Search This Blog

Friday, June 29, 2012

Fitnah 1

Rentetan dari apa yang berlaku baru baru ini, dan bila hubby aku pun dah kena bahana difitnah orang, baru aku boleh jelaskan pada dia kedudukan aku duluuuuuuuu duluuuuuuuu.

Dia banyak kali cakap dia kenal siapa aku.  Dia tahu bagaimana aku bercakap dengan orang.  Dia tahu bagaimana aku ini.  Aku yakin sangat, penerimaan dia ini berdasarkan dari pengalaman lama dia semasa kami masih bujang dan belum berkahwin.

Fitnah 1...

Semasa aku baru masuk kerja, aku fresh graduate... dapat sewa bersama dengan teman teman sepejabat.  Seronok la.  Jadi, aku pun beli la katil itu ini.  Rumah sewa tu pulak menetapkan untuk kongsi dapur.  Bila kongsi dapur... adalah kutipan duit dapur.  Dan duit kutipan itu akan dibuat pusingan siapa yang kena pegang.  Ada juga peraturan memasak.  Setiap orang kena memasak.

Bayangkan... aku fresh graduate... tak reti masak... nak pulak masak untuk orang.  Adoiii... aku jenis tak pandai mencuba... dan takut.  Takut orang tak suka dengan masakan aku.  Aku rasa tentu mereka kata aku ni pemalas !  Tak apa la... itu andaian aku jer...

Dan pada satu masa, pusingan pegang duit tu terkena pada aku.  Sebelum aku pegang, si Norli yang pegang.  Dia telah menggunakan sehingga terlebih budget bulan tu dan dia ambil duit pada bulan yang aku pegang.  Aku pun guna lah secara berhemah kononnya.  Sampai nak hujung bulan, duit dah habis.  Aku pulak, dengan gaji 600 masa tu, mana la ada duit nak ganti... bla bla bla...

Ada satu kakak tu... tudung labuh marah marah pada aku.  Katanya aku kena ganti duit tu... bla bla bla aku tak ingat sangat apa yang berlaku... kiranya aku bergaduh dengan kakak tu... dan aku tak bertegur sapa dengan dia.... dan dia pun tak ada la nak bertegur sapa dengan aku.

Kakak tu sebenarnya kelihatannnn... kelihatan sangattttttttttt nice.  Tapi aku tak tahu, kenapa tah, dia sangat sangat isk... tak bertimbang rasa masa dia marahkan aku waktu suruh aku ganti duit dapur tu. Aku sampai nangis nangis sedih malam tu. Dan selepas selepas tu, sampai sudah aku memang tak baik dengan dia... termasuk si Norli ...  dan akhirnya aku keluar dari rumah tu dan sewa kat rumah lain hanya dengan adik aku yang namanya aku panggil Achik tu.

Itu siri pertama fitnah pada aku... yang aku rasa mesti sampai pada suami aku... selepas dia masuk kerja kat tempat aku dan kebetulan dia bekerja di bahagian Akaun, di mana, bahagian akaun adalah bahagian semuaaaa teman rumah lama aku tu.  Bagaimana aku nak menerangkan pada hubby aku ? Kalau aku terangkan, adakah dia akan percaya pada aku ? Kenapa nak percaya pada aku sebab kakak tudung labuh tu sangat sangat nice... cakap slow giler... ala ala perempuan alim giler...  Dan adakah dia akan percaya pada aku kalau yang bercerita hal buruk tu ramai ? Sedangkan yang nak membela diri aku dan tahu siapa diri aku hanya aku sorang diri sahaja ?

Noooo... tiada siapa dapat tolong aku.

Dan yang faham kedudukan aku hanya seorang... Ada seorang budak lelaki lain yang kena smash juga dengan kakak tu... kira budak lelaki tu (budak konon... tapi sebenarnya dah tua pun sekarang !)   balas balik camna tah sampai la kakak tu nangis agaknya, aku pun tak ingat sangat apa yang berlaku.  Dan hanya budak lelaki tu jer faham apa perasaan aku... dan dia yang share dengan aku bagaimana bila kena sedas cakap pedih oleh kakak tudung labuh yang kelihatan sangat nice tu...

