Search This Blog

Friday, June 29, 2012

Bila tak pandai bela diri... 5

Bila aku dok dalam kereta tu, aku dengar la hubby aku cakap AKA marah marah, apasal cakap kasar dengan isteri dia.  Kenapa Liza pun cakap kasar dengan aku ? Kenapa tak berurusan dengan dia ? Kenapa marah aku ?

Aku dengar dalam kereta.  Betapa sebaknya dada aku.  Rasa nak nangis bila hubby aku bela aku gitu.

Hubby aku cakap dengan tegas, dia nak mereka keluar pada 30hb nih.  Aku lihat muka Mia berubah.  Hubby aku nak rumah kami dikosongkan pada 30hb nih.  Si Mia pun cakap la dia jaga umah tu bla bla bla...

Dia cakap la pengalaman dia dengan rumah sewa lama dia, katanya tuan tu datang terus biarpun rumah dia jauh selepas dia komen pasal kerosakan rumah.  Hubby pun suruh dia cari tuan rumah lain yang lebih baik dari kami.  Kami tak ada masalah.  Carilah rumah lain.  Dia minta deposit.  Hubby aku cakap, deposit boleh diberi selepas mereka keluarkan barang dan selepas kami melihat keadaan rumah.

Dia macam bengang sebab katanya, kerosakan dinding pasal paip air tu bukan silap dia.  (EEE... rasa aku macam tak betul jer dia nih... tak kan kami nak amik kira pasal benda tu... kami tau la.  Kami cuma nak tengok aircond, dapur, hood bla bla ... barang barang asal rumah tu... kot nanti mereka rosakkan ker apa ker... apa la... lecturer... tapi sedikit tak berapa nak cerdik !).  Hubby cakap la, kami nak tengok keadaan yang lain rumah tu... hal dinding paip bocor tu dikecualikan la...

Kemudian aku lihat hubby aku slow down, dan cakap pelan pelan dengan Mia.  Aku tak tahu apa yang mereka bualkan.

Lepas tu hubby masuk dalam kereta.  Aku yang menanti dalam kereta cakap "Boleh pun abang uruskan...".  Bukan apa, selama ini aku yang selalu kedepan.  Aku yang selalu dipersalahkan.  Aku yang selalu kena maki hamun orang.  Aku yang orang kata jahat bla bla bla...

Sampai rumah, aku cium pipi hubby aku, aku cakap terima kasih kerana bela aku !

Huhuhu... sedih tauuuuuuuuuu....

Lepas tu, anak Mah datang rumah kami dan sembang bergosip dengan Kakak.  Kakak datang pada aku tanyakan kenapa Pak su @ Anuar tu marah marah pegang parang cakap itu ini pasal kami ?  Aku cakap, nanti aku ceritakan pada Kakak.  Kakak kelihatan nak tahu sangat sangat gosip ni sebab budak budak tu pun semua bergosip gosip.

Bila tidak berdepan dengan anak Mah, aku ceritakan pada Kakak... yang Mak Cik Mah telah bercerita sesuatu yang tak betul menyebabkan orang yang sewa tu marah marah pada kami.  Lepas tu dia kata Mak Cik Mah jahat la ? Aku tak boleh kata begitu.  Aku cakap semua orang tak  jahat.  Mak Cik Mah tak jahat, orang sewa tu tak jahat, mama dan abah pun tak jahat.  Ada masalah sedikit jer...

Hmmm... aku bukan penerang yang baik.  Entah dia faham atau tidak, tak tau la.

Aku cakap pada hubby... "Tengok tu... betul Anuar marah marah pada aku !".  Aku cakap, kalau dia rasa dia boleh berurusan dengan  Liza, dia boleh call Liza, cakap sendiri.  Hubby aku cakap, kalau Liza yang tak tahu hujung pangkal pun boleh marah marah aku, tak guna nak bercakap dengan orang macam tu. Dia sepatutnya tak marah marah aku, tanya aku baik baik.  Liza tu kenal aku... pernah jadi jiran aku... yang biasa bercakap dengan aku pun boleh termakan hasutan orang... Boleh pulak percaya aku sombong itu ini... hanya dengar dari orang... sedangkan dia kenal aku dan aku tak pernah cakap sombong atau tinggi diri dengan dia.

Sebelum ini aku terfikir yang suami aku ada sedikit tak percaya orang buat tak baik pada aku.  Aku rasa suami aku anggap aku yang mulakan... aku yang jahat !  Sungguh... aku sangat sedih bila dia macam tak percaya pada aku biarpun dah lebih 15 tahun kami bersama... dan aku isteri dia.

