Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Thursday, May 16, 2013
Selamat hari guru...
Hari ini hari guru yer ? Tahun ni paling mencabar bagi aku sebagai ibu kepada sorang anak murid yang paling susah nak pegi sekolah. Aku dah jadi sedikit kamceng dengan cikgu sekolah anak aku.
Bebaru ni, si Amalia tertidor dalam kelas pada waktu balik. Nasib baik betul dia ingat nombor telefon aku... errr... bila masa dia hafal yer ? Siap plak nak duit siling dari aku nak call aku. Pandai ker anak aku tu ?
Sambung citer pasal tidor tu, katanya dia pening dan letih sangat. Jadi dia tidor kat meja dia. Nasib baik cikgu math dia nama Sharizan tu tolong call aku. Kalau tak, entah apa jadi. Berlari sangat lepas tu letih dan dahaga.
Si Pengasuh dia tu plak la yang gelabah sebab Amalia macam orang apa tah dahaga sangat sangat... melepek kat pintu pagar sekolah.
Banyak cara aku buat untuk Amalia pegi sekolah. Sekarang ni sedikit ok biarpun tetap kena antar sampai ke kelas. Ada masalah skit dengan budak kelas dia. Rasa dah kena buli (minor jer) si Amalia nih. Budak budak suka amik meja dia dan suruh dia pindah sana sini.
Pagi tadi aku antar, skit pun budak tu tak takut kat aku. Aku buat muka garang... pakat la slow slow beredar dari meja Amalia.
Aduii la...
Sian kat anak aku sorang nih. Ada abang dan kakak saja, tapi tak leh pakai !
Errr... sempena hari guru ni aku tak leh nak ucap apa apa pun pada cikgu, sebab tak ada satu pun cikgu yang masuk dalam blog aku (kecuali Irtiyah kot, tapi dia pun tak masuk juga dah... bz niaga agaknya dia tu... blog dia pun bersawang dah !)
Aku cuma nak cakap, banyak guru guru aku sepanjang aku mengaji/belajar aku dah lupa namanya. Ada yang dah meninggal pun.
Dalam FB ada dua cikgu aku... cikgu Murshidi, cikgu sekolah rendah, sorang lagi cikgu Mohamad Noor, cikgu sekolah menengah.
Seronok juga bila dapat mengetahui cerita mereka bila kita dah tua tua nih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy masih igt cikgu2 yg baik zaman skolah
ReplyDeleteAkak dah ingat ingat lupa... :)
Delete