Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Sembang hal kehidupan...

Lama rasa tak update blog.

Susah nak bercerita bila kita nak cerita yang manis manis saja bila kita tak mahu apa yang dalam hati kita ketahui orang.  Kan ?

Hidup tak selalunya indah.

Tapi hari ini kehidupan aku indah saja...

Pagi tadi waktu aku bawa kereta, melihat suasana kampus, tetiba aku jadi teringat suatu masa dulu... waktu aku dok sengsorang di sini.

Oh... bukan tetiba jer... tapi mungkin rentetan dari cerita beberapa hari lepas.

Masa aku dok sini sengsorang, tanpa suami di sisi... aduh aduh... sedih aku ingatkan.  Aku yang pada waktu bujang yang senang senang sahaja... ada adik beradik yang boleh bantu dan selalu bertanya khabar... tetiba bila bersuami aku jadi menderita.  Siapa sangka ?

Adik beradik pula, bila serahkan kita pada suami kita, terus rasa kita ni terjaga.  Betul ker ?

Sesiapa yang ada adik beradik perempuan yang diserahkan pada lelaki yang kita tak kenal sebagai suami, lihatlah pada matanya pasal deritanya, pasal masalahnya.  Jangan tanya pada dia sendiri kerana jawaban pasti dia akan simpan rapi.  Dia malu untuk berkongsi derita.  Dia malu untuk beritahu segalanya.  Kerana dia ingin dianggap bahagia.

Betul la ada yang bahagia... tapi siapa tahu dia menyimpannya sendiri ?  Tak semua orang yang mahu berkongsi segalanya dengan orang lain.

Untuk bahagia, kita kena bangkit sendiri untuk mengejarnya.  Bahagia tidak datang sendiri bila kita fikir kita bahagia melihat orang lain bahagia.

Aku ada seorang teman ... ah... bukan teman... tapi seorang kakak...

Dia pernah kata dalam FB...
"Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang perempuan bila melihat kejayaan anaknya !"

Betul ker ?

Entah la.  Mungkin ya mungkin tidak.

Kalau betul dia bahagia, kenapa wajah dia tak ceria ?  Tak manis ?

Aku tahu sedikit sahaja latar ceritanya.

Tapi setahu aku, kebahagiaan kita bukan mutlak pada satu perkara.  Dia meliputi banyak perkara disekeliling kita.

Aku jawab pada ungkapan dia...
"Tak semestinya... sebab ada yang tiada anak pun bahagia !"

Perbualan kami berakhir dengan tidak baik kerana mungkin dia tidak dapat terima kata kata aku, atau mungkin dia ingin selindungi derita hati dia... entah !

Walau bagaimanapun... sederita mana pun kita dalam kehidupan kita, kita boleh memilih untuk bahagia... dan penuhkan taman hati kita dengan bunga bunga dari sedikit kebahagiaan yang kita ada...

Wah... berfalsafah pula...

Semoga kita semua bahagia.... jika ada derita... kita cubalah lindunginya dengan senyuman... kan ?

Hari ini senyuman aku ikhlas...



p/s : Kebahagiaan aku sekarang bila melihat anak anak dan bersama suami yang sayangkan aku.  Tanpa dua tu, aku rasa hidup aku sangat sangat kosong...





Wednesday, May 14, 2014

Asik bergambar saja kerjanya....

Kali ini bukan selfie lagi yer...
Bersama kak mar dan chik...  dengan kamera hp aku

Dan lagi... dengan kamera hp kak mar...

Dengan chik saja...

Dengan kamera hp chik... hahaha... tau apa bezanya ?  Owner of the hp dok tengah...

Me dengan kaum kerabat di kedai Kak Mar...

Amboi amboi amboi...

Kaki bergaya jer kami ni kan ? Perasan ramai ramai plak kali ni... hahaha !!!

Monday, May 5, 2014

Selfie terang benderang !

Antar mira balik marin, ambil kesempatan bergambar dalam cahaya redup... guna camera 360 mira... itu yang gambar edit abis abisan tu...
Tak ada kerja !!!





Iklan...

Ada sesiapa nak pi medan ?

Sila ke  http://traveltomedan.blogspot.com/

Ada kawan minta saya iklankan.   Macam la saya ni femes sangat kan ?  Hehehe...