Kami nak berkelah sebab hotel tak ada kolam. Dah bawa memasing baju mandi. Sampai kat pantai, anak anak dipesan jangan mandi... just main kat tepi pantai saja. Anak anak dok sembang sesama mereka..
"Buat penat jer datang... tapi tak boleh mandi !"
Hubby yang curi dengar pun gelak dengar anak anak merungut. So, ada la dua tiga orang bapak yang kena berkawal budak budak nih mandi...
Pantainya cantik, tapi, kalau ikut pendapat aku, aku kurang suka dengan pantai yang pasirnya sangat halus kerana sekali ombak melanda pantai, air akan kelihatan sangat kotor... Tapi, budak budak mandi selamba jer... tetambah anak aku... kalau kolam berlumut pun buleh mandi dengan gumbiranya, lagi pulak sekadar pasir yang halus nih... hehehehe...
Ini satu lagi tempat yang mengecewakan anak anak. Bawa dekat tapi tengok kat luar jer. Memasing pak pak orang malas nak masuk sebab bayaran nya sangat mahal (bagi yang tak ada anak kecik). Kalau aku mungkin ok jer la... RM40 sekepala dewasa + 3 anak kecik. Tapi pada mereka yang anak semuanya dah besar... buang masa masuk situ.
sebenarnya kami pun ada ketika mengecewakan anak2
ReplyDeletediorang tak paham kenapa kita kata 'tak boleh' wpun jenuh kita bagitau sebab dan musabab.bab berjanji anak2 akan ingat smpi bila2.
Itu pasal la... Dalam bas, diorang gelak bila dah nak sampai kat boarder anak anak tanya, kita nak naik gajah kat mana ?
DeleteKesian kan ?