Search This Blog

Monday, July 2, 2012

X - Bila tidak pandai bela diri... 2

Aku rasa semua perkara dah ok kot... Kalau nak cerita pun, aku dah tenang dah hari ini.  Semalam aku pegi pejabat dan minta cuti.   Lepas tu aku balik umah selepas selesaikan beberapa perkara.  Aku telah cari dari internet perjanjian sewa rumah yang lebih detail... siapa yang nak sila ke



So, aku pun print la contoh perjanjian ini.  Terdapat beberapa frasa dalam perjanjian tu aku kena ubah kerana aku buat sewa bilik pula kali ini.  Full furnish !!!  Tapi, untuk mengisi rumah tu, aku dah cakap pada penyewa, aku akan buat pelan pelan, sebab ini first time aku sewa pada orang bujang.

Cerita hal Mia dan Anuar...

Surat perjanjian asal dengan penyewa tu memang pada hubby.  Siap aku bawa resit yang mereka bayar setiap bulan.  Pada pagi tu hubby berkali kali call Mia dan Anuar untuk setlekan masalah deposit dan kunci dan lain-lain hal.  Mereka tak jawab.  Dekat pukul 11, baru si Anuar jawab, itu pun baru bangun tidor dan dalam keadaan marah.  Jadi, hubby pun naik angin, minta bantuan jiran sebelah rumah sewa kami tu selesaikan.  Tapi, dekat pukul 12, jiran kami tu pun tidor... Adehhhh....

Aku minta hubby uruskan dengan Anuar, kalau mereka tak keluar lagi, kami terpaksa cari tukang kunci sebab kunci pendua aku yang lain semua hilang tak jumpa cari... aduiii.... (Mulanya hubby bengang, nak pegi hempuk jer pintu tu dengan tukul besar, tapi satu kerja plak kami kena bayar ganti... hehehe)

Tak apa la... hubby balik la umah, aku pun balik jugak.  Lepas tu, hubby ajak aku pergi rumah sewa kami.  Aku tengok dia bawa parang masuk kereta.  Aku dah takut dah masa nih.  Aku cakap kat hubby, ingat anak anak... kalau masuk lokap atau apa apa terjadi pada dia, susah kami.  Berkali kali aku minta dia ingatkan anak anak !.

Masa dalam kereta, Anuar call hubby, suruh datang rumah sewa kami.  Suaranya masih dalam marah, macam kami ni tak faham masalah dia... gitu la lebih kurang.  Dari jauh aku lihat Anuar berjalan ke hulu hilir kat jalan depan rumah kami.  Aku dah berdebar tahap beruang.  Aku takut betul.

Bila sampai depan rumah, aku cakap pada hubby aku tak mau turun.  Tapi aku pegang dada hubby, aku suruh dia bersabar... dan aku tanya dia, adakah dia boleh bersabar ? Dia kata dia boleh.  Muka hubby kelihatan cool... 

Kami lihat di rumah sewa kami tu ada Anuar, ayah Anuar (yang merupakan rakan sekerja hubby), Mia dan juga sebuah kereta kancil biru kalau tak silap aku yang di dalamnya ada satu pasangan lelaki dan perempuan yang aku tak tau la siapa.

Lepas hubby turun seketika dan bercakap baik dengan mereka, kereta biru tu pergi sambil angkat tangan pada Anuar kot... entah la.

Hubby ada tunjukkan surat perjanjian tu pada ayah Anuar.  Aku masih dalam kereta dan aku tak tahu apa yang berlaku di luar sana.  Aku lihat Mia ke hulu hilir macam orang tak puas hati atau macam orang tunggu isteri beranak atau apa apa la... tapi mukanya sangat stress.  Aku tak tahu dia marah atau dia apa.  Aku sangat takut tengok dia begitu.  Sampai satu saat, dia datang arah kereta aku... cepat cepat aku lock pintu dan aku berpaling arah lain.... aku tak ingin melihat wajah dia pun !  Bukan benci.... tapi lebih kepada takut.  

Aku bukan takut dia pukul aku.... tapi aku takut bergaduh !!!!  Kelemahan aku bila bergaduh bodoh bodoh bukan dengan fakta.... kalau bergaduh bodoh bodoh, memang aku kalah !  First time aku lihat dia seperti orang yang tidak padan dengan pelajaran dia (as lecturer!).... dengan pakaian yang sedikit serabut dan juga dengan beg sendeng di bahu serta muka yang tensen serta berjalan ke sana sini.  Sebenarnya aku hanya bertemu beberapa kali jer dengan dia.

Lepas tu aku lihat Anuar peluk peluk hubby.  Aku heran lihat mereka berdua.  Entah la... aku tak faham sangat.  

