Resepi Donut Gebu
- Menggunakan BREADMAKER TESCO. Resepi daripada buku masakan yang diedit sesuka hati oleh saya supaya sesuai dengan penggunaan breadmaker.
Ingredient / BAHAN :
230ml water
1 egg (gred B)
40g shortening / planta / butter
- planta / butter perlu dicairkan dahulu
5g salt / garam
80g caster sugar / gula halus
20g milk powder / tepung susu
1 tsp bread softener (optional)
300g high protien flour / tepung roti
200g plain flour / tepung serbaguna
1 tsp instant yeast / yis kering
1 tsp bread improver (optional, jika tidak letak, masukkan yis 10g bukan 1 sudu kecil)
For coating : some caster sugar
Atau
Coklat : Coklat bar + whipping cream (double boil)
CARANYA
Masukkan bahan basah diikuti bahan kering. Pilih MODE DOUGH. Tunggu hingga selesai.
Untuk mencanai, sediakan tempat kering dan tabur tepung di atasnya.
Setelah mesin siap, keluarkan adunan tepung dan tumbuk untuk keluarkan angin.
Tangan juga perlu kering dan ambil sedikit tepung supaya adunan tidak lekat semasa membentuk donut.
Selepas selesai, biarkan donut mengembang lagi (dalam 20 - 30 minit)
Goreng dengan api sederhana dalam minyak yang banyak dan pastikan jangan balik balik dengan kerap (sekali sahaja untuk dapatkan ring putih keliling donut)
Keluarkan dari pan ini dan tumbuk tumbuk.
Untuk kembang/naikkan kali kedua, saya letakkan dalam oven. Jika tiada oven, perlu letakkan ditempat yang tiada kipas, bertutup (boleh tutup dengan kain lembab).
Goreng dapat lebih kurang sebanyak ini (donut yang sebesar mug :) )
Hampes betul, coklat bar yang saya buat campur susu+planta tu dia jadi bergumpal. Agaknya tidak sesuai dengan susu. Hmmm... whipping cream tu mahal sangat... huhuhu... Next time kita beli yer. Atau, pakai jer gula... hehehe...
No comments:
Post a Comment