Search This Blog

Sunday, January 13, 2013

Kejam kah aku ?

Hari Khamis, aku janji Amalia nak pi teman dia rehat sebab dia tak reti beli makanan, dan kedai pagi pagi tu tak buka.  Tapi, aku terlupa.  Sedar sedar dah pukul 10 pagi.

Aku pergi jugak, dan aku ambil dia dari kelas dan bawa dia makan kat kantin.  Lepas makan, Amalia bergambar.  Nasib baik mereka sibuk dengan urusan lain, bukan belajar lagi.

Amalia dah beberapa hari merungut tak mau pegi Kafacare petang petang.  Dia suruh aku teman dia, dok tepi dia.  Aku cakap tak boleh, nanti bos mama marah.  Lepas salam dia, aku tinggalkan dia beratur untuk ambil gambar.

Petang tu, balik dari kerja, ambil kakak... aku lihat Amalia ada kat rumah.  Berderau darah aku dalam kemarahan kerana Amalia balik rumah tidak pegi tadika.

Aku pukul dia kat betis.  Aku tarik rambut dia.  Aku tinggalkan dia kat luar.  Aku makan nasik dalam rumah.  Dia menangis mengongoi kat luar.  Aku keluar dari rumah, aku heret dia suruh dia pegi dok kat pondok.  Sapa suruh tak mau pegi Tadika ?  Dia cakap, pakcik van hantar dia ke rumah.  Aku tak percaya.  Aku cakap, jangan ingat mama bodoh, cakap benda bohong pada mama.  Sedangkan abang dia pegi tadika.

Lepas tu, kakak dia marah marah aku yang marahkan Amalia. 

"Sudah la tu mama...."

Dia tarik adik dia masuk rumah.  Amalia tidor dalam kelaparan.

Aku tahan perasaan aku untuk mengajar anak.

Aku call hubby marah marah hubby sebab dia selalu sangat ambil anak balik rumah, bukan biarkan mereka di tadika.  Aku fikir, sebab hubby la Amalia berani balik rumah... tak mau pegi tadika.

Petang tu, aku ambil Abang dan Adik.  Aku tanya abang, kenapa Amalia tak pegi tadika.  Katanya, dia naik van berasingan dari Amalia.  Hati aku berdegup laju...

Hmmmm....

Aku call van, bertanya, kenapa Amalia dan Hakimi naik van berasingan ? Pakcik van cakap, Amalia naik van satu lagi.  Aku pesan pada dia untuk pesan pada van satu lagi supaya hantar Amalia ke tadika lain kali, kerana tiada orang kat rumah.  Nasib baik petang tu aku balik awal.  Nak jer aku marah pada pakcik van... melepaskan marah aku pada dia sebab dia antar Amalia balik rumah dan aku pukul pulak Amalia.  Amalia jadi mangsa salah faham saja...

Rasa bersalah menyelubungi hati aku.  Aduiii... rasa nak nangis bila ingatkan betapa takutnya Amalia dok sorang kat rumah.  Dia cuba buka pintu depan belakang tapi tak boleh.  Bila aku balik, aku marah dia dan tak percaya cakap dia.  Aku pukul dia... dan tak bagi makan pada dia.

Kejam kah aku ?

Aku beri dia makan.... dan suruh dia beli makanan apa apa yang dia nak kat kedai.

Bila malam, aku peluk dia erat erat waktu tidor dia.  Aku cium dia.  Aku cakap pada dia, aku sangat sayangkan dia.

Rasa bersalah ni, sampai hari ni tak hilang lagi.... adoiii la... rasa sebak nak nangis nangis ingat anak kecik aku sorang dok kat luar rumah dan kena pukul bla bla bla...

Ok, nak pi tengok dia sat kat sekolah... kesian kat anak aku sorang tu !

