Aku bukan nak citer pasal RANA, tapi nak kongsi juga pendapat mengenai
Never apologise for being sensitive or emotional
Let this be a sign that you've got a big heart
Aren't afraid to let others see
Showing your emotions is a sign of strength..
Ambil dari blog ANGAH link ini http://angah.blogspot.com/2012/06/rambut-baru.html .
Lately ni entah kenapa tah, aku rasa sangat sangat serba salah dengan apa sepatutnya aku buat... sikap aku dan lain-lain. Aku rasa semua orang suka suki jer nak marah marah aku... atau pun tidak faham apa yang aku cakap... dan marah aku balik... Aku memang boleh sabar, tetapi bila sesuatu itu berulang banyak kali, aku rasa sangat tertekan dan rasa macam susah nak kawal dah kesabaran aku.
Malam tadi, aku jahit langsir kat rumah sewa. Aku ambil langsir lama lama rumah aku yang masih baru ( kena tukar sebab renovate rumah, tak sesuai dengan tingkap/pintu lepas renovate), jadi aku pasang pada tingkap dan pintu rumah sewa. Aku potong mana mana yang patut... dan aku jahit semula. Kiranya kreatif la konon !
Sebenarnya rumah tu sangat nostalgia... sayanggggggggg sangat rumah tu....
Jadi, ada satu pintu yang lebar dan tinggi perlukan tangga... Aku malas dah nak jahit langsir pintu tu sebab aku tak reti sangat jahit kain yang panjang... nanti dia jadi herot herot... (kiat ?). Langsir tu asalnya aku pinjam dari rumah Mah, yang terpakai... lepas tu bila orang sewa duduk, aku suruh dia beli dari Mah.
Kira ok la... tapi bila aku duduk, aku tensen la tengok langsir tu meleret menyapu lantai jer .... nak kena jahit skit kat kaki dia.... ada la itu ini... daripada jahit susah susah aku fikir nak beli la kalau ada jiran lain nak jual langsir pintu tu yang sekenhen...
Aku silap bila mula bercakap dengan jiran. Aku fikir kalau bercakap dengan orang lelaki, mungkin ok skit, tapi tetap la hati aku terluka.... apasal tah.
Bila aku tanyakan jika mereka ada langsir gitu, siap dia suruh minta aku upah jahit pada ada sorang tukang jahit tu... Aku pun cakap, nak jahit baru memang mudah... tapi duitnya... sambil aku petik jari aku.... hehehe... Siap la jiran aku yang aku panggil abang Din tu cam kecik hati agaknya, dia kata jangan cakap dengan dia gitu...
Aku pun tak faham kenapa dia nak kecik hati.... aku pegi dekat dia... dan sembang dengan dia elok elok... aku kata, aku nak sewa sahaja, bukan nak pakai sendiri. Bla bla bla... panjang lebar la aku jelaskan pada dia... abis bab langsir tu, macam dia faham....
Bila aku saja saja la cakap "kalau ada orang nak jual peti ais ker mesin basuh sekenhen, beritahu la... !"
Dia pun suggest kat aku suruh beli yang baru.... dan ada la aku jawab itu ini....hmmmm.... dalam hati aku dok tertanya tanya, dia ni tak faham ker apa yang aku cakap ???? Adoiii la.... atau pun dia fikir aku ni kaya raya giler punya orang ? Yer la, si Ika dah buat fitnah kata aku gaji 9K.... hahaha.... abis la kalau orang kampung percaya ! Ika cakap dia main main jer bila mereka tanya berapa gaji aku.
Hmmmm... sebenarnya, abang ni la yang si suami Mah nak suruh jadi orang tengah/pendamai antara Mah, Liza, aku dan beberapa lagi penduduk taman tu. Nampak gayanya, kalau aku pakai dia sebagai pendamai... aku tentu kena teruk.... sebab kelihatan persepsi dia mengenai aku telah diburukkan oleh cerita cerita orang lain mengenai aku pada dia.
Rasanya, kalauuuuuuuuuu lah ada suatu masa nanti nak cari pendamai/timbangtara, kita kena cari orang yang memang clean... yang tak sebelah sana sini... tak pernah kenal/dengar cerita hal salah seorang dari orang yang nak berdamai... kalau tak, jadi huru hara....
Apsal tah orang tak faham apa yang aku nak sampaikan ???? Adakah kerana aku ni cakap bahasa alien ?
Adakah aku perlu SHOW MY EMOTION next time... and stress it to other... that I'm sensitive or emotional... not arrogant !
Kalau kita sensitif atau emotional... orang tak marah kita kot ? Tapi kalau kita diam dan bentak bentak dan tak cakap kita sedang terkecik hati... orang ni tak faham kot ????
Lepas aku bercakap dengan jiran malam tadi, aku ambil keputusan untuk jahit sendiri langsir tu. Aku akan usahakan jugak... caiyok caiyok... So, aku minta tolong dengan hubby untuk angkat tangga dari rumah kami ke rumah sewa tu. Hubby pun jawab macam marah marah.... hmmmm... aku minta dia angkat saja... tapi dia merungut kata dia sibuk kerja... sampai malam malam.... Bukan aku tak tahu dia balik umah tidor masa siang... adoiii la... suami suami.... Lepas dia marah marah tu, aku pun menjawab la...
"Abang tak payah marah... cakap saja abang sibuk kerja... abang tak perlu berjanji... "
Bukan apa, bila dia berjanji, aku akan tuntut, bila aku tuntut dia marah. Dia tak suka aku push dia ! Sedangkan dia, kalau tak push... tak berjalan laaaaaaaaa...
Entah kenapa tah, sukar benar dia nak tolong aku... hmmmm....
Tentu hormon aku lintang pukang nih.... rasa kecik hati syahdu tak tentu pasal nih... Hari ni 05hb.... dalam 12 hb kawan baik nak datang... agaknya gitu ler hormon ni kacau bilau !!!
hehe
ReplyDeletesila salahkan hormon
pelik jugak abang Din tu..saya jarang tegur sapa dgn jiran lelaki.kecuali diorang yg tegur dulu sbb takde modal nak borak pun.
kdg2 kita cakap lain.org paham lain..kiranya rumah yg nak disewakan tu serba lengkap la kan?untung penyewa tu
Ala... kebetulan, si Mah ada kat depan (pondok depan umah) tu dengan somi dia dan abg din... akak plak masuk rumah mah cari anak akak yang dok main dengan anak anak mah, ajak mereka balik... tengok dia tukar langsir baru.
DeleteSo, akak tanya mah, kot dia ada langsir sekenhen yang lain... tapi abg tu yang jawab... huhuhu...
Tak apa la... try to cool my self dan bersangka baik...
Its hard... but still survive...
Oh my english !!!
Memang sedang salahkan hormon... huhuhu... lapar kek lagi la....
DeleteRumah tu memang sewa serba lengkap... lebih dari fully furnish lagi... dah siap ada iron, pinggan, mangkuk, gelas, periuk belanga kuali... sudu tak ada... senduk pun tak ada... tapi tong gas ada... gas kena dia beli sendiri... hehehe...
sewa pd yg bujang senang kot
Deletekalau yg dah kawen dia mesti ada barang sendiri
1 pengalaman sewa pada yang dah kawin... second pada bujang lelaki... 3 baru kawin... last ni baru bujang pompuan....
DeleteSemua ada.... lepas ni, kalau tak jadi pada bujang pompuan, sewa macam homestay plak...
homestay boleh buat duit time org kenduri ;)
ReplyDeletetapi kena banyak buat iklan la
Ha'ah... kena buat iklan... kat mudah.my... hehehe...
ReplyDelete