Search This Blog

Monday, February 27, 2017

Meluah rasa...

Harini ini, mood tak senonoh.  Sedih tah hapa hapa...

Jadi, kena la meluah perasaan.  Kat mana lagi, kalau bukan kat blog.  Karang post kat FB, kena kecam.  Hahahaha...

16/2/2017 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami ke 20.  Tiada apa yang istimewa untuk kami sambut.  Kekangan kewangan buat kami sentiasa nak berjimat cermat.

Apa yang saya nak ceritakan di sini adalah cerita cerita mengenai perkahwinan saya.

Saya berkahwin dengan suami 20 tahun lalu, tanpa cinta.  Yang ada sayang yang mula terbit bila saja saya bertunang dengan dia.  Rasa sayang dan rasa mahu hidup bersama saya terjemahkan sebagai rasa cinta.

Suami saya adalah anak asuhan atok nenek a.k.a Tok Wan dan Opah.  Saya tak mahu salahkan 100% kepada didikan mereka.  Tapi, didikan mereka menyebabkan cucu biasanya kurang pandai berdikari dan bertanggung jawab.  Walau bagai manapun, banyak juga anak anak terutama anak zaman sekarang yang kurang tanggungjawab dan tak pandai berdikari.  Mungkin sebab sayang keterlaluan.

Saya adalah orang susah yang biasa berdikari dan bertanggung jawab pada diri sendiri.  Memang sangat kontras sikap kami berdua menyebabkan kekadang ada rasa tertekan pada diri saya.  Orang yang tidak tahu cerita sebenarnya, hanya mengatakan saya ni bertuah.  Yer... bertuah sangat, segala benda saya perlu hadap dalam hidup ini bila saya berkahwin.

Saya cuba terima dia.  Dan selalu sematkan dalam diri saya, perkahwinan itu sempurna kerana kita saling menyempurnakan.

Selain dari itu, dia hanyalah satu satunya lelaki yang meminang saya.  Jadi, seharusnya saya menghargai dia.  Dan dia satu satunya lelaki yang sanggup jadi suami saya.  Hehehe... yang lain tak sudi.  Agaknya dia pun perasan itu.  Agaknya dia fikir, tiada orang nak dengan saya.  Hanya dia saja yang saya ada.  Di awal perkahwinan, dia buat macam macam pada saya, yang buat saya rasa nak mati.  Hahahaha...

Tapi, di pertengahan usia perkahwinan, saya cuba mengubah dia.  Bila dia nak terima saya dan sanggup terima syarat syarat saya untuk terus hidup dengan saya, saya tetapkan syarat syaratnya.  Syarat syarat yang sepatutnya saya tetapkan sebelum saya memilih lelaki untuk menjadi suami saya.  Hahaha... bagus jer saya.

Sekarang ni dengan matangnya usia perkahwinan kami, kami boleh bergaduh dan bergelak dalam waktu yang sama.

Suami saya dah berubah banyak.  Tidaklah sempurna.   Saya pun tidak sempurna, biarpun dia juga harap saya sempurna.

Saya terima dia dengan kekurangan dan kelebihan dia.  Harap dia juga terima saya begitu, biarpun dia tak pernah menyebutnya.  Saya anggap sahaja dia begitu bila dia tak mahu melepaskan saya biar apa pun terjadi.

Lately, suami saya bangun seawal pukul 5 pagi.  Dia akan mengemas halaman, menyiram pokok, memberi kucing makan dan MEMBASUH PINGGAN dan bersihkan bahagian dapur !

Bila hampir pukul 6, saya akan bangun dan mandi.  Selesai mandi, saya sediakan baju kerja dan sekolah.  Saya buat apa yang saya perlu buat.  Balik kerja, saya buat kerja lagi.  Kerja di rumah tidak pernah habis.

Suami balik petang berehat atau ke market membeli barang apa yang kurang.

Saya masak.  Malamnya kami sama sama makan...

Panjang lagi perjalanan hidup dalam perkahwinan saya.  Saya tidak tahu bagaimana akhirnya. 

Doakan saja yang baik baik untuk saya dan suami serta perkahwinan kami.

Semoga anak anak saya jadi MANUSIA yang bertanggung jawab dan baik serta jadi hambaNya.

  


No comments:

Post a Comment