Search This Blog

Wednesday, January 23, 2013

Ibu yang malas !


Semalam aku datang kerja lewat seminit, hari ni pukul 7 dah siap semuanya, tunggu tadika bukak jer, terus aku hantar Najmi. 

Kesian malam tadi Najmi kelaparan, siap tunggu aku masak nasik untuk abah dia.  Dia tidor lepas kenyang makan nasik.  Lepas tu sakit perut, batuk dan lain lain penyakit anak manja nak tidor dengan mama... hahaha.  Anak aku sorang ni mengikut sangat perangai abah dia.  Mentang mentang tarikh lahir sama, warna kulit sama... hehehe...

Oh ya... aku dah masak lewat sebab sebenarnya malas nak masak, tapi sebab hubby yang malas nak makan kat kedai sorang diri, suruh aku masak jugak.  Sebagai isteri yang bekerja dan perasan sibuk serta letih, aku masak nasik dan lauk biarpun hubby suruh masak nasik saja.  Tak kan la aku nak biarkan hubby aku masak lauk dan balik dalam lapar lapar gitu... kejam la aku... kan ?

Apa apa hal pun, malam tadi aku dah janji dengan anak nak masak masak malam nih.  Entah apa nak masak tak tau la.  Dah beberapa hari aku tak masak nasik, aku suruh mereka makan jer nasik lemak atau apa apa makanan yang dibeli kat kedai rojak dekat rumah tu.  Agaknya dah tak sedap nak masuk perut mereka atau kenapa tah, nak juga makan masakan ibu.

Biasanya, kalau aku masak, mereka akan makan berempat kat meja tu sambil sembang apa apa topic... agaknya mereka seronok buat gitu kot.... ibu mereka jer yang malas nih...

Ok la... perasan sibuk konon nih... nak buat kerja la kononnya...
Posted by Picasa

6 comments:

  1. Bukan malas tu.. tapi memberi peluNg bisnes makanan kat luar tu hehehe

    Tapimsak sendiri mmg lebih bagus kan.. sihat dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler, bagi peluang kat kedai rojak cari rezeki... kan ? Amboiii... alasan tak bley blah... marah anak anak kalau suruh mereka beli makanan kat kedai tu tiap hari... kakak kata, malu sebab mama malas masak ! Hahahaha...

      Delete
  2. saya ni,hari bekerja cuma satu mulut je nak makan malam(si abam)
    sebab en suami keje petang je.jadi dia punya rekues nasi goreng tiap2 malam.pening pale saya nak perbagaikan nasi goreng tu.kalau paling malas saya tapau je kat kafe nasi goreng tu,rajin sikit saya beli nasi putih..balik nanti goreng campak2..letak je apa ada dlm peti ais tu.tapi result dia mmg tak menghampakan..licin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... kekadang malas nak masak, beli jer lauk, then suruh kakak yang masak nasik. KEkadang semuanya malas, suruh mereka makan roti atau kakak masakkan megi. Tapi sebab dia nak pekse, dia tak mau makan megi... kerana makan megi buat jadi bodo... kata dia.

      Adik dia tanya, "Ada ker makanan yang buat kita bodoh mama ?"

      Tak tau nak jawab la...

      So, kena la masak lepas nih... goreng nasik bodoh pun ok jer diorang...

      Delete
    2. betul tu kak
      nasi goreng adalah menu org malas.kata ayah saya
      sbb tu ayah saya x makan nasi goreng
      bagi saya pulak nasi goreng ialah nasi dalam satu
      lauk,sayur dan nasi dalam satu pinggan

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete