Search This Blog

Monday, May 20, 2013

Aku suka jalan menunduk...

Entah mana mereka dapat dari kajian cara jalan ni, baca la... suka suka... Tapi, memang aku kurang sosial... sebab tu aku jalan menunduk... kekeke... Lagi satu sebab aku malas nak tengok orang keliling... nanti kena senyum atau tidak senyum... aku tak reti nak bereaksi... sebab aku lihat wajah orang memacam, ada yang sombong tak tentu pasal, ada yang murah senyum... so, baik la aku jalan menunduk.  Kecuali kat tempat aku tak biasa pegi, terpaksa la aku jalan menegak... kalau tak nanti langgar tiang pulak... hehehehe...

--------------------------------------------

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


ambil dari http://penpatah.blogspot.com/2012/04/7-rahsia-wanita-dengan-melihat-cara.html


Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


4 comments:

  1. SAYA JALAN LURUS KE DEPAN ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... bagus... ada pendirian...

      Akak jenis yang tertutup ??? Nampaknya macam bohong jer... akak ni citer jer apa saja dalam blog... kekeke...

      Delete
  2. Saya jalan ikut mood. Kalau takde mood, bila terserempak orang saya pandang tenmpat lain jalan cepat2 hahaha. Keji kan. Kalau mood baik, saya kan jalan dan senyum kat orang. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pula, kalau jalan waktu rasa diri besar jumpa orang orang kecik kecik, suka jalan senyum senyum... tapi kalau rasa diri kerdil jumpa orang besar besar, jalan menunduk...

      Segan kalau orang besar besar buat sombong dengan kita... kalau kita besar, orang kecik nak sombong, kita tak ada hal ! Jangan orang kecik kecik cakap kita sombong sudah !

      Err... salah kot akak punya pendirian ?



      Delete