Blog Revive Day...
....
Oleh kerana aku sentiasa aktif... tiada maknanya nak revive day bagai yer... hahahaha...
....
Blog asal aku adalah izawani.blogspot.com. Blog tu aku dah jadikan tempat novel yang tertangguh saja kerjanya... huhuhu... malas tak ada mood.
Sat lagi ada meeting... jadi, mungkin akan ada entry lain hari ini atau entah ini saja entry untuk hari ini. Nak cerita pun tak berapa nak ada cerita.
Masa buat blog PERMATA ini, tumpuan cerita lebih kepada kehidupan aku dan anak anak. Gambar anak anak, melihat mereka membesar dan melihat perangai sorang sorang. Daripada ada Kakak dan Abang... sehinggalah keluar lagi dua orang, Amalia dan Najmi. Kiranya, Amalia dan Najmi bersama dalam blog sejak mereka dilahirkan.
Sekarang, blog ini memberi tumpuan kepada kehidupan aku sendiri. Kalau ada pun cerita anak anak, sangat sangat jarang sebab mereka banyak yang hidup dalam hidup mereka sendiri...
Tapi, khas utk hari ini, aku cerita hal anak anak la...
Marin, sedang aku berFB... Najmi, si kecik aku tetapi dah besar tu masuk bilik aku. Nak buat magic katanya.
Ditunjukkan duit siling 10 sen.
"Mama... tengok ni... ada kan ?"
Aku lihat ke arahnya, dan mengangguk.
Satu tangan dibuka, dan satu lagi tangan digenggam... diletakkan tangan yang digenggam atas tangan yang terbuka...
"Taraaaa.... haaaaaaaaaa.... dah tak ada.... magic tak ?"
"Magic magic... ", aku tersenyum dan "excited" melihat magic yang dia buat...
"Ok... lagi sekali".
Tangan yang digenggam didekati pada tangan terbuka...
"Haaa... ada semula...."
"Ha'ah... yer la... magic !", kataku lagi... "excited" lagi...
Najmi berlalu dengan muka puas hati kerana aku "percaya" pada magic dia.... dan aku sambung kembali berFB.
Hahaha... entah dia belajar mana tak tau la... aku nampak jer kat mana dia sorok duit siling tu, tapi aku diam jer... saja nak bagi dia gembira...
Mudahkan nak buat anak anak gembira ?
Kak Izawani. Dah siap letak link semua kat sebelah ek? Tabik tabik!!
ReplyDeleteYer yer... buat waktu rajin dan kurang kerja... Tadi dah buat panjang satu demi satu... last last tak save... alahai... tak perasan kena save...
Deleterajen akak update :)
ReplyDeleteRajin la... tak berapa banyak kerja dan tak berapa banyak anak kecik... hahaha...
Deleterajen akak update :)
ReplyDeleteYeay dah baca.
ReplyDeleteApa kehalnya masuk dua dua komen dua kali nih ? Akak baca jugak la.. dah masuk dalam list tepi... harap aktif la lepas ni yer !
DeleteYeay dah baca.
ReplyDeleteBudak2 ni nak attention ye tak.Full attention sekejap pon takpe kan. janji focus bebetul apa dia nak buat dan cakap, lepas tu dia dah sambung main sendiri dah. Tapi anak saya memang full attention dr dia balik taska sampai dia tido. memang mengekor je saya ke atas or bawah,
ReplyDeleteYer ... tapi kalau kerap sangat mereka nak bercerita tu, stress jugak...tambah tambah kalau ada 4 orang ni... sorang sorang nak bercerita... kekadang serentak dan berebut... hahaha... penat !
Delete