Bila dia terpaksa berdepan dengan orang seperti Mia,  agaknya baru dia tahu betapa sukarnya aku nak bercakap dengan budak tu.  Mia sentiasa nak menang !

Aku tanyakan apa yang mereka berdua cakap pelan pelan tu.  Hubby cakap suruh mereka uruskan apa apa dengan dia lepas nih.  Usah uruskan dengan aku lagi. Amboiii... tak per... kita lihat nanti...


(Sebenarnya, aku ada dengar sipi sipi... tapi aku tak pasti betul atau tidak... hubby aku seperti cakap... ala biasala perempuan bla bla bla... kiranya nak menangkan juga si Mia tu ! Sebab tu Mia macam puas hati jer... Entah la betul atau tidak perasaan aku tu... tapi aku akan cuba padam perasaan nih )


Hubby aku cakap lagi... dia slow down masa tu sebab dia lihat jiran dah mula keluar rumah nak tengok apa yang terjadi.  Hmmmm... Dia malu jugak kalau orang ingat kami yang serang Mia.  Aku tak nampak sangat apa kat luar, aku dalam kereta dok tunduk tengok depan jer... 

Lepas tu hubby pun risau... risau jika masa nak beri deposit nanti si budak dua orang ni silap anggap yang deposit adalan semua bayaran yang dibuat pada awal mereka masuk... iaitu 1100... bukan 650.  Deposit sebenar adalah hanya 650... dan 450 adalah sewa bulan tu.  Aku tunjukkan bukti resit dan juga kertas perjanjian.  Aku jelaskan pada hubby apa dia deposit (deposit adalah sebulan sewa + 200 duit air dan api).  Tapi hubby mula risau sebab dari gaya Mia dan Anuar... mereka mesti silap faham pasal deposit tu... dan kalau mereka silap faham... tentu sukar dia nak jelaskan.  Aku tunjuk banyak kali kat dia bukti dan bagaimana nak jelaskan.  Tapi hubby yakin... dia kata dia sanggup kerat jari... mesti si Anuar dan si Mia minta 1100 tu sebagai deposit...

Kalau dah gitu, aku cakap... kita bagi jer la.  Biarlah kita mengalah... duit boleh cari.  Mereka tak akan senang dengan duit tu... dan kita tak akan miskin bagi kat mereka duit tu.

Bila dok diam seketika, hubby asik mengungkit dan bercerita hal kami dan Mia bertekak tu.  Dia tak puas hati juga.  Dia nak pindah rumah lain sebab dia yakin yang nama kami telah busuk kat kejiranan sana.  Termasuk kejiranan kami sekarang.

Dia cakap... kami tak boleh nak buat apa.  Kami tak boleh bela diri kerana kami tidak berada di sana.  Mereka akan bebas memfitnah kami... dan kami tetap dipandang buruk tanpa ada keupayaan nak bela diri.

Aku rasa sekarang, hubby aku mula faham apa yang aku alami selama ini !!!  Bagaimana orang bercerita hal kita tanpa kita dapat bela diri... dan bagaimana kita nak meyakinkan ramai orang yang menganggap kita buruk tanpa tahu cerita sebenar... dan selamanya menganggap, cakap ramai orang adalah benar !


Bila bercakap hal Liza dan Anuar, dia cakap kenapa aku angkat telefon mereka? Kenapa aku tak letak jer telefon bila kena tengking dan marah marah ? Aku cakap pada hubby, itulah peluang aku untuk menjelaskan keadaan sebenar... biarpun orang dok tengking tengking aku.  Kalau aku letak telefon, orang tak akan tahu apa sebenarnya terjadi sampai bila bila.  Hubby tanya, kenapa dengan dia, aku boleh letak telefon ? Aku kata aku tak kenal budak dua orang tu... aku tak tahu yang mereka berdua tu jenis yang kalau aku buat macam mana pun, aku cakap macam mana pun, mereka tetap tidak faham.  Tapi, jika mereka call lagi, aku pasti akan letak telefon gitu jer.  Sama seperti yang aku buat kat hubby... hehehe... yer la... sebab hubby ni aku dah faham, aku jelas macam mana pun tak mau dengar cakap aku... asik la dok tengking dan marah marah aku.  Sebab tu aku letak telefon dan akhir terus off kan...

