Search This Blog

Tuesday, January 3, 2017

Roti susu (Bread Maker)

Untuk resepi roti ini, buat kelmarin, masa keluarkan, kulitnya sedikit keras.  Tetapi, petang dan malam serta esoknya, kulitnya sedikit lembut (biarpun tidak selembut gardenia... hehehe).  Apapun, perlu disimpan dalam tempat yang tidak kena angin (dalam oven atau dalam bekas bertutup, dalam plastik pun ok macam roti gardenia !)

Roti begini sedap dibuat cicah dengan milo panas atau dibuat roti telur meleleh.

 Resepi : Bread Loaf / Roti Bantal / Basic Bread
Sumber Asal : Yaya Azura
Diubah sesuka hati : Izawani

Bahan-bahan:

1+1/8 cawan air (next time campur dengan telur dahulu, kemudian tambah air)
2+1/2 sudu besar minyak (margerin/butter pun ok)
2 sudu kecil gula kastor/gula kasar yang diblend  (penuh membukit)
1 sudu kecil garam (penuh membukit)

1/4 cawan susu tepung (horlick pun ok)
2 cawan bread flour (penuh rata)
1 cawan tepung biasa/kek (penuh rata)
Sedikit Bread improver/softner  (next time nak tambah ini, sebab resepi sebelum ini ikut resepi asal)
1  sudu kecil yis (penuh membukit)



Cara-cara:

1) Masukkan bahan mengikut urutan (dari bahan cecair ke bahan kering).
2) Tekan butang untuk basic bread (bergantung pada BM masing-masing).
3) Biarkan BM selesaikan kerja anda..tunggu hasilnya saja dalam tempoh 2 jam 45 minit..


Roti di bawah ini tidak dimasukkan Bread improver/softner menyebabkan dia sedikit keras.  Tetapi masih sesuai untuk buat roti telur meleleh/goyang kerana rotinya yang keras menjadi lembut dengan telur.





Resepi Asal 

Resepi : Bread Loaf / Roti Bantal / Basic Bread
Sumber : Yaya Azura

Bahan-bahan:

1+1/8 cawan air
2+1/2 sb susu tepung
2+1/2 sb minyak sunflower - yaya guna minyak masak
2+1/4 sk gula
1+1/4 sk garam
3 cawan strong white bread flour - yaya guna tepung gandum faiza
1+1/4 sk yis

Cara-cara:

1) Masukkan bahan mengikut urutan (dari bahan cecair ke bahan kering).
2) Tekan butang untuk basic bread (bergantung pada BM masing-masing).
3) Biarkan BM selesaikan kerja anda..tunggu hasilnya saja dalam tempoh 2 jam 45 minit..

No comments:

Post a Comment