Ini kucing terbiar yang Ika kutip dalam longkang... kesian basah basah kucing tu... dua beradik kucing nih...
Ini anak kucing si IBU, kucing putih lama kami.... kucing asal di rumah kami. Kali ini dia beranak 5 ekor... semuanya bulat bulat. Agaknya sebab si ibu sihat kot...
Kebetulan, si RANA, kucing parsi kami beranak. Tapi kucing tu agaknya sangat muda atau entah kenapa, kami tak selidik lagi... dah la beranak merata rata sambil berdiri jer... lepas tu dibiarkan anak dia tu... tak di jilat (mandi la dalam versi kucing), tidak dipotong tali pusat dan tak diuruskan urinya. Anak dia keluar dalam sarung sarung tu, si Ika terpaksa la menguruskannya. Aku geli...
RANA beranak 6 ekor. 2 ekor mati semasa beranak. 4 ekor baru mati marin. Kami bagi anak dia menyusu dengan si IBU, tapi baby tu tak leh survive jugak. Agaknya kalah dengan anak si IBU lima ekor tu. Semalam mati la semua anak RANA. Hmmm... anak RANA kali ini lebih kurang macam kucing biasa sebab dia mengawan dengan BOBOI si anak IBU. BOBOI sekarang dah buta sebelah mata dia. Semasa kami cuba bagi si JINGO (parsi jantan) tu mengawan dengan RANA, RANA jadi garang sangat. Dia cakar cakar si JINGO. Tapi dengan BOBOI dia sangat mengada... siap la buat kuak lentang la... itu la ini. Mengawan jer depan depan kami... Kelakar RANA ni... macam BOHSIA dah aku tengok masa dia nak mengawan dengan si BOBOI.
Lepas beberapa lama tu... dia bunting... marin dulu dia beranak. Tapi... semua anak dia mati. Agaknya mungkin kalau ikut umur manusia, dia baru jer umur 16 tahun.... hmmmm....
ish rana ni..dah la maen depan orang,beranak pun main sepah-sepah mcm tu.
ReplyDeletedunia akhir zaman..manusia buat perangai cam binatang pulak
Hmmm... itu ler... pasal la mereka buat gitu... tak mau, bagi kat orang secara baik, tentu ada yang nak baby tu...
Delete