Search This Blog

Tuesday, May 7, 2013

Tempat aku ngundi...


Ini tempat aku ngundi... tak beratur... terus jer masuk lepas sorang tu...  Saluran 3...

Tempat tanya nombor... aku ingatkan mereka tak leh trace... kengkononnya undi rahsia... nampaknya undi tak rahsia la yer ? Tapi tak perasan aku kertas undi tu ada nombor tu atau tidak !  Kalau tak ada nombor pada kertas nak pangkah tu... kira rahsia la.... 

Sekolah tempat aku ngundi... panjang betul barisan orang lain... 

Kat kawasan aku ngundi, geng biru jer yang sakan... geng hijau tak nampak langsung pondok panas mereka atau orang ngempen... takut agaknya.... 

Jari aku lepas ngundi... 

Jari aku lepas aku basuh dengan air jer... Errr... aku baca paper, basuh dengan macam macam pencuci tapi tak tanggal warna gelap/biru/itamnya, tetapi aku punya dakwat cam tiruan jer...

Agaknya mereka beli dakwat siam agaknya.  Macam beli madu lebah kat siam... kat mulut botol jer dia letak madu ori... yang dalam botol, letak air gula... hehehe...

Kesian SPR kita... kena tipu jer beli dakwat mahal mahal.  Aku rasa tak sampai seminggu, jari aku ni bersih la... Cuma kalau kuku macam aku ni susah skit nak cuci... kuku pak mertua aku dah bersih pun...

Tapi best la ada penanda macam ni, buleh riak... kata dah mengundi... hahahaha... <--- aku pertama kali mengundi lepas umur 40an nih... ceh !

Malam pengiraan undi tu, hubby dan keluarga serta anak anak kecik aku dok la melangut depan TV.  Aku dan kakak dah masuk tidor awal... tak kuasa aku menanti.  Tapi, dek kerana itu juga aku yang salah faham, terbaca mesej dalam TV cakap esoknya cuti umum, dengan senang hati cuti suka hati aku jer... Last last jadi la cuti EL... adui laaaaa....

Balik dari kg, aku dengar anak anak aku bercakap sesama mereka...

Mereka lihat bendera... biru dan hijau.  Mereka tanya geng mana yang menang... Kalau geng hijau mereka nak geng hijau... dan sebaliknya la.

Semua pakat nak pilih parti...

"Geng mana yang menang abah ?"
"Geng biru"
"Adik mie geng biru..."
"Geng biru tu BN"
"Adik Mie geng BM"
"Kak Ya pun nak geng BM jugak"
"Mana boleh BN, geng la PAS... geng kita !"
"Tak apa la... Kak Ya nak geng BI jer..."

Hehehe... aku dan somi berpandangan... senyum...

"Mama nak geng PJ la..."

"PJ tu apa pulak mama...."

"PJ tu Pendidikan Jasmani"

"Oooo... itu Kak Ya tau... !"

Hahahaha.... naif betul anak aku !


Kalau orang tanya aku pilih sapa... bagi aku, jawapan senang...
Jika diberi pilihan  :
Antara orang yang kuat agama dan orang biasa... aku pilih kuat agama...
Antara orang biasa dan orang yang bermasalah, aku pilih orang biasa...
Antara orang orang bermasalah dan orang bukan Islam... aku tak pegi ngundi...
Dan jika dua dua nya orang beragama.... aku pun tak pegi ngundi...

Untuk : Antara orang orang bermasalah dan orang bukan Islam... aku tak pegi ngundi...  jangan kata aku RACIST... aku sokong bukan berdasarkan bangsa.  Tapi, bagi aku... bila aku tak ngundi tu, maknanya aku tak kesah sapa menang pun... no hal !

Jelas kan ?  So, tak kesah la parti mana pun... Dan nasib baik kat tempat aku ngundi tu, yang menang adalah orang yang kuat agama... semoga dia yang terpilih menjalankan tanggung jawab dengan baik... Bukanlah perlu membangun sangat, sebab dia bukan ada kuasa gitu... cukuplah tidak mengayakan adik beradik dia atau membesar bagai istana rumah dia jer... itu dah sangat cukup baik bagi satu orang yang tidak dapat cukup kuasa, kan ?

Errr... aku dengar macam macam isu pengiraan undi... black out la... peti undi sampai lewat lepas hebahan la... itu ini... bagi aku... malas nak sakit jiwa... lantak la... yang menipu... dia yang dibalas nanti dan kena maki bla bla bla...   kena sumpah...
Tapi, pendapat peribadi aku... orang yang nak kekalkan kuasa ni tak kesah pada maruah... sebab untuk mengekalkan kedudukan mereka, mereka sanggup buat apa saja hatta membunuh...  kalau setakat nak tipu rakyat ni apa la sangat !


Tapi, kalau mereka bagus... aku sendiri pun respek...




Posted by Picasa

2 comments:

  1. sy ngundi kali pertama jugak
    xnak komen lebih2 tp saya harap yg diamanahkan menjalankan tugasnya sebaik mungkin

    ReplyDelete