Sungguh... orang tak akan percaya pada aku... Orang akan percaya kakak yang tudung labuh yang kelihatan nice tu berbanding dengan aku yang kelihatan seperti pemberontak... kelihatan suka nak marah (muka nak orang tensen!)... tapi tak reti nak bercakap nak pertahankan diri nih....

Tapi hubby aku terima juga aku... entah la kenapa... tapi... aku rasa dia malu agaknya terima aku sebab tu dia tak declare sampai la kami bertunang... lepas bertunang dia terus tukar ke cawangan... Betul ker sebab tu ? Entah la....

Dia kata dia malu bila orang cakap isteri itu ini kat dia...

Sungguh... apa pun orang kata kat aku, aku tak dapat bela diri aku.  Dan aku hanya harap dia faham aku dan bela diri aku... sebab dia yang mendengar.  Aku tak boleh nak bercerita pada orang sebab mereka hanya bercakap di belakang sahaja !

Salah satunya, dia kata... orang dan kawan kawan dia kata aku sombong tak tegur mereka bila berjumpa.  Dia kata dia malu...

Memang betul... mungkin mereka nampak aku.  Tapi aku nih ??? Mereka tanya dak, adakah aku nampak mereka ? Mungkin aku tengok muka mereka... adakah aku cam wajah mereka ? Aku ni rabun... bila rabun, tak pakai spek, wajah orang akan jadi blur... tak nampak mata idung mulut dengan jelas... lepas tu aku memang tak kenal orang la. Kalau lalu depan aku tegur aku, baru la aku balas balik.

Kalau tak, mungkin aku tak senyum pun.

Pasal bawak kereta, dia sendiri tahu, banyak kali dia bawa kereta sebelah aku jer... siap hon pun kekadang aku tak dengar dan tak tau pun sapa dia.  Haaa... dah tahu dia sendiri pun aku tak nampak, apa lagi orang lain.  Dia memang la asik la marah aku sebab aku tak kenal dia... tapi aku nak buat macam mana ? Aku bukan jenis orang melilau mata sana sini tengok kereta orang.  Tapi, tak kan itu pun jadi isu ?

Dia pun cakap la...dia dah terangkan la pada kawan dia pasal aku tak nampak orang tu... Ok... selesai satu masalah... tapi dia asik cakap pasal altitute aku yang ada tak betul itu ini... yang aku pun tak faham apa bendanya...

Hmmm... banyak kena jelaskan pada dia nih...

Nanti esok citer fitnah/kes cerita belakang kedua pulak...

Atau elok dak aku citerkan hal fitnah sebelum aku kerja... semasa aku praktikum kat sebuah kilang... fitnah yang sampaikan ada yang nak bunuh bunuh aku... hmmmm.... sebab cerita fitnah tu best skit, sebab ending dia ada pembalasan yang tragis yang aku sangat suka... hehehe... esok esok la aku cerita....







4 comments:

  1. erk..
    teruk jugak kes akak ni yer?
    itulah bahayanya fitnah
    so far saya takde pengalaman bab ni
    saya harap hubby akak akan lebih percayakan akak dr org lain,sgt sedih bila teman sekatil x percaya kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak fitnah pada akak... sampai la kes terbaru hari khamis lepas yang buat akak meraung raung kat rumah tensen sangat... kes lain pulak... Adoi la... nanti la citer pelan pelan....

      Delete
  2. Memang kalau kita tak bercampur dengan jiran, dorang akan kata kita sombong dan macam-macam. Kadang2 bukan kita je, suami dan anak2 pun jadi mangsa. Jumpa taknak pandang, dll. Nak buat macammana, kenalah terima, sebab kita lain dari mereka. Saya pun sama jugak..macam2 orang kata...alhamdulillah je lah. (eh..saya respond ni utk 'bab2' sebelum ni..hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la... kalau kita tak campur dengan orang... bukan bermakna kita tak diterima oleh orang lain... tapi mungkin kita tak boleh masuk dengan cara mereka berbual... atau perbuatan mereka. Susah betul la orang orang nih...

      Tapi tak semua jiran akak camtu... ramai jer yang baik... hanya dua tiga kerat jer yang perangai pelek pelek !!!

      Delete