Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Wednesday, July 4, 2012
Marah dan dendam...
-------------------------------
MARAH DAN DENDAM
MARAH
Perasaan marah akan timbul apabila kita rasa dicabar, dimalukan, dikecewakan, dipandang rendah dan sebagainya. Seseorang yang berada dalam keadaan marah jika tidak dapat mengawal perasaan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan terhadap diri seterusnya menyebabkan individu tersebut melepaskan ketidakpuasan hatinya dengan tingkah laku yang ganas dan di luar jangkaan seperti menghentak meja, memecahkan barang, bertumbuk dan sebagainya.
Dalam paper tak silap kelmarin, ada menyebutkan, jika kita marah... sepatutnya bertahan dalam masa 5 minit sahaja. Selepas 5 minit, jika kita masih marah, maksudnya ianya adalah dendam.
Pengalaman aku, semasa aku marah bila bercakap dengan Mah, aku memang marah semasa dia call sahaja. Selepas itu, marah aku hilang. Aku tak suka marah, kerana bila marah, jantung aku penat bekerja, dan kepala aku jadi sangat bengang ! Jika aku bersabar, dan kawal kemarahan, aku rasa lebih tenang.
DENDAM
Dendam adalah satu perasaan yang timbul apabila seseorang itu tidak dapat memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadapnya dan ingin melihat orang lain yang melakukan kesalahan itu mendapat balasan. Perasaan dendam lebih berbahaya daripada marah. Perasaan dendam mungkin boleh berakhir dengan kes jenayah seperti pergaduhan dan mungkin juga pembunuhan. Mungkin seseorang itu sanggup menggadaikan nyawa sendiri semata-mata untuk memberi balasan dan penderitaan kepada orang yang didendaminya itu.
Aku rasa, hubby aku masih marah lagi bila aku bercerita dengan dia hal yang lepas atau yang terbaru. Di saat aku telah tenang, hubby aku marah marah aku bila aku bercerita. Bila aku diam, dia pula bertanya. Dan dia asik mengatakan apasal aku tak balas balik bila orang herdik herdik aku ? Termasuk abang aku (Pok De) pun bengang bila aku tak menjawab orang marah marah sedangkan aku dipihak yang benar.
Sebenarnya, aku rasa aku lebih selesa begini. Adik aku si Achik tu tanya, bagaimana perasaan aku ? Aku bersyukur kerana dalam dada aku tiada rasa resah gelisah... dan marah marah. Alhamdullilah... syukur sangat.
Biarpun orang buat camna pada aku, aku tetap tidak dendam... (kecik hati tu ada la).... aku tidak doakan yang buruk untuk mereka.
Aku tak pasti la samada sikap hubby dan abang aku tu namanya pendendam atau ingin menegakkan kebenaran. Tapi, kekadang dalam keadaan dimana lawan kita adalah orang yang tidak mahu menerima kebenaran, usahlah kita bertekak... lebih baik kita mengundur diri...
Kedua-dua perasaaan di atas jika tidak boleh dikawal atau disimpan bukan sahaja boleh menjadi halangan untuk kita mencapai kejayaan malah boleh membawa padah kepada kita. Semua ini boleh dielakkan jika seseorang itu mempunyai disiplin yang tinggi. Orang yang mempunyai disiplin diri yang tinggi akan lebih tenang, tidak terburu-buru, berfikir secara rasional sebelum bertindak dan apa yang paling penting ialah tidak mudah bertindak mengikut kehendak hati dan perasaan. Orang yang berdisiplin tinggi juga boleh mengubah segala perasaan tersebut kepada satu daya penggerak untuk mereka lebih tekun dan bersemangat dalam menuju kejayaan.
Aku rasa, jika mereka yang ada niat berdendam dengan siapa siapa pun, hidupnya rasa tidak begitu tenang. Setiap kali teringat, terjumpa atau terdengar berita tentang orang yang dia dendam/dengki atau apa apa sajalah, tentu dia akan rasa jantung dia berdegup sangat laju...
Sian kat JANTUNG.... silap silap mati cepat kita kalau kita berdendam !!!
p/s : Kekadang bila bercerita, aku hanya teringat, bukan aku dendam... tapi jadikan pengajaran dalam hidup aku sahaja. Aku tak marah pada mereka yang buat begitu pada aku, tapi aku cuba mengelak dari bersama mereka... kerana aku tahu mereka tidak suka aku.... dan aku juga takut mereka mengulangi lagi perkara lepas... marah marah atau fitnah fitnah aku...
-------------------------------
Credit to : http://hushimmotivational.blogspot.com/2009/07/marah-dan-dendam.html dan dari pembacaan yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oh i see
ReplyDeletenanti nak fikir balik ada tak saya marah @ dendam kat orang.kalau ada saay akan cuba maafkan kerana kita tak tahu smpai bila kita akan bernafas dimuka bumi ini
Kalau kita rasa kita tenang bila berhadapan dengan orang yang buat pasal dengan kita, maksudnya kita bukan pendendam !!!
DeleteTapi ada juga orang yang boleh postpone dendam dia... Depan orang tu dia berlagak baik... tapi belakang belakang dia cari jalan untuk musnahkan (ayat tak bley blah... hahaha) orang tu ! Atau sentiasa doakan keburukan akan menimpa mereka.
Deletedulu ada seseorang yg saya sgr 'alergik' dgn dia
ReplyDeletetapi skrg kalau pandang muka dia..takde rasa apa2.
mungkin itu bukan dendam la kot ;)
Kalau dah tak rasa apa apa... itu bukan dendam... (ikut artikel tu la !)
Delete