Bila dah selesai semuanya, hubby salam salam Anuar dan ayah Anuar.  Mereka okey jer.  Mia aku lihat dah tak ada dah kat situ... aku tak tau dia kat mana, dan aku tak peduli pun dengan dia.

Hubby masuk kereta, dan kami pergi dari situ... dengan Anuar masih membasuh kawasan depan rumah tempat yang kelihatan sangat kotor.

Aku bukan suruh mereka basuh sangat pun, tapi aku nak mereka clearkan apa apa kat rumah milik mereka supaya kami boleh basuh untuk kemasukkan penyewa baru.  Dah dia nak basuh, suka hati dia la....

Hubby cakap, Anuar menangis nangis minta maaf dengan hubby sebab bercakap kasar dengan hubby.  Kalau ikutkan umur.... mereka hampir 20 tahun beza umur dengan kami.  Jadi, jangan la kurang ajar begitu.  Hubby dengan ayah dia pulak teman sekerja.  Liza, kakak dia  pulak bekas jiran kami... Hmmmm....  Hubby juga cakap, Mia menangis.  Entah, aku tak perasan pun bila dia menangis.

Hubby cakap Anuar pulangkan semula deposit air dan api.  Aku tak tahu berapa bil air dan api yang tertunggak sebab kami dah malas nak fikirkan.  Asalkan mereka keluar dari rumah tu, itu sudah memadai bagi kami.  Hubby juga cakap, Anuar 'jerkah' si Mia... kata hubby Mia banyak cakap... entah apa dia cakap pun, hubby tak tahu.

Kami masih risau jika ada lagi apa apa perkara berbangkit.  Hanya berdoa sahaja agar semuanya selesai.   Petang tu Anuar datang jumpa hubby kat rumah kami.  Dia minta maaf berkali kali pada hubby dan juga pada aku.  Katanya dia silap termakan hasutan Mah.... Hmmmm.... 

Dia juga nak letgo piring Astro kat atas bumbung rumah sewa kami.  Kami tak tau pun berapa harga.  Bagi aku tak guna pun kami nak ambil... tapi hubby cakap dia nak bagi jer duit pada Anuar sebab Anuar kata dia ada masalah duit.  Aku suruh hubby ikhlaskan hati... sebab piring tu bagi aku tiada harga.  Dan aku juga ikhlaskan diri.  Jika ada harga, ada la rezeki kami.... pun kami tidak berharap sangat.

So, bagi aku... aku dah rasa lega.  Bila penyewa baru datang berbincang dengan aku, kami berada di rumah sewa aku.  Aku tunjukkan segalanya, mereka kelihatan berpuas hati.  Cengkeram telah mereka bayar.  

Kalau ikutkan... sewa keseluruhan adalah RM800 termasuk air dan api (ada limit) dan full furnish.  Dah aku nasihatkan mereka beberapa perkara asas mengenai keadaan orang bujang dan suami suami orang sebelah sebelah. 

So, aku rasa sangat lega selepas semuanya selesai.  Hubby tanya hal aku dengan Mah.  Sebenarnya Mah ada menegur aku bila aku berada di rumah sewa tu.  Aku menjawab biasa dengan mesra.  Bagi aku, biarpun Mah tu batu api.... atau apa apa la ungkapan yang sesuai, aku harus letak diri aku tempat dia... Dia adalah orang yang hidupnya adalah rumah, anak, suami dan berniaga kecil kecil buat kuih.  Apa cerita yang dia boleh share dengan orang ? Tiada.... kecuali cerita orang lain !  

Tapi, orang yang mendengar tu tapis tapis la... itu pun kalau rasa diri sendiri ada pelajaran.  Seperti Liza, dia marahkan aku kerana aku bercakap dengan Mah... dia kata Mah itu jenis itu ini.  Tapi bila dia gunakan kata kata Mah sebagai hujah, tidakkah itu bodoh namanya ????

Dan bila Liza tahu apa sebenarnya yang terjadi, dia tidak pun SMS atau call aku minta maaf !  Pada hari adik dia berpindah pun dia suami isteri langsung tidak keluar rumah.... hmmmm... aku tak faham mereka adik beradik... dan aku tak mau tahu.  Tapi dia tetap buat silap pada aku.  Sebagai orang lebih tua pada dia, dia tak patut buat aku macam tu (tengking dan hina hina aku, katanya aku ni orang tua saja  tapi tak reti entah apa tah katanya !).... Dan kalau dia sedar dia tersilap, Insya-Allah, kalau dia buka mulut minta maaf atau SMS, aku tentu akan maafkan dia... Tapi, dia biarkan gitu saja... dan dia sendiri telah sebar pada jiran mengenai hal yang tidak benar, tetapi bila aku jelaskan, tidak pula dia cerita balik pada orang tentang fitnah dia pada kami.  Tidakkah itu salah ????

