Search This Blog

Monday, May 25, 2015

DIY - Tampal tiub basikal

Sedang berkira kira untuk buat sendiri tampal basikal anak.  Tampal basikal ni kena buat sebab selalu bocor dan kalau hantar kedai, dia tukar tiub saja.

Kena try cari bahan bahan dia terutamanya benda kat bawah ni :



Nanti nak suruh anak belajar dan buat sendiri.  Mereka patut berdikari skit... usah bergantung pada orang atau kedai.  Biar jadi orang yang kreatif...

Hehehe... zaman yang harga duit dah beratus kali ganda ni, kita terpaksa banyak buat DIY...

Nanti kalau kami berjaya tampal sendiri, kami share kat sini.  First aku kena beli dulu barang barang kat atas tu... dan aku tak tahu nak cari kat mana lagi terutamanya penampal tu...  Kedai basikal ada kot ?

Refer :

http://cikgufida88.blogspot.com/2012/09/cara-cara-tampal-tayar-basikal.html

http://kelolo.blogspot.com/2012/11/tampal-tiub-satu-seni-yang-semakin.html


Masa nak bagi duit sekolah pada mereka tadi, aku bersembang dengan mereka.

"Dulu masa mama kecik, mama belanja dengan duit 20 sen sahaja."

"Mama beli apa dengan duit 20 sen tu ?" , Amalia bertanya heran.

Aku terdiam... sebab aku terlupa berapa harga barang barang tu...  tapi waktu tu duit satu sen pun masih digunakan.

Aku kenyang makan dengan duit 20 sen.  Bihun goreng dan air sirap... atau nasi lemak.  Wah semua tu dengan harga 20 sen.

Now ? RM2 la...  RM1 air dan RM1 nasi berlaukkan telur.

Kalau kakak pula RM4.00 ... Nasi RM3... air mungkin RM1 juga.  Entah la...

Biasanya aku beri lebih sebab bimbang mereka dahaga dan lapar balik sekolah dan aku lambat ambil.
30 tahun lagi... entah entah bawak ke sekolah dengan RM100 ringgit

100 tahun lagi... entah bawa kad kredit tidak pun bawak seguni duit... hahahaha...



2 comments:

  1. mak oi.. jenuh la nak bawak seguni duit..hahaha.. ke bawak emas seketul.. kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la... zaman berubah... kita tak tahu anak cucu kita macam mana plak. Mak kita dah melalui zaman duit daun pisang sampai la duit dengan kad... anak cucu kita nanti entah duit tu apa tak tau la...

      Delete