Jadinya macam macam cara aku try buat...
First aku buat, dua layer / tray aku masuk sekali gus dalam oven. Dan lagi satu, aku masuk skit jer adunan dalam cup tu. Ianya menyebabkan dia tak melimpah dan jadi cantik macam muffin kat kedai. Lagi satu, bila buat dua tray, tray yang bawah tu tak berapa masak... kena tambah masa.
Kali ke 2, buat satu jer tapi aku letak kat atas rapat dengan pemanas. Apa lagi, pecah macam gunung berapi meletus... hahaha...
Kali ketiga, buat satu satu satu jer... cantik la skit... kena penuhkan lagi cup tu utk dapatkan bentuk yang cantik yer puan puan... dah la comot. Anak aku yang buat. Aku dah ready nak mandi !
Ini la ayang aku cakap... patutnya dia seakan melimpah gitu... baru betul. Ini ala ala jer la. First try. Kira ok la...
Si kakak dengan whipped cream dia. Suka sangat makan taruk benda nih... hmmm...
Ni la versi cuba cubaan yang kami buat. Yang tengah tu, macam larva gunung berapi tu aku cakap sebab bakar dekat sangat dengan api atas.
Sepatutnya bakar atas bawah dengan letak tray kat tengah jer... hehehe...
Belajar katakan !!!
Yang jenis ni aku try kukus. Dia pecah kat atas jugak. Tapi rasanya tetap sedap la. Kejadian jer kurang menarik.
Gitu la sesi memasak budak baru belajar nih.
Dalam proses nak buat roti atau donut plak ....
Sedang nak beli bahan nih !
Sila rujuk sini utk resepi :
https://www.facebook.com/ResepiSheilaRusly/videos/892654367432423/
dlm planning nak beli oven jugak
ReplyDeletetingin tgk orang baking nih
Jom jom beli... hehehe... murah jer... kalau plan nak beli yang mahal dan tak ada duit, terus terbantut minat tu !
DeleteLagi pun ada banyakkkk masa nanti dok umah dari melangut tu, apa lagi, baking dan jual la kek kek tu !