----
Updated :

Dah tengok Amalia pagi tadi.   Aku cuba menyelami perasaan anak kecik aku tu.  Tadi dia pesan untuk aku duduk tepi dia.  Aku cakap tak boleh, tapi aku janji untuk datang tengok dia makan lagi hari esok.  Aku suruh dia pegi tadika petang ni sebab hubby cakap, pagi tadi dia nangis tak mau pegi tadika.

Susah juga, kalau tak pegi tadika, dia nak dok mana ? Tak kan dia nak dok sorang sorang kat rumah tu ?  Kena la masuk tadika juga.

Aku harap dia faham, aku sayangkan dia kalau dia mendengar kata.

Aku ceritakan pada abang aku (pokde) pasal hal aku pukul Amalia dan kesalnya aku bila tahu kisah sebenarnya. 

Kata pokde, sebagai ibu bapa, kita kena tegas.  Biar betul atau salah, kita kena stick dgn sikap kita.  Kita kena buat dia tahu, kalau dia buat benda macam tu, dia tentu kena pukul. 

Tapi, kata pokde, dia hanya garang dengan anak anak dia.  Mereka hanya kena pukul sekali seorang, dengan cara... beritahu apa salah mereka dan mereka akan dipukul sebentar lagi... get ready.  Buat jangan tergesa gesa... pelan pelan... dan pukul kuat kuat... supaya mereka serik.  Gitu nasihat abang aku.

Aku pulak, pukul selalu jer kalau mereka tak dengar cakap. 

Kata pokde, Allah beri anak lewat pada aku, supaya aku lebih matang dalam mendidik anak.  Supaya aku lebih sabar. 

Hmmmm....

Aku kena fikirkan lagi cara pendekatan yang baik untuk mendidik !

Oh ya...  Kakak cerita pada abah dia hal aku pukul Amalia.  Abah dia pun mungkin sedih, dok cakap pada aku... "Kesian kat dia... dia kecik lagi... baru darjah satu.  Tunggu kat luar rumah... lapar... tak reti buka pintu... bla bla bla...."

Arghhhh... lagi la rasa bersalah ni menghantui diri aku....












4 comments:

  1. serius..bergenang airmata saya baca ni
    saya faham perasaan akak..akak marah sebab akak sgt takut kalau jd apa2 kat dia.tp budak besar tu x paham kenapa kita marah.

    pernah sekali anak saya x balik umah pengasuh tp dia balik rumah saya.sdgkan xde sapa kat rumah.nasib baik pengasuh cuma belakang rumah je..tgk jam dah lewat tp dia belum balik so pengasuh pegi cari dia kat rumah dan dia tgh menangis depan pagar.akak bygkan perasaan saya yg sgt takut nasib baik takde org jahat nampak dia keseorangan masa tu.nauzubillah..

    cakap ngan hubby akak jgn selalu ambik budak2 kat nursery sbb budak2 cepat konfius..biar diorang tahu..bila hari sekolah kena duk nursery

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... dah pesan dah kat hubby. Memang marah saja kat dia kalau dia ambil anak sebab dia nak suruh anak teman dia kat umah bila dia balik umah... sedangkan akak bayar tadika utk jaga dan beri makan mereka. Dia plak bawak balik, kekadang rumah berterabur... anak tak makan nasik... itu yang malas kalau dia buat gitu...

      Delete
    2. anak saya pun ada ketika dia tanya 'ayah keje tak hari ni?kalau ayah cuti boleh tak abam nak balik rumah terus?' saya akan cakap 'x boleh.ayah cuti tp ada hal.hari isnin-jumaat hari sekolah,kena balik umah cik T'..sbb nanti sekali buat,dia mesti konfius sbb bdk2 cepat lupa..lagi satu bab makan,kalau hari kerja mmg saya tggl rumah x masak apa pun.

      Delete
    3. Itu la... pasal masak tu satu hal... pasal rumah bersepah tu yang tensen. Kita balik ingat nak rehat, tengok rumah macam kapal pecah, rasa nak telan anak sorang sorang... hehehe...

      Delete