Search This Blog

Monday, February 27, 2017

Tawaran ke Asrama lebih jauh...





Tahniah. Anda telah ditempatkan ke MRSM Felda Trolak. Anda perlu mendaftarkan diri di MRSM berkenaan pada 27/02/2017 .
Sila klik bagi mendapatkan perkara berikut untuk dibawa semasa pendaftaran:
1. Surat Tawaran
2. Buku Panduan Pelajar
3. Borang Pendaftaran


Kelmarin, dapat email dari Mara, mengatakan yang anak dapat tawaran ke MRSM.  Kami tak mohon, tetapi dapat tawaran.  Samada cikgu yang isi maklumat, atau mungkin mereka auto select.  Entah la.

Abang dah masuk pun asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Kelihatan dia gembira saja berada di sekolah tu.





Jadi, kami suami isteri buat keputusan tawaran tu kami tolak.  Tak berbincang pun dengan abang.

Alasan MRSM tu jauh.  Tapi, kalau pun dapat dekat, adakah kami hantar dia ? Entah la... sebenarnya sukar nak buat keputusan.

Pengalaman saya sebagai budak asrama dan berjauhan dari keluarga buat saya rasa, berada di asrama di sekolah yang jauh bukanlah pilihan yang bijak.  Tambahan lagi, dia masih kecil dan saya perlu pastikan hubungan dia dan adik beradik rapat.

Saya gembira melihat anak anak rapat sesama mereka.  Saya rasa itu yang semua ibu bapa suka.  Sekiranya kami tiada, mereka perlu bergantung sesama mereka.

Bila saya maklumkan yang abang dapat MRSM pada kakak.  Dia seakan rasa kecil hati atau apa apa la yang saya tak faham.  Dia tanya saya ni bangga ker ? Hmmmm... dengan riak tidak puas hati.  Saya menggeleng kepala sahaja, dalam hati.

Saya tahu, saya mungkin tak mampu jadikan Kakak dan adik adiknya rapat seperti adik beradik sendiri. Sedangkan abang dan adik Mie pun pinggirkan Kak Ya dalam keadaan tertentu.  Ianya buat saya sedih.

Kenapa anak anak saya tidak rapat sesama mereka ?

Apa pun, saya harap, bila mereka besar nanti mereka rapat dan saling sayang menyayangi.

Berada di SMK Jitra, abang kami boleh lihat setiap minggu.  2 minggu sekali dia akan pulang ke rumah.  Biarpun pada hari pertama dia balik rumah, dia akan lebih banyak tidor dan tak mahu diganggu.

Abang juga dah berperangai sendiri, tidak suka bergurau.  Lebih suka bercakap secara slow talk.  Lebih suka kita sembang secara lebih 'dewasa'.

Sedangkan abahnya masih tidak mahu lagi anak yang 'dewasa'.

Kekadang kesian pada abahnya.  Bila anak anak tidak lagi mahu bergurau dengan dia.

Adik Mie masih lagi perlukan saya.  Masih lagi mahu saya teman dia tidor.  Saya layankan saja lately sebab saya tahu, masa masa begini akan berlalu... dengan cepat sekali.

...


No comments:

Post a Comment