Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

Sepupuku di sini...

Semalam melawat sepupu...

"dah keluar, doktor suruh pikir dulu,,,sakit kanser paru2 dan suspek darah beku kt kepala,(ni adik kandung dia)"

Dapat wasap dari dia dan dihantar oleh adik dia.  Tetiba dapat berita dia dikesan kena kanser paru paru.

Terkejut juga aku.  Dia sekarang adalah sepupu aku dari sebelah ayah aku.  Ayah dia dan ayah aku adik beradik, tetapi dua dua ayah kami dah tak ada.  Tinggal la kami penyambung silaturrahim.

Aku pun kenal dia lately jer.  Sebelum sebelum ini tak pernah kenal.  Tapi, sejak ayah aku paksa kami mengenal sedara mara di Kelantan, aku pun kenal la dia.

Aku kenal dia pun masa dia mula kerja kat Kedah ni.  Dia askar dan kerja area BKH.

Masa awal dulu, dia rajin berhubung dengan aku, terutamanya selepas dia gagal dalam perkahwinan kali pertama.  Lepas tu dia kahwin lagi sekali... dan bahagia... sampai sekarang... anak dah masuk tiga.  Dan anak ketiga dia baru berumur 40 hari kot... masih dalam pantang.

Aku ke rumah dia semalam dan beri semangat pada isteri dia, Edah.  Dalam keadaan sekarang, sepatutnya dia tak boleh runsing.  Dia juga tak boleh pendam perasaan.  Jika dia sedih, dia kena sedih dan cuba kawal kesedihan... bukan sedih tetapi pendam.  Usah tunjuk muka senyum sedangkan dalam dada berserabut...

"Siapa yang nak perkara ni berlaku ?"

Dia tanya aku berkali kali...

Aku katakan pada dia, yang aku tak mampu suruh dia bersabar... tapi itu yang dia perlu buat.  Dia perlu makan dan sihat untuk menjaga anak dan suami dia.  Syukur juga dia punya mak yang masih kuat dapat membantu dia.

Sepupu aku kurus mendadak.  Yer ... kurus sangat.  Aku ada melawat anak dia lepas isteri dia bersalin 3 hari.  Waktu tu dia masih sihat... boleh melayan kami macam biasa.

Sekarang pun dia masih sihat.  Cuma masalahnya dia tak boleh bercakap.   Suaranya tak keluar.  Doktor pun tak tau apa sebab.  Untuk berkomunikasi dengan dia pun masalah.  Jika disuruh menulis, dia lupa untuk mengeja... tak tahu kenapa.

Nama penuh isteri sendiri pun dia lupa... hmmm...

Aku harap sakit dia ada ubatnya dan dia dapat bertahan.  Anak dia masih kecil kecil lagi.

Masa aku melawat semalam, adik beradik dia ada bersama dia di rumah dia.  Adik beradik dia fikir aku ni sepupu kepada isteri dia... hehehehe...

Teruk kan ?  Itu la kami.  Sepupu sendiri pun saling tak kenal.

Sebelum melangkah keluar, aku katakan kepada sepupu sepupu aku...

"Lepas ni kenal la muka ni..."

Mereka hanya gelak.

Sehingga setakat ini, kami masih lagi mampu bergurau dan bergelak ketawa.  Tapi tak tau sampai bila.


2 comments:

  1. sedihnya.. kecik lagi anaknya tu.. semoga segera dapat kesembuhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer... semoga gitu la... malam ni kakak datang melawat...
      esok pagi adik adik plak...

      Bagi sokongan pada dia

      Delete