Search This Blog

Monday, June 15, 2015

Citer kakak...

Lama tak citer pasal kakak...

Sesiapa yang ikuti kisah kakak, tentu tahu siapa kakak dalam hidup aku.

Kakak adalah 'anak sulung' aku.  Tapi dia adalah anak bungsu sebenarnya.  Umisu... kalau anak sedara dia panggil.

Masa keluarga aku ramai ramai mai rumah melawat sepupu aku yang kena kanser tu, aku selalu sibuk di dapur.

Pada waktu aku sibuk di dapur, anak aku si Amalia datang pada aku tanyakan soalan yang buat aku terkejut.

"Mama... Kak Lang/Kak Teh (anak kepada adik aku, Pak Tam) cakap, Kakak tu bukan lahir dari perut mama, tapi perut Mak Ngah betul ker ?

"Tak ada la... ", aku jawab endah tak endah.  Itu untuk menjaga kepentingan Kakak.

Lepas tu aku pergi pada Mak Tam, cakap, anak anak dia cerita gitu, nanti menyusahkan hidup Kakak sebab aku pernah dengar sekali Abang suruh kakak pergi ke rumah mak kakak sendiri. Aku tanya siapa, dia kata yang muka serupa dengan kakak tu (Dian, tua dua tahun daripada Kakak).

Kemudian aku abaikan gitu sahaja...

Bebaru ini aku tanyakan semula pada kakak, apa yang terjadi...

Salah seorang cucu Kak Ani tahu siapa Kakak yang cakap.

"Umisu tu tok yang lahirkan.. bukan mak lang !"

Agaknya lebih kurang gitu kot... itu yang menyebabkan Amalia bertanyakan soalan itu pada aku. Tapi, kata kakak, anak anak Mak Tam beria ia cakap Mak Lang yang lahirkan Kakak.  Kakak tak jawab apa apa...

Hmmm...

Masih belum bersedia untuk berterus terang dengan adik adik dia...

Kakak ni garang dengan adik adik dia.  Biasala sebagai orang terbesar selain ibu dan bapa, agaknya memang sikap gitu kot... mereka kadang kadang bergaduh mulut... dan aku tak mahu kata kata mereka nanti melukakan hati masing masing dan juga aku sendiri...

Jadi, biarlah mereka matang skit lagi...

Kak Ani juga ada ajak Kakak sekolah di Pahang... sekali dengan Dian.  Aku tak kesah kalau kakak suka.  Nanti jadi macam tinggal di asrama.  Boleh balik rumah sekali sekala bila cuti sekolah.  Tapi, kakak dah nak ambil periksa PT3... tak sesuai kot nak pindah sekolah.

Tengok la nanti...

Aku pun tak tahu lagi macam mana perjalanan hidup kami akan datang...


Terima kasih la Mak Tam kerana memahami... agaknya dia ceritakan pada anak dia supaya keadaan jadi terkawal kot.  Entah la... sebab katanya anaknya tak tahu, tapi rasanya mustahil Alin anak sulung dia tak tahu... apa apa pun, aku tak kesah sangat pasal semua tu, cuma, belum masanya lagi perkara sebenar nak dibongkar... tunggu skit masa lagi, bila kakak dah skit besar lagi dan tak bergaduh lagi dengan adik beradik... hehehehe....



2 comments:

  1. benda macam ni macam menarik rambut dalam tepung.. kena hati2.. saya tak pernah hadapi sendiri.. semoga dapat diselesaikan dengan baik..jgn sampai ada yg terluka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah... ok jer nanti kot... :)
      Terima kasih

      Delete