Aku cakap dengan hubby, apa yang mereka cakap tu semua fitnah.  Sama seperti apa yang mereka cakap aku ni sombong atau tinggi diri.  Aku ni tak masuk dengan jiran (dengan cara yang tak baik), sedangkan kenyataannya aku kata kat hubby aku... dia pun tahu yang aku tak berkawan sangat dengan jiran !!!  Aku mana ada dok bertandang kat rumah orang atau jalan jalan kat sana ? Sedangkan aktiviti surau pun aku tak ikut, masa bila la pula aku nak sombong dan tinggi diri ?  Acara kenduri pun sesekali aku ikut kalau tak sibuk... itu pun dengan baju kerja... maksud aku, aku tak sempat nak salin baju... terus jer pegi kat rumah mereka... atau kalau malam... aku jengok la kalau aku sempat... Hubby aku ada nak nasihat aku supaya pegi la kenduri orang (supaya orang tak cakap aku sombong agaknya), kemudian dia suruh aku jangan cakap banyak... Lepas tu dia tarik semula... susah susah... duduk jer kat umah... Entah la... aku rasa dia pun konfius... sebenarnya apa yang patut aku buat ?  Dok kat umah saja, orang kata sombong... karang bertandang dan bercakap dengan orang... kot orang kata aku cakap tinggi diri... Entah apa apa la...

Pagi tadi, dia kena pegi KL.  Dia pun bimbang jika orang datang serang rumah kami.  Bila aku cakap aku bimbang mereka nak minta deposit bagai dengan aku marah marah aku... dia suruh tunggu dia balik dan berurusan dengan dia.


Rasanya, semua yang Allah buat ada tujuan.  Ada hikmah...

Aku baru jer sedari benda ni hikmah selepas diberitahu oleh seseorang ! Hebat betul kuasa Allah...

Bila aku tak pandai bela diri sendiri dulu.... sekarang hubby aku pun tahu bagaimana rasa bila kita tak boleh bela diri kita... biarpun kita cuba... dan kita puas menerangkan... tapi orang tetap pandang serong pada kita !  Kerana hubby aku pun salah seorang yang percaya cakap suara yang ramai itu dulu...

Ya Allah... besar betul kuasa Allah... tanpa aku sedari.

Sekarang aku boleh ceritakan pada dia isu isu lamaaaaaaaaaa lama dulu... pandangan buruk orang pada aku... apa yang orang ceritakan pada dia yang buruk pasal aku...  sebab aku cakap pada hubby, aku tak dapat bela diri aku kerana aku tak mampu nak pergi pada orang, seorang demi seorang untuk bercerita hal sebenar latar belakang yang terjadi... bila orang yang tak tahu hujung pangkal menerima hanya cerita buruk mengenai diri aku.... dan menjajanya seperti mereka tahu cerita sebenar !




2 comments:

  1. saya pun sama kak
    bukan tak nak campur jiran2
    saya kuar umah pepagi..balik dah malam
    sabtu ahad saya banyak keje umah kena buat
    mendobi kemas umah semua
    mana ada masa nak keluar sembang2 dgn jiran
    keuali masa saya sidai kain.ada jiran nampak..saya pasti tegur dulu w,pun basa basi

    sedihlah bila kena fitnah mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... Dulu akak seronok berjiran dengan jiran yang happening. Tapi bila akak sibuk, tidak lagi join mereka, mereka kata plak akak ni sombong... pasal tinggi diri tu, sebenarnya hal akak kata "nak sewa pada staff uum dan kalau boleh lecturer". FYI... lecturer dapat elaun rumah RM700 (ini dulu... la ni tak tau la kalau dah naik), so, dengan harapan mereka tidak la merungut sewa kami mahal. Kalau beri pada orang yang bergaji rendah, tentu mereka ada masalah membayar sewa yang mahal. Sedangkan sewa mahal atau murah itu adalah hak kami. Kalau mereka tidak setuju dengan sewa, mereka boleh cari rumah lain, jangan sewa rumah kami.

      Tapi, sorang jiran kat rumah sewa kami yang bukan lecturer ni pi kecik hati bila akak nak sewa pada lecturer... sebab katanya macam la orang macam dia tak mampu bayar... adoiii la.... see... budak mia ni lecturer (baru) dan somi tak bekerja pun tak berapa mampu... mula la merungut kata rumah kami mahal la apa la...

      Itu la asalnya mereka kata akak cakap tinggi sangat tu...

      Delete