Search This Blog

Sunday, May 10, 2015

Aktiviti cuti dua hari...

Cuti dua hari aku macam macam aktiviti.

Pagi Jumaat, somi pi kerja, aku terus bangun pagi dan siram pokok.

Lepas tu terjah kayu kayu dan siapkan lagi sebiji rak pokok nih.  Dah jadi dua dah rak gini.  Memang tak cantik sangat, tetapi menambah kemahiran aku bertukang la kononnya.  Susah tau nak buat rak.  Ada macam macam bentuk rak.  Ada orang buat sangat comey jer.  Tapi, aku ni buat rak macam ni jer la... senang nak paku dan letak kayu.


Jenis macam tangga lama zaman dulu nih... kayu panjang letak kiri dan kanan.

Pic dari group FB
Ini satu jenis lagi rak... aku fikir nak buat gaya gini juga untuk letak ros jepun... hehehe... entah la samada jadi atau tidak... sebab ros jepun tu bukan keutamaan,  Saja jer nak kasi meriah hidup... hahaha...

Mungkin lepas ni kena simpan skit duit untuk beli kayu papan cantik skit.  Tapi, kalaulah aku dapat tahu ukuran untuk cari kat kilang papan tu senang skit.  Kita kena tahu ukuran baru kita boleh order berapa berapa kaki dan berapa berapa keping.  Nampaknya kena menuntut lagi nih.


Ehsan gugel...
Ini ada satu jenis rak lagi... Rak satu tangga satu tangga.  Aku teringin nak buat gini untuk rak dalam net aku tu... untuk semaian tu.  Tengok la... kalau ada rezeki.




Lepas tu membelek bunga... tengok kaler apa yang keluar lagi. Almaklumlah... bunga dapat pun free, kawan opis bagi... hehehe...

Ini kaler kuning dan purple terang...

Aku jumpa juga bunga sesat kat laman aku.  Tak pasti jika Ika yang tanam, atau mungkin dibawa masa banjir.  Apa pun, nanti aku cuba biakkan lagi.

Ada juga pokok ini, bertenggek dalam pasu pokok lain.  Aku ingat nanti aku nak biak kan juga... tengok la.  Aku pun tak tau dia naik guna biji ker apa lagi.  Tanam jer apa yang ada.  Malas aku nak beli beli... hehehe... kedekut kan ???


Hari sabtu jumpa geng kayu kat FB yang merupakan pelajar sini juga.  Dia bagi kayu ni.  Cantik la kayu ni... dia dapat dari Gurun (kilang modenas kot).

Aku buat meja ini.  Yang tinggi tu cadangnya untuk letak mesin jahit kat atasnya.  Nak buat bagi dia tak gerak gerak la.  Tapi susah skit untuk buat cantik cantik...

Pic dari group FB
Aku ada masalah untuk cantum kat area tepi tepi meja tu... sebab kayu yang dipotong tu tak lepas/sangkut bila guna circular saw.  Nak buat cantik dengan cat/varnish/shelex gini pun lom tentu boleh nih.  
Aku fikir nak balut jer meja tu dengan lapik meja... aci dak ? Hahahaha...

Aku masih baru belajar...


Pic dari group FB
Aku fikir nak buat gini meja... tapi... susah juga... sebab kayu pallet aku tu tak buka semuanya, itu yang susah nak dibentuk tu...  

Susah betul nak cantum cantum kayu ni.  Kena betul betul fikirkan kat mana sesuai dan cara mana yang paling baik.


Pic dari group FB
Ada orang guna kaedah ini... tapi aku beli beli lagi benda ni.  Kreg jig  untuk buat pocket hole nih.  


Gitu la aktiviti hujung minggu aku selain bawa anak pi tengok rusa dan juga pi kenduri kawin anak kawan kat Jitra.  Wah... sedap kenduri dia... siap ada biskut celup coklat... hahahaha...


Ok... abis update utk hari ini.... All ini one.


4 comments: