Seperti kebiasaan aku, bila cuti, aku akan blend bawang besar, halia, cili kering dan lain lain yang sesuai. Aku juga akan buat stok sambal. Biasanya aku akan buat guna kulit udang, bawang, halia, gula, garam dan asam keping/jawa sahaja. Resepi penuh cari sendiri yer... hahahaha... aku buat ikut suka jer...
Aku tak buat pes tomyam sebab sambal ini aku buat untuk macam macam masakan.
Kiranya boleh buat sambal udang, tomyam, paprik dan juga kuetiaw goreng basah...
Aku buat satu tuperware aiskrim...
Ini kuetiaw yang Abang suka sangat... dekat seminggu dia request makan ini sahaja. 2 hari posa dia tak sentuh nasi langsung... minta ini sahaja... dah la sebelum posa lagi makan ni juga. Cara buatnya pun senang saja... letak stok sambal atas tu, campur sedikit sos tiram, garam skit, cuka skit, gula skit, air... lepas tu pecahkan telur... lepas tu masukkan kuetiaw sampai lembut... angkat... Siap ler... budak budak tak payah sayur bagai yer .... nanti diorang kutip buang.
Dia satu spisis dengan abah dia. Tak cepat jemu... asik ulangggg jer benda yang sama. Orang lain dah nak muntah, mereka boleh lagi request benda yang sama.
Tapi, berbuka semalam dia request paprik... so... aku buat la paprik udang dan ayam... dan satu mangkuk lagi paprik sayur... utk aku ler...
Bahan utama paprik/tomyam... 3 helai (?) daun limau purut... hahahaha...
Anak aku si Kak Ya punya kerja nih. Aku minta tiga helai, dia amik 3 bulat jer. Adik dia si Najmi dah tau dah caranya selepas aku ajar. Kak Ya masih confius lagi. Aku kata aku nak tiga helai, siap dia nak gunting yang bercantum tu jadi 3 helai terasing... alahai anak aku nih... kena la aku cakap 6 helai...
Apa pun, sepanjang Tok Su balik kampung, tinggal aku mengurus rumah tangga, rasanya macam seronok saja. Masa mula mula Maid / Ika tinggalkan kami, memang huru hara skit aku nak mengurus rumah tangga. Now, rasa macam smooth skit la...
Belajar la kan...
Update : Dapat info... kena guna penjodoh bilangan TANGKAI utk daun gini supaya tidak keliru. Dan daun di atas, kalau di potong lagi, ianya akan jadi 3 helai... betul la kata anak ku... agaknya la... kan ? Kalau salah, tolong betulkan yer !
bagus kak.. hehehe..
ReplyDeletekalau bahan dah sedia macam ni, semangat nak masak.
Eh cikgu... daun limau purut tu 3 helai ker atau 1 helai setengah hah ? Hehehehe...
DeleteMemang memudahkan... tak perlu potong bawang dan bahan kecik... sayur pun anak kurang makan... senang jer !