Disebabkan Liza, kakak sebelah rumah sewa kami (Mah di kanan, Kak Bariah di kiri) telah beria ia cakap kami salah kerana seperti kejam (aku sebut word kejam sahaja sebab malas panjangkan ayat sebenar dia cakap pada Ika !) bila buat Anuar suami isteri seperti tu.  Dia sendiri cakap, Liza yang beritahu dia.  Hmmmm....

Aku tanya hubby, salah tak jika aku rasa marah pada Kak Bariah... dan juga Liza ? Hubby jawab tidak.

BAHAYA BETUL FITNAH....

So, jangan fitnah orang.  Kalau tak tau cerita, jangan terus marah.  Usul periksa dulu.  Jangan main serbu saja.

Serik aku rasanya nak berjiran atau berbual dengan jiran atau errr.... apa apa la... 

Itu belum lagi cerita hal opis.  Aku kena teruk jugak... Tapi, aku selesaikan dengan cara berhemah sebab aku boleh berhujah, jika mereka menerima fakta dengan hati terbuka.  Nanti aku ceritakan... tapi tidaklah secara detail... sebab hal hal opis adalah hal POLITIK orang atas... dan aku mereka jadikan kambing hitam sahaja !



9 comments:

  1. alhamdulillah..sekurangnya dah setel bab anuar dan mia tu.moga2 penyewa baru tak serabutkan kepala akak..

    saya pun dah jarang bergaul dgn jiran sbb saya dgr ada org mengata kami dan saya rasa nak je berdepan dgn oran g katanya bawak mulut tu..tapi pikir balik,lantaklah..mulut dia.selagi x kacau kami sekeluarga cukuplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa... itu la... lega rasanya. Pasal jiran bawak mulut itu ni, akak pun buat bo layan jer... yang ko nak percaya sapa suruh ? Tak ada la kita sakit kalau mereka tuduh kita apa apa pun kat belakang kita... (kecuali sampai kat telinga kita... pedih la sekejap !)

      Delete
    2. tapi ikhlas saya pelik dia boleh buat muka tak bersalah kalau jumpa saya (kalau betul la dia yang mengata) kdg2 nak jugak tanya 'apa mslh akak yg duk jaja citer kami kat org lain?'
      tp tak berani takut dia tak tahu apa2..org lain yang bawak mulut cakap dia mcm tu..@cakap je kat dia 'kakak tu kata akak buat mulut ttg saya betul ke?'mesti lagi hebat kan?hehe

      Delete
    3. Itu ler, kalau kena dengan orang gitu, akak ni buat tak tau jer... selagi dia tak kata depan depan akak... akak akan abaikan saja. Akak tak suka selidik selidik ... sebab nanti jadi gaduh... hehehe... sebab kita tak hebat... hahaha...

      Tapi kalau dah tengking atau cakap kurang ajar dengan kita, so, kesabaran akak ni ada batasnya... selagi boleh sabar... kita cuba la...

      Delete
  2. Alhamdullilah dah setel ya. Jadikan iktibar.. Fitnah mmg makanan dunia. Zar pun byk kali difitnah.. Kes besar besar plak tu.. Sampai repor polis.. Tapi mengadulah pada Dia.. Jika kita benar.. Kebanaran akan terserlah jua insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... memang jadi iktibar... baru kita kenal siapa orang yang kita boleh percaya... siapa yang cakap depan lain belakang lain... sapa yang pura pura manis dengan kita dan lain lain...

      Tapi, biarlah... itu diri mereka.

      Memang betul... bila kita benar, nanti nanti mereka yang silap akan buat silap juga...

      Delete
    2. Errr... blog dah private ????

      Delete
  3. Letih kan kak dengan orang camni. Kadang tu bermula dengan mender kecik jek, tapi bila taknak semuka, taknak angkat phone dan pegi komplen dekat orang lain, memang lain jadiknya.

    Saya pon tak friendly sangat dengan neighbour. Lantakla org nak kata apa. Habis terer saya tegur anak diorang je. Takde lebih2. Bila diorang ajak datang birthday anak, saya datang bagi present, makan sikit lebih kurang, saya balik lepas tu. Malas lepak lama2 nanti letih nak sembang dan banyak tanya dan banyak kena jawab, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pagi tadi mah datang umah... minta tolong dengan akak kata orang nak serang dia. Akak bancuh jugak dia skit skit... tapi yer la... dia tu jenis lurus bendul... Ingat nak tolong, nak bersemuka dengan semua orang kat kejiranan dia, tapi fikirkan kami pun dah kena dengan teruk juga biarpun bersemuka, dan akak pun bukan jenis orang yang tegas dan boleh tengking tengking orang balik, baik la jangan cari masalah... So, dah suruh mah dok diam diam dalam rumah, jangan campur dengan orang...

      Delete