Dari 1 Jan 2013 aku dah berada di tempat lama aku. Duduk di bilik ramai ramai. Meja aku plak buruk jer... huhuhu. Tak ada masalah dengan lokasi pun. Aku boleh buat kerja dalam stor pun asalkan aku tidak ada krisis dengan orang. Perasaan ? Biasa saja. Aku dah rasa aku boleh pasrah, ikut saja sementara perasaan aku tak bercelaru. Harap tak akan menimbulkan apa apa krisis dalaman pada aku nanti nanti. Umur dah tua tua gini, memang malas nak cari pasal samada dengan orang selevel atau dengan orang atasan. Aku pun dah tua, aku harap tak ada orang nak berlagak tak tentu pasal dengan aku. Tak suka aku kalau orang berlagak nih. Samada yang muda dari aku atau yang berpangkat dari aku... kalau boleh aku elakkan dari orang yang macam tu, aku akan elakkan, supaya hati aku tak terluka dan sakit...
Pasal Amalia, pepagi tadi dah kena dengan hanger dek kerana menangis cari pasal tak mau pi sekolah. Sib baik abah dia ada kat umah, kalau tak... harus dia kena sebat lagi teruk. Aduiii.... bila la anak aku sorang tu nak besar dan tak cengeng lagi ? Ini la akibatnya aku yang cengeng lepas beranak dan masa mengandung kat dia kot.... arghhhhhhh... tensen bila ingatkan perangai dia yang satu tu...
Semoga tahun ini lebih bermakna bagi kami....
selamat tahun baru 2013 ye kak ;)
ReplyDeletepagi tadi (saya kan menumpang kawan)
sian laki bini bila anak buat perangai
saya rasa mesti dia malu dgn saya
dan saya pulak..cukup angin kalau anak buat hal pepagi..sib baik sorang je yg sekolah.ada jugak masa moodnya bercelaru tp tau uminya naik angin,pandai pulak baik sendiri
Selamat...
DeleteBila anak buat perangai... aduiiii... abis hilang ayu dan status ibu mithali... huhuhu...