Buku Panduan Pelajar
3. Borang Pendaftaran


Kelmarin, dapat email dari Mara, mengatakan yang anak dapat tawaran ke MRSM.  Kami tak mohon, tetapi dapat tawaran.  Samada cikgu yang isi maklumat, atau mungkin mereka auto select.  Entah la.

Abang dah masuk pun asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Kelihatan dia gembira saja berada di sekolah tu.





Jadi, kami suami isteri buat keputusan tawaran tu kami tolak.  Tak berbincang pun dengan abang.

Alasan MRSM tu jauh.  Tapi, kalau pun dapat dekat, adakah kami hantar dia ? Entah la... sebenarnya sukar nak buat keputusan.

Pengalaman saya sebagai budak asrama dan berjauhan dari keluarga buat saya rasa, berada di asrama di sekolah yang jauh bukanlah pilihan yang bijak.  Tambahan lagi, dia masih kecil dan saya perlu pastikan hubungan dia dan adik beradik rapat.

Saya gembira melihat anak anak rapat sesama mereka.  Saya rasa itu yang semua ibu bapa suka.  Sekiranya kami tiada, mereka perlu bergantung sesama mereka.

Bila saya maklumkan yang abang dapat MRSM pada kakak.  Dia seakan rasa kecil hati atau apa apa la yang saya tak faham.  Dia tanya saya ni bangga ker ? Hmmmm... dengan riak tidak puas hati.  Saya menggeleng kepala sahaja, dalam hati.

Saya tahu, saya mungkin tak mampu jadikan Kakak dan adik adiknya rapat seperti adik beradik sendiri. Sedangkan abang dan adik Mie pun pinggirkan Kak Ya dalam keadaan tertentu.  Ianya buat saya sedih.

Kenapa anak anak saya tidak rapat sesama mereka ?

Apa pun, saya harap, bila mereka besar nanti mereka rapat dan saling sayang menyayangi.

Berada di SMK Jitra, abang kami boleh lihat setiap minggu.  2 minggu sekali dia akan pulang ke rumah.  Biarpun pada hari pertama dia balik rumah, dia akan lebih banyak tidor dan tak mahu diganggu.

Abang juga dah berperangai sendiri, tidak suka bergurau.  Lebih suka bercakap secara slow talk.  Lebih suka kita sembang secara lebih 'dewasa'.

Sedangkan abahnya masih tidak mahu lagi anak yang 'dewasa'.

Kekadang kesian pada abahnya.  Bila anak anak tidak lagi mahu bergurau dengan dia.

Adik Mie masih lagi perlukan saya.  Masih lagi mahu saya teman dia tidor.  Saya layankan saja lately sebab saya tahu, masa masa begini akan berlalu... dengan cepat sekali.

...


Saturday, February 18, 2017

Pulut kuning kukus.

Walau pun ada noxxa, tapi kita try kukus la.




Pulut Kuning Kukus

Bahan bahan
500g beras pulut
1 keping asam keping
1 s/b kunyit serbuk
1 inci kunyit hidup (tumbuk dan tapis air)
1 cawan santan pekat (boleh tambah)
1/2 s/b gula
1 s/k garam
Pewarna (ikut warna disukai)
Sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)
Rasanya sangat sedap, tidak terlalu lembek tidak terlalu keras.  Sedang sedang sahaja.

Friday, February 17, 2017

Serunding ikan bread maker

Resepi ada bawah sekali.
Utk cara cara bila guna bread maker,  kita cerita kemudian.





Kredit : http://resepibonda.com/resepi-serunding-ikan/

Resepi Serunding Ikan Bread Maker
(Diedit sesuka hati oleh NorIzawani)

Bahan-Bahan:
1 kilo ikan
Sedikit asam keping
2 cawan santan
½ cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar –
7 batang serai (diracik halus sebelum blend)
2 inci halia
20 tangkai cili kering
20 biji bawang merah
10 biji @ 1 labu bawang putih

Kerisik atau kelapa yang digoreng sehingga kuning.

Cara Membuat:
1. Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam. Rebus hingga empuk supaya mudah isi ikan tertanggal.
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk.
3. Masukkan minyak dalam breadmaker dan semua bahan kisar serta ikan. 
4. Ambil mode Sandwich (supaya putar rata) sekejap dan tukar ke mode JAM.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Ulang sehingga kering.

Note : Bagi saya, setiap minggu saya akan sediakan PES SAMBAL.  Jadi, saya gunakan saja sambal.  Bahan bahan lain juga saya telah kisar dalam foodprocessor terlebih dahulu (ikan, halia dan serai).   Memudahkan kerja.

Apa pun, BM ni memudahkan kita supaya tidak perlu lagi proses untuk mengacau sehingga kering.  Biarkan BM saja yang teruskan.

Wednesday, February 1, 2017

Keluarga suami mai umah...

Bergambar depan rumah yang hijauuuu !

Hmmm... saya pun berbaju hijau... nampak cool kan ? Hahaha...