Hehehe...
Masa mereka belum pandai menulis, mereka sekolah tadika, macam macam la kad kreatif yang cikgu mereka buat bersama mereka. Now, pepandai la mereka buat sendiri.
Ada orang nak sambut, ada orang tak mau sambut. Suka hati mereka la. Lagi pun hari ibu ini untuk ibu kita... bukan untuk ibu orang lain. Hari hari pun boleh buat juga aktiviti menarik jugak... tak kesah... tapi kad istimewa selalunya dapat pada hari istimewa... dan sesuatu istimewa tu best juga kalau dibuat secara berjemaah... hahahaha... Buat sorang sorang tak berapa best agaknya... sebab tu orang suka buat group kat FB supaya dapat buat sesuatu beramai ramai.
Yang suka buat sorang sorang tu adalah orang romantik... ehem... siapa tu ???
Kali ini dipihak diri aku dan keluarga aku, tiada istimewa dan tiada perjumpaan keluarga. Kalau dulu, masa aku kerja kat Jitra, aku lari jugak nyorok nyorok pi jengok mak aku barang sejam... hahaha... teruk kan ?
Tak apa la... walau pun tak sambut, aku tetap sayang mak aku... dan mak aku tahu aku sayang dia. Dah cukup la tu. Mak la orang yang paling paham diri aku. Mak adalah orang yang boleh terima aku walau macam mana sikap aku. Ohhh... bila aku kawin baru aku tahu mak dan keluarga sendiri adalah orang yang paling mengerti diri kita dan menerima diri kita seadanya. Mak tak ada masalah kalau aku penat dan rehat dalam bilik... hahahaha... Mak tak ada masalah kalau aku suka menonton TV sampai tak sedar keadaan sekeliling. Mak dah tahu aku kalau membaca sesuatu, memang tak sedar orang panggil... Mak tak ada masalah kalau aku tak bercakap... merajuk. Mak tak ada masalah kalau aku marah... mak akan pujuk...
Isk... cakap macam ni rindu pula plak pada mak !
Bila kita kahwin, semua sikap tak baik kita kita kena sorok... dan pendam saja. Kita kena tunjukkan sikap baik baik saja. TAU ???? Hahaha...
Dok dengan mak baru buleh buat perangai lama semula. Dok dengan keluarga sendiri baru keluar perangai sebenar masa kecik kecik.
Best kan ?
Syukur aku dilahirkan dengan adik beradik yang ramai dan syukur juga mak aku masih ada untuk aku jengok bila rasa teringin.
Ok...
Tak ada gambar mak aku hari ini... tapi aku tempek gambar keluarga hubby aku. Adik beradik perempuan dia dan mak mertua. Yang kecik tu anak adik hubby... hehehe...
Mereka semua masih maintain... cantik...
Salah seorang kakak hubby punya nama yang sama dengan aku. Jadinya bila mereka panggil nama kami... terpaksa la sebut nama tempat tinggal sekali.... hahahaha...
selamat hari ibu kak.. betul kan.. bila dah kawin.. mak la paling faham kita.. bila2 pun ingat kat mak je..
ReplyDeleteYer la... selamat juga pada rai...
DeleteMak jaga dari baby kita mesti mak lebih faham kita.
kita terbalik, kan?
ReplyDeletesaya boleh jadi diri sendiri depan pasangan je, depan mak ayah pun kena hati2
jaga kelakuan, jaga kata2, banyak sgt nak kena jaga
btw, selamat hari ibu buat semua ibu2
Kita memang la berbeza. Tapi perbezaan gitu tak apa bila dah imun...
DeleteAlhamdullilah masih ada ibu yg sihat. kak sya miss mak kak sya.
ReplyDeleteYer kak.. mak dan mak mertua masih sihat. Tapi mak sentiasa dok bilik sebab dia tak boleh jalan dah. Lama dah rasanya tak jengok mak... eh... dua bulan dah kot... hmmm...
Delete