Dah order, kebetulan murah jer kat Lazada. Harga penimbang jenis yang sama ni kekadang ada yang mahal (pengedar berbeza jual), jadi pilih pilih la dulu sebelum beli. Kalau terkena jugak, sila tepuk dahi sendiri ye !
Oleh kerana rajin masak, takut berat badan bertambah, kena la beli penimbang utk diri sendiri jugak... hehehe... kena maintain ler ! Kena vouge biarpun apa terjadi !
Anak aku yang suka sangat kek itam... makan kek yang itam ni kelihatan dia putih kan (berbanding kek !) Hahahaha... apa apa saja la anak oiii...
Lepas jer masak, taruk jer topping, terus potong... adeh adeh adeh...
Ini keknya. Dua kek. Aku guna bekas kecik, dapat la dua kek.
Sebenarnya, marin Kak Ya bawa beberapa muffin ke sekolahnya. Dah bawak tu, katanya kawan kawan dia berebut makan. Lepas tu, dia janji dengan kawan dia yang tak sempat nak makan tu, dia nak bawa hari ini. Tapi, bila balik, kakak dia dan yang lain makan sampai abis. Huhuhu... dok merepek dia sorang sorang bawah meja.
Last last aku janji dengan dia buat kek muffin lagi. Tapi, dek kerana bekas kertas tu dah abis, aku pun ganti la coklat moist ni.
Satu utk kat umah, satu lagi utk dia bawa ke sekolah.
Tak tau la apa cerita dia nanti balik sekolah...
Rasanya dia suka jadi popular... hehehe...
Apa apa la anak oiii...
Oleh kerana ni kek segera, memang sangat senang jer nak buat, sambil berdiri jer. Kebetulan pula OVEN aku dah ok. Hahahaha... apa lagi, merempit masak dua kek serentak. Satu kukus satu bakar. Dua dua kejadian menarik la jugak... cuma... rasanya mungkin guna oven lebih senang kot. Entah. Esok esok aku try taruk kertas kek kat loyang sebelum kukus. Sebab, kalau kukus tanpa kertas tu, dia melekat kat loyang biarpun dah taruk mentega... hmmmm...
Gitu la aktiviti malam tadi...
No comments:
Post a Comment