Search This Blog

Monday, August 3, 2015

Pembahagian kerja...

Kerja berpusat dan kerja teragih...

Bila sembang macam ni rasa macam kerja kerja pejabat kan ?

Tak ada la...

Dulu, masa ada maid, banyak kerja dibuat oleh maid.  Aku hanya buat mana yang sempat dan sangat perlu bagi aku sebagai isteri dan ibu sahaja.

Bila maid tak ada, aku buat mana yang sempat... dan ujung minggu akan ada orang yang akan tolong berbayar yang clearkan mana mana perkara yang aku tak sempat buat.

Lepas tu, bila ada yang datang membantu di rumah, a.k.a mak sedara hubby, kerja aku kembali ringan semula bila balik petang petang.

Aku ada masa utk berkebun atau bertukang... hahahaha...

Now, tak ada dah pembantu.

Aku cuba untuk mencari pembantu dalam bentuk perkakasan bagi mempercepatkan kerja harian aku.

Contohnya, kalau masa memasak terlalu lama... aku cari periuk tekanan... tadaaaa... kurang separuh masa memasak yang lama lama tu.  Kalau nak goreng ikan, tetap la sama juga... hehehe...

Untuk percepatkan masa aku buat kerja harian juga, tiap ujung minggu aku akan kelas kelas kan bahan makanan yang hubby beli, potong dan blend bawang, cabai dan segala mak nenek bahan masakan.  Nanti bila tiba harinya, campak campak jer siap.

Masalah aku sekarang... semua bekas plastik dah abis rosak.  Kena beli set baru plak... nak susun cantik cantik dalam peti ais... kasi semangat skit memasak.

Oh ya... citer pasal memasak... lately, aku jadi gila menerai masak itu dan ini.  Tapi tak la kritikal, sebab anak anak aku bukan lah suka makan sangat sangat... tengok badan mereka pun tahu.

Lagi pun... kalau aku suka masak sangat sangat... aku takut, diri aku sendiri yang akan gemuk.  Jadi, berpada pada jer la.

Jadi, pembahagian kerja sekarang perlu dibuat supaya hidup kami teratur.

Setiap hari sekolah, aku akan balik dalam pukul 6.30 petang.  Sedikit sangat masa untuk aku buat kerja kat luar... jadi... memang semua tanaman sedang terbiar.

Aku perlu beri kerja pada anak utk menyiram pokok.

Masuk rumah, aku perlu sapu sampah luar dan sampai ke dalam rumah... skit jer kerjanya... tapi aku perlu tambah kerja utk mengelap perabut dan sapu sawang jika perlu.

Lepas tu, perlu ada orang pula yang pastikan sinki clear... tak ada pinggan mangkuk semalam... dan makanan semalam atas meja perlu diclearkan juga...

Masak... memang tak boleh nak bahagi nih...

Basuh dan sidai kain... serta susun kain...

Basuh kasut sekolah... oh ya... dah beli dah  4 berus utk cuci kasut... last week mereka memberus dengan jayanya.

Ada berapa kerja dah ?

Sebut semula

1. Siram pokok - 2 orang
2. Sapu sampah dan debu pada perabut - 2 orang
3. Mop lantai - 2 orang
4. Sidai baju (basuh tu mesin buat) - hmmm mungkin mama mereka la nampaknya...
5. Kemas kabinet (basuh pinggan, cuci kabinet )  - 2 orang

Oh... 5 saja... anak 4 orang...

Nampaknya terpaksa beli beberapa lagi peralatan... utk membolehkan mereka bekerja sama buat satu kerja.

Barang tambahan...
1. Penyapu...
2. Mop

Utk masak... dan iron baju... rasanya belum boleh diserahkan lagi kepada budak 3 orang tu.

Nampaknya mama kena buat 3 benda...
1. Masak
2. Iron
3. Sidai baju

Hmmm ok kot.  Senang skit.

Ada kerja harian yang lain :

1. Uruskan keperluan RANA (kucing parsi)
2. Bagi makan Isya dan anak anaknya (kat luar)


Arghhh... stress juga nak buat jadual kerja nih...

Tak apa, yang penting, start dulu...

Petang nanti kita beli MOP, Penyapu, dan bekas plastik utk asingkan makanan dalam peti ais yer !

Sabor jer la korang baca !!!




No comments:

Post a Comment