Search This Blog

Tuesday, August 4, 2015

Meeting anak beranak...

Semalam buat meeting anak beranak.  Siap ada agenda lagi... hehehe...


Memang seronok ada anak yang dah besar kan ???


Agenda Pertama, KERJASAMA.

Senaraikan kerja dan bahagikan sesama ahli mengikut kemahiran dan kesanggupan.  Ada yang buat seorang seorang, ada yang buat bersama.
Untuk finishing, diserahkan kepada Kakak.  Arahan, jangan marah adik jika tidak betul buat, hanya selesaikan apa yang mereka tidak selesai.  Kakak bukan mandur di sini, tetapi konsep kerja sama.

(Kakak tidor semasa agihan kerja dibuat, jadi kakak ambil part finishing dan kemas susun kain baju dari ampaian)

Agenda Kedua, PENJIMATAN

1. Maklumkan langkah penjimatan
a) Tutup aircond selepas sejuk, dan jangan pasang semula aircond selepas mama tutup
b) Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan.
c) Tutup TV dan Komputer
d) Cabut plug selepas memasak, iron dll mana mana perkakas letrik yang sesuai

2. Target bil bulanan selepas penjimatan.

Contoh, pada bulan lepas lepas, bil adalah 400 lebih... dalam bulan ini, bil RM302.00.  Satu pencapaian yang memberangsangkan.  Kena jimatkan lagi.

Agenda Ketiga, SAVING/ SIMPANAN

Agenda ini paling menyeronokkan, kerana dimaklumkan berapa yang dapat disimpan jika ada kejayaan 2 perkara di atas.

Dijangka, duit dapat disimpan sebanyak RM500 sebulan.  Duit tersebut dimasukkan dalam tabung untuk kegunaan bersama dengan memikirkan apa yang diperlukan, contoh, sofa, makan angin, komputer, hp dll.

Dalam masa terdekat, yang termurah adalah CHARGER GALAXY NOTE ... hehehe...

Mereka sedang memikirkan apa yang mereka nak .... sehingga tabung penuh.

Tak pasti lagi peratus kejayaan, tetapi, yang penting berusaha.

CAIYOK CAIYOK  !!!!